Thursday, May 21, 2009

PAS KOMPROMI MAKSIAT KERANA UNDI



SYARIAH BUKAN LAGI KEUTAMAAN
Sejak bermuafakat dengan DAP melalui pengantaraan PKR, isu-isu seperti maksiat, arak, zina dan dadah bukan lagi menjadi isu-isu besar Parti Islam ini. Isu-isu tersebut sudah jatuh kategori kelas dua atau tiga.

Isu-isu utama kini adalah mendapatkan sokongan kaum lain sebanyak mungkin berdasarkan prinsip "mencari persamaan sementara menyimpan perbezaan" (atau, seek common grounds while reserving differences) yang menjadi semangat barisan bersatu perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

Persamaan utamanya atau “common grounds” mereka adalah menumbangkan kerajaan BN dengan apacara sekalipun walaupun dengan harga agama dan bangsa. Apakah pengorbanan yang paling tinggi yang pernah dibuat kalau tidak mensyirikkan kalimah “Allah” untuk tuhan-tuhan dan kepercayaan yang lain.

Semua tuhan, batukah, kayukah, besikah, boleh pakai perkataan Allah !!. Masha Allah.

Semua kaum amat gembira dengan liberalisasi akidah politik PAS ini dan Insya Allah mereka akan mencapai matlamatnya. Undi akan bertambah. Semasa di Kuala SiPetang, dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, saya melihat gambar-gambar pemimpin PAS diletakkan di tokong-tokong Cina. Ini satu kejayaan besar buat Islam. Tokong masih macam tu juga cuma ada gambar Tuan Guru Nik Aziz. Sayang saya tak bawa Kamera, tidak memang saya rakamkan. Harganya? Tokong boleh pakai Tuan Allah !.

Tetapi “common grounds” hanya dapat bertahan selagi kuasa belum dapat ditangan. Itu sebabnya Pakatan Rakyat tidak berani menyenaraikan senarai kabinet bayangan mereka. Akhirnya perbedaan akan terjelma juga. Waktu itu yang akan berlaku adalah kehilangan keseimbangan kuasa. Dalam konteks Malaysia berbilang kaum, kacau.

Dalam masa PAS-PKR-DAP berusaha berterusan untuk berpolitik menjatuhkan BN, mereka jangan lupa bahawa mereka sudahpun menjadi kerajaan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, dan Kelantan. Perak tengoklah keputusan mahkamah. Kerja dan janji semasa pilihanraya perlu dilaksanakan. Mereka juga dinilai rakyat.

Ramai yang bertanya apa perubahan yang telah rakyat perolehi dalam kawasan-kawasan yang dikuasai PAS-PKR-DAP?. UMNO memanglah hancur semua. Tidak ada satupun benda baik yang pernah mereka lakukan. Semuanya perkauman, kezaliman dan rasuah. Jadi benda baik yang PAS-PKR-DAP buat pada rakyat kawasan masing-masing apa dia??

Bagi PAS yang dulunya mahukan hukum syariah mana dia?. Penjualan arak masih juga dijual secara terbuka. Mana dia iklan papan tanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan.?

Bukankah kuasa PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan di bawah penguasaan kerajaan negeri? Mengapakah cadangan Mohd Termizi Ismail seorang ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta aktivis PAS tidak jadi dibentangkan dalam mesyuarat MPK pada 26 November yang lalu?

Jawapnya ialah politik, nothing to do with Islam.

Betul ke semua kaunter penjualan arak di bawah PAS dengan kerjasama Pakatan Rakyat telah dikendalikan oleh orang yang bukan Islam.

Sudah ke dibuat pemisahan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam.

Jangan diharapkan kilang-kilang arak di Selangor supaya ditutup kerana mereka akan memberikan alasan mereka tiada kuasa. Bagaimana penjualan di 7 Eleven, kedai runcit, pasar mini, kedai makan secara terbuka dan kiosk stesyen-stesyen minyak?

Parti politik manakah yang menguasai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang baru-baru ini terkenal sebagai premis judi internet atau syurga bagi kaki judi di Pandan Perdana dan Pandan Indah. Mana dia wakil-wakil rakyat PAS-PKR-DAP ? Mungkin juga mereka sibuk dalam kemelut politik di Perak jadi terlepas pandang akan perkara-perkara kecil seperti ini.

Mungkin juga kerana ada usul fiqh yang baru dijumpai dari Taha Jabir al alwani atau Yusuf Qadhawi..Dalam muktamar PAS pun perkara-perkara seperti ini tidak lagi kedengaran. Kejayaan Anwar mengenalkan PAS kepada dunia !!..

Pernah kita dengar PAS-PKR-DAP melalui kerajaan yang dikuasainya berbicara masalah Mat Rempit, ragut dan mengujudkan kerjasama rakyat dikawasannya membentras masalah yang membimbangkan ini?

Yang saya pernah dengar ialah bagaimana ingin mengenepikan penyokong-penyokong dan simpatisan UMNO dalam pemilihan jawatankuasa masjid, JKKK dan tender-tender perlupusan sampah untuk diberikan kepada penyokong-penyokong parti mereka pula.

Kata seorang Exco Selangor, “dulu giliran kamu, sekarang giliran kami pula setelah sekian lama menunggu..” Jika demikianlah kenyataannya, apa beda dan istimewanya mereka berbanding dengan UMNO. Pepatah Inggeris pernah berkata, “You can change the saddle, but it is still the same donkey!”. Baju atau warna bertukar, perangai lagu tu jugak..

Sekurang-kurangnya korupnya UMNO dan BN setelah lebih 50 tahun berkuasa, tetapi dalam Pakatan Rakyat korup, skandal, bogel, bersekedudukan, anak haram, liwat, serta memulakan politik lompat hanya dalam tempoh satu tahun mereka berkuasa??. Wow, that is really a good start !!.


49 comments:

Saya Rakyat Malaysia said...

Their 'relationship' is based on hatred, anger and bitterness..

Can they build a nation with these?

tabuan said...

Betui..betui saya sokong 100%..
Ada pulak tok guru suruh ambik duit rasuah tapi jangan undi org yang bagi rasuah.
hukum islam "Memberi dan menerima rasuah adalah haram"

Anak Lenggong said...

Islam pada PAS cuma didalam ceramah dikawasan melayu sahaja tetapi perkataan tu akan hilang sekiranya mereka berceramah dikawasan bukan melayu...

Tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh PR dinegeri yang dimenanginya pada PRU12 cuma mereka perhebatkan ceramah maki hamun keatas BN sahaja..cara pemerintahan mereka cuma copy paste cara pemerintahan terdahulu sahaja...

Unknown said...

salam,

setahun memimpin kerajaan campuran di selangor ditilik kanan dan kiri. sebesar zarah pun diungkit. tetapi umno yang dah perintah lebih 50 tahun, berkompromi dengan segala maksiat dan rasuah tidak pula diambil kira. bijak sungguh..

Anonymous said...

Salam,

Saudara dijemput untuk buat komen dalam blogs.
Saya tak kisah dari puak mana pun.

Isu semasa dan panas dalam

http://penpusaka.blogspot.com/

FUAD HASSAN said...

Jonsen,

Salam,

Saya dah kata dah, penyokong PAS dan PR tidak anggap maksiat yang saya sebutkan sebagai dosa besar..

Ia hanya "sebenar zarah"..kerana yang paling besar adalah tumbangkan UMNO.

Yang lain semua kecil-kecil belaka...

Terima kasih

Antibarua said...

DULU KINI DAN SELAMANYA ORANG MELAYU TIDAK AKAN BERSAMA PAS

SEBAB TU PAS BUKA KEAHLIAN UNTUK ORANG CINA

MEREKA TAK SEDAR TUJUAN ORANG CINA HANYA SATU 'DIVIDE AND RULES' PECAHBELAHKAN MELAYU BARU DAPAT PERINTAH..

ISTILAH BARUA AMAT TEPAT UNTUK MEREKA

AKAI ADA KA

USD said...

Salam Dato', sbg tanda sokongan saya dah link blog ini dgn blog saya.
Semoga terus diberi kekuatan berjuang!

ubatkuat said...

aku rasa adalah lebih afdal kau ambik semua arak yang kau junpa kat semua kedai 7 eleven dan kilang arak kat malaysia ni dan kau minum puas2 hingga mampus,,klU Tak mampos maka kau teruskan lah menulis

Anonymous said...

Hang jgn l aperlekehkan PAS dgn perkara macam ni.. tak elok..sekarng semua para muslimin dan muslimah PAS tgh sibuk la...
sibuk:
1. mempertahankan pengkhalwat
2. berebut kerusi
3. berebut kuasa
4. membela DAP yg nak bawak masuk balik Chin Peng.
5. nak promosi kata rasuah dalam PAS harus..kalau org lain HARAM..
6. samak diri sendiri tiap-tiap hari pasal berkawan dengan KAFIR.
7. bertaubat nasuha pasal dah jadi KAFIR pasal berkawan dengan kafir (sama seperti tuduhan kepada UMNO dulu)
8. mengukur tanah di semua negeri untuk di berikan kepada cina komunis.

FUAD HASSAN said...

Ubatkuat,

Marah dan emosi betul nampaknya dengan tulisan saya. Saya harap jawablah dengan baik jangan marah2.

Nafikanlah saja apa yang yang katakan itu dengan fakta juga.

Kalau dengar bagaimana parti saudara mengata UMNO lagi dahsyat.

Steadylah..

tabuan said...

Ubat kuat chowkit " Kita tak bangun dia sudah Bangun kita tak tidur lagi dia sudah Tidur" kahkahkah..kah..kah..
Woit ubat saja kuat ko tak kuat ...hehehhe

numero_uno said...

Saja menyinggah tengok blog pro umno ni..ada komisyen ekk??.

Rasa macam udang hendak mengata ikan.

Bintang dilangit dapat dibilang, tapi arang dimukanya tak sadar.

Bicara rumput dihalaman rumah orang, dihalaman sendiri rumput sampai kekaki tangga.

adiosss...

Amin Ahmad said...

err.. Dato', UMNO buat apa selama ni?

aZRoy said...

Salam,

Yeah right. And what did UMNO do the people. I'd been hear "memperjuangkan melayu" rhetoric since the last 20 years. In fact, the same society has rules on for 50 years. Yet today, Malay nowadays are the Malay we are.

Sorry to interrupt a bit, but I like to come to my own conclusion: people fear to dissolve the assembly legislative simply because - they are afraid of losing power, losing power make them becoming losing a lot of easy contract, losing contract means they are losing easy money. And losing money will be the most fear situation on these people life. And the thing happened in Selangor, now!.

supirteksi said...

tamah sikit....

kat kelantan boleh haramkan kedai jual nombor ekor tapi kat Kedah tak boleh pulak.....

to penulis yang juga Timbalan Presiden PERKASA, tahniah atas penulisan yang mantap di tajuk ini.

kelabchedet.com

tanahmelayukita said...

testing..

Generasi Pejuang Bangsa said...

Datuk,


PAS sekarang tidak rujuk Al Quran dan hadis lagi untuk menegakkan hukum Islam ,mereka sekarang merujuk kepada DAP

contohnya

Hassan Ali pernah cadangkan supaya pengurangan pengeluaran Arak setiap bulan di Selangor tetapi telah ditentang oleh DAP Selangor dan Anwar juga menyokong.

Husam musa pernah cakap dengan confident akan laksanakan hukum hudud apabila memerintah kerajaan malaysia ketika berdebat dengan Khairy tetapi tidak sampi 48 jam,puak2 DAP kafir harbi ini menentang sekeras-kerasnya...

ajax said...

kalu pas dah kompromi dengan maksiat, eloklah buat umno. bolehlah jadi pejuang agama beb, adalah modai nak membelasah pas dan anwar yang pernah menjadi idola enta semasa enta kononnya jadi pemimpin belia(abim dan mbm) dan dapat jadi wakil rakyat dan exco dulu. baguslah brother ya sheikh fuaaaadd!!! tak ingat ke braderrrr!!!!

IMANSHAH said...

Seharusnya UMNO dan PAS bersatu!!!

FUAD HASSAN said...

Ajax,

Salam.

Terima kasih atas ingatan enta. Ana ingat semasa usrah dalam ABIM.
Kalaulah Anwar betul2 ikuti penghayatan dalam ABIM dulu tidaklah susana jadi begini.

Cuba ambil orang2 baik macam enta sebagai pembantu..sekurang2nya beliau dikelilingi orang yang baik2.
Ini Nalla Karupan... alahai..

Cukup-cukuplah sheikh..

Wallahu alam

Anonymous said...

Tetapi fikir punya fikir,renung balik sejarah.. ISLAM UMNO pun sama juga tak ambil pot pun pasal perkara ini.. Exco yg dulu pun macam tak kisah saja.. sekarang nak salah kan PAS pula?? Korang bukan ISLAM ke??

Satu lagi apa yg EXCO Selangor dulu buat? Kenapa Wang ZAKAT SElangor tak dipergunakan dengan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat termiskin?? Kenapa tak beli sahaja rumah flat yg harga menjadi terlalu murah dan diserahkan kepada IBU TUnGGAL dan rakyat termiskin??
Tuan jangan bagi la alasan berkenaan prosedur atau polisi.. mereka itu adalah asnaf yg sah dan prosedur boleh dirombak dan ditukar.. kelemahan kerajaan BN dan kelemahan Exco UMNO dahulu adalah mereka LUPA diri..

PAKMALAU said...

SeTUJU. PAS KOMPROMI MAKSIAT KERANA UNDI.

Buktinya;

MB PAS Kedah Ust Azizan Razak sendiri mengaku.Arak dan Judi tidak akan Di HARAMKAN di Kedah.Kerana Undi CINA dan INdia PEnentu penting Kemenangan PAS di Kedah dalam PRU13 nanti.

Inilah hakikat dan Retoriknya Ust yang mungkin dah hampir hampir dinobatkan bertaraf ulama' oleh susu sakat politik mereka memberi penjelasan mengapa Aak dan Judi tidak dapat di haramkan.

Kuasa Allah s.w.t Tidak lagi memberi keyakinan pada MB Ust di Kedah tersebut yang menjadi faktor penentu kemenangan..Tetapi sanggup menafikan kekuasaan Allah swt.

Lalu menjadikan faktor undi kafir menjadi penentu kemenangan Islam.

Inilah KEBANGANGAN MB bertaraf Ust ni.Memberi alasan bagai manusia yang cukup Jahil tetapi dinobatkan oleh puak2 PAS kedah inilah ulama' dan ust2 mereka.

Allahuakbar !! mengapa Allah s.w.t menutup mata hati mereka yang bergelar Ust tersebut?

Mungkininilah yang dimaksudkan Ulama as-su-ulama'Jahat yang sedang memimpin umat.

Keris Gombak said...

Ronnie Liu berkata ‘Chin Peng dan PKM ber- tanggongjawab memperjuangkan kemerdekaan bukannya Tunku Abdul Rahman’

Ingatlah orang Cina PKR cuba menghidupkan Komunis di Malaysia

http://kerisgombak.blogspot.com/2009/05/parti-komunis-malaya-memerdekakan.html

suparjo@blogspot.com said...

Kalau namanya politik sama saja. Sebelum Pas bertindak spt yg datuk katakan Umno sudah berjuta kali mengutamakan undi dengan gadai agama dan hak bangsa Melayu. Umno juga tak perduli Melayu di luar Umno kerana mereka tak beri undi kepada Umno.

Org2 politik spt datuk, buat saya orang kampung ketawa terbahak2...

Mv Agusta said...

suparjo said...

Kalau namanya politik sama saja. Sebelum Pas bertindak spt yg datuk katakan Umno sudah berjuta kali mengutamakan undi dengan gadai agama dan hak bangsa Melayu. Umno juga tak perduli Melayu di luar Umno kerana mereka tak beri undi kepada Umno.

Org2 politik spt datuk, buat saya orang kampung ketawa terbahak2...

May 30, 2009 3:51 PM
----------------------------------

Dato'
Kata suparjo UMNO tak buat apa saja utk melayu mcm dia... sebab tue dia macam manggkuk ayun. Segala kebaikan dan pertolongan serta nikmat hidup yg dia rasa hari ini bukan sekadar usaha dia, tapi kerana bantuan dan lorongan yg buat dia beroleh nikmat kehidupan. Buat suparjo, jangan lah kamu kufur nikmat yang Allah beri. Yg bulat tak datang bergoloek, yg pipih tak datang melayang. Kalau hati dah buta dan penuh dengki serta jiwa kacau memang la akan tertutup segala kebaikan yg pernah dibuat dan diberi orang. Kesian suparjo. Muhasabah dan renungkan la balik sebelum peluk bini masa nak tidur, kesian dgn sdra.

Ahmad Putra said...

suruh bini pemimpin UMNO pakai tudung dulu Fuad, sebelum ko mengarut kat sini.

PAS banyak menentang DAP juga atas maksiat. Macam UMNO bukan lagi menentang maksiat, depa yang galak maksiat.

kelambuharimau said...

pas dah terdesak sekarang! krompromi dengan umno haram katanya! dengan DAP halal pula

Che Awe Donde said...

org klate

sorilah beb, org muda macam gua bukan lagi bodoh dan bangang utk diperbodohkan oleh pemimpin UMNO sekarang, Gua ada akal, gua ada mata,gua ada telinga, gua ada hati, gua ada maklumat yang pantas dapat dicapai pada zaman skarang, gua tidak bergantung 100% TV-TV arus perdana. gua tengok TV arus perdana hanya untuk tahu sejauhmana Bodoh dan cerdiknya pemimpin BN-UMNO sekarang dalam mentadbir negara.

I' M SORI

Unknown said...

selama ni siapa yang bising tuduh umno macam-macam. la ni dah perintah, perbetullah apa yang dituduh dulu. tapi mana depa nak buat, retorik saja. depan pengikut, bolehlah cakap retorik.

selama ni, pas hanya menggunakan retorik untuk dapat undi. dah menang, that's it. tak tau apa lagi nak buat.

kedah lah contoh negeri yang sesuai untuk merealisasikan retorik yang umno selama ni tak berlandaskan islam. buat lah benda yang berlandaskan islam. takut kepada Allah atau kafir?

kelantan tak boleh dijadikan contoh sebab hampir 95% penduduknya melayu islam.

realisasikan, jangan retorik saja.

AnalogGPT said...

http://www.youtube.com/watch?v=LbvAO7muHJQ

Inilah buktinya.
Orang PAS dah gila kuasa buang semua dalam perjuangan.

lipandes said...

http://www.youtube.com/watch?v=LbvAO7muHJQ

Inilah dia bukti,
orang PAS dah gila kuasa habis semua prinsip buang dalam longkang.

DinDeraman said...

saudara/i boleh mengikuti komen seterusnya menerusi,
http://sdp5157.blogspot.com
jom !!!

ABU SIRR said...

Assalamualaikum Dato',apa komen Dato' supaya UMNO wujudkan juga badan seumpama Majlis Syura Ulama PAS.Dalam UMNO sendiri pun ramai ulama yang hebat lagi wibawa.

Anonymous said...

Salam,

Anda dipelawa untuk buat komen,walaupun fahaman berbeza tidak mengapa.

http://penpusaka.blogspot.com/

PARPUKARI said...

SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Unknown said...

Salam, Datuk...

Rakyat semakin dapat menilai keperibadian UMNO yang sebenar. Inilah sikap talam dua muka majoriti ahli UMNO.

Sejak lebih 50 tahun memerintah negara, tidak terlintas langsung difikiran mereka untuk memperjuangkan agama. Yang diagung2kan adalah sikap taksub kebangsaan (nasionalisme) yang melampau.

Namun, setelah hilang kuasa dan hampir dikafankan rakyat, mereka lah yang berlagak seolah2 seorang pejuang rakyat dan mewakili golongan marhaen. Sebagai contoh, lihat sikap khir toyo dan datuk sendiri.

Dalam konteks politik nasional yang lebih luas, sikap talam dua muka UMNO ini sungguh jelas dan menjelikkan. Bila berkempen dihadapan bangsa bukan melayu, dilacurkannya isu2 agama, dengan tujuan untuk menakut2kan masyarakat bukan islam ini.

Namun, bila berhadapan dengan masyarakat melayu, dilacurkan pula isu2 perkauman untuk melaga2kan rakyat dan memarakkan api racism..

Sungguh satu sikap politik yang memualkan & menjelikkan..

salju said...

salam, menyelit sedikit..banyak juga persoalan yang dato' tidak jawab ye..kalau diteliti komen2 pembaca..hmm jangan cepat melatah wahai pembaca..kalian perlu banyakkan kajian dan sumber rujukan media massa dan elektronik sekarang bukan boleh percaya sepenuhnya..ingat setiap perkataan dan tulisan kita akan diuji oleh Allah. nasihat kepada dato' jangan cepat menuding perkara yang bukan-bukan. melakukan perubahan di negeri2 pemerintahan PAS tidaklah semudah yang disangka dan dicakap-cakap 1 atau 2 tahun itu terlalu singkat untuk menilai pas retorik semata..berikan masa dan peluang kepada parti ini.perjuangan islam itu penuh onak liku dan halangan,jadi tidak mustahil untuk melihat perubahan akan mengambil masa yang panjang..jadi fikir dan renungkanlah..cukuplah dato' saya mohon dato' solat hajat minta supaya Allah selalu membuka mata hati dato' dan kita harap keamanan rakyat seluruh malaysia islam atau bukan islam.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Kalau UMNO dikatakan tidak Islamik atau tidak seIslam PAS perjuangannya maka PAS adalah lebih Islam. Bagi saya saya akui perjuangan UMNO adalah sekular dan tidak Islamik. PAS adalah lebih Islamik kerana namanya sudah jelas mengangkat Islam sebagai satu wadah.

Tetapi jika ketika nampak berkuasa dan mendapat sokongan rakyat kini PAS turut mengamalkan sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO ketika berkuasa, jadinya dimanakah letaknya Islam PAS dan lebih baiknya PAS dari UMNO.

Hakikatnya PAS juga macam UMNO.Semua janji adalah retorika politik kerana ia adalah parti politik.

TBO said...

salam dato

aikkk marah sangat kat PR tu kenape, abis elame ini 50 tahun UMNO perintah kenape tak diharamkan semue tu, adakah UMNO tidor selame ini.

Mohd Afdzal Mokhtar said...

betul..saya sokong sangat la tu..kate nak tutup kedai arak la ape la...mcm2 lagi yg bertentangan dengan agama isalam sume nak ttup tapi apa pun takde...


anakmelayu30.blogspot.com plzz support.

ibnu sidek said...

Salam, Kan anda seorang Islam saya kira, dan pernah menjadi seorang Exco, tapi kenapa anda tidak menlakukan apa yang seharusnya anda lakukan ketika ada kuasa, kenapa tak ditutup pusat judi, pusat maksiat dan tempat minum keras, kenapa harus menunggu Pas yang lakukannya, kan anda seorang islam yang wajb untuk anda memperjuangkan Islam, Pas ada usaha untuk membenteras semua itu, tapi apakan daya tak disokong oleh orang Islam, sehinggakan Pas tak terdaya dengan hanya kuasa yang sedikit, jadi marilah orang Islam semua di Malaysia menyokong Pas supaya Pas ada kuasa untuk menghapuskan semua perkara yang dibenci Allah....menyokong orang yang inginkan Islam berkuasa di Malaysia adalah Wajib, kalau tak percaya pergi tanya mufti kalau anda bukan dari orang2 mukmin bertaubatlah segera... Insya Allah Islam akan mencapai kemenangan tidak lama lagi kerana itu janji Allah, sesiapa yang tak percaya dengan janji ini maka dia tergolong diantara orang yang kafir..Na'uzubillah.

MK IV said...

saya pernah menulis artikel mengenai pas tak akan tutup kilang arak, ini sedikit masa dulu, di sebapkan blog master pun menulis benda yang sama juga so saya akan publishkan tulisan blog master di blog saya, izinkan....

Anonymous said...

pakatan rakyat tidak akan bertahan lama... kalau bertahan lama pas akan terus ditindas.. kira padan muka mereka sendiri.

tak sampai lagi 5 tahun memerintah negeri yang ditawan masa PRU12 dah mula buat hal ... corupt sana sini.. dulu kata BN yang buat. skg mereka pun tidak kurang samanya??? Tok Guru Nik Aziz tu dah takleh pakai, ego sangat nak jadi MB kelantan.. tu yang cakap amek jer duit rasuah .. tapi ngundinya jangan .. tak ke terpesong sudah ajarannya pada orang ramai?

FIR a.k.a DAK-US said...

mari berkempen, say no to politician for petronas!!
http://opssfird.blogspot.com/2009/06/say-no-politician-for-petronas.html

ida_hana said...

Salam semua,

Saja nak mencelah, first time open this blog.
Penulis rencana ni memperlekehkan PAS atau PR, semuanya kondem dan mengutarakan sesuatu tanpa ade asas yang kukuh ataupun data yang lengkap hampir keseluruhan rencananya beremosikan kemarahan umpama orang yang kalah cuba menanamkan budaya blaming. Tanpa mencari sebab kenapa orang menolak UBN, harus diingat negara ini milik pembayar cukai iaitu rakyat bukan milik UBN. Kita tak berhutang kepada pemimpin negara tetapi pemimpin yang memikul amanah kepada rakyat. Jadi sebagai pemegang amanah mereka-mereka ini seharusnya jujur dan amanah bukan membaham segala hasil mahsul negara untuk kepentingan diri sendiri. Masih ingat tak lagi masa Tengku Abd Rahman ke England siapa biayai wang perjalanannya ke sana tentunya Rakyat so beliau atau pemimpin seterusnya kena ingat mereka berhutang dengan rakyat. Amanah yang dipikul terlalu berat. Sebab tu dalam islam orang yang teruk disoal ialah pemimpin.
Ok bertitik tolak dengan hal politik semasa sekarang, penulis cuba kondem PAS kenapa tak laksanakan syariat islam bila dah memerintah, kita lihat di Kelantan TGNA mengambil masa bertahun-tahun cuba melaksanakannya alhamdulliah sekarang ni dah berjaya nampaknya syukur, masalah yang dihadapi adalah tentangan dari umat Islam (melayu) itu sendiri terutama UBN bermacam-macam ditimbulkan bukan dari DAP. Saya tak marah kalau DAP bercakap tentang tentangan terhadap hukum Islam kerana kebanyakan ahli DAP bukan islam mereka semua masih tak kenal islam, yang saya amat kesal orang-orang UMNO yang islam ni yang menentang KENAPA???, bukan kah penulis sepatutnya membantu orang2 PAS menegakkan ISLAM bukan kondem. Tapi penulis seolah-olah tidak faham tentang hukum Islam melebihi ahli-ahli DAP yang bukan Islam.
Sebut tentang melayu UBN dah perintah selama 50 tahun lebih, tetapi orang melayu masih mundur kenapa? adakah kita masih nak menunggu 50 tahun lagi so tepuk dada tanya selera.
Wassalam

poyosede said...

PAS is no longer Islamic Party..Semua jadi halal bila kena batang hidung..hipokrit..

M.Perry said...

Saya setuju dengan pandangan yang diutarakan dalam blog ini kerana saya lihat PR tidak menepati apa yang dijanjikan kepada rakyat. Kita lihat apa sudah jadi kepada isu Kg.Buah Pala di Pulau Pinang. Kerajaan kepimpinan DAP telah meluluskan (endorse) penjulan tanah Kg.Buah Pala kepada satu syarikat perumahan yang dimiliki oleh orang-orang tertentu sejurus ambil alih pentadbiran kerajaan negeri. DAP berjanji akan mengekalkan Kg.Puah Pala kepada penduduk asal Kg.tersebut iaitu hampir 35 keluarga India.Tetapi kini DAP lebih minat untuk menjual tanah tersebut daripada mengekalkan Kg.tersebut sebagai Kampong warisan.PKR dan PAS juga tidak bersetuju dengan DAP dalam hal ini. Dengan ini jelas bahawa DAP telah mengecewakan kaum India yang menyokong mereka dalam PRU12.Kaum India menyokong DAP kerana seruan HINDRAF. Sekarang DAP mengutuk HINDRAF supaya tidak campurtangan dalam hal ini.Jadi, kaum India dan penyokong HINDRAF harus menyedari niat buruk DAP dalam hal ini. Kita tunggu masa untuk tunjuk kuasa undi kita sekali lagi.

Wasalam.

mat yen said...

Salam,
Itulah sikap PAS yang mahukan kuasa sahaja tanpa memikirkan
kepentingan rakyat, arak dijual berluasa tidak dipertahankan, demi kuasa, hancor puak-puak ini jika berkuasa di negara ini.