Thursday, July 2, 2009

HATI-HATI LAKSANA LIBERALISASI


PERKASA MAHU LIBERALISASI TERPIMPIN

Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (perkasa) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengenai langkah meliberalisasikan garis panduan pelaburan (FIC) dan penubuhan Ekuiti Nasional (Ekuinas Berhad) dalam merasmikan Persidangan The Invest Malaysia 2009 pada 30 jun yang lalu.

Pengumuman itu penting sebagai garis panduan dasar baru yang adil, bagi manfaat semua untuk para pelabur dan pada masa yang sama memenuhi keperluan untuk instrumen efektif baharu bagi penyertaan Bumiputera.

PERKASA menganggap pengumuman tersebut sebagai langkah berani dan luar biasa dalam suasana krisis ekonomi global yang mengancam. Ini penting bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara untuk pengagihan pendapatan negara. Namun amatlah baik sekiranya langkah tersebut dibincangkan terlebih dahulu di kalangan usahawan-usahawan bumiputra.

PERKASA mengingatkan kerajaan agar liberalisasi terhadap kepentingan bumiputra wajar dilakukan secara berhati-hati dan berperingkat (progressive liberalisation) sesuai dengan peningkatan dan keupayaan kaum bumiputra bersaing dalam ekonomi domestik dan global. Ini selaras dengan semangat dasar ekonomi liberal yang terpimpin. (Guided Liberalisation).

Walaupun terkilan dengan penghapusan 30 peratus ekuiti bumiputra dalam penyenaraian Bursa saham, PERKASA meminta usaha menggantikan 30 peratus penyertaan ekuiti bumiputra dalam ekonomi makro di lakukan dengan bersungguh-sungguh serta melibatkan pengagihan ekuiti bumiputra yang bukan sahaja adil tetapi melibatkan seramai mungkin pengusaha bumiputra yang layak.

Pimpinan politik, pengurus korporat dan pegawai yang melaksanakan agenda pembangunan ekonomi bumiputra mestilah amanah, professional serta mempunyai keazaman yang tinggi terhadap pembelaan nasib bangsa yang tertinggal.

BNM dan MITI perlu sentiasa mengkaji dan memantau agar kesan perlaksanaan liberalisasi kewangan dan sektor perkhidmatan negara agar tidak berakhir dengan penguasaan Syarikat-syarikat Multi-Nasional global yang tidak mengindahkan kepentingan dan kebajikan ekuiti minoriti masyarakat Malaysia umumnya dan bumiputra khususnya.

Kerajaan perlu bertanggungjawab memelihara kepentingan bagi sektor strategik negara. Syarikat-syarikat dalam sektor ini perlu dilindungi melalui syarat ekuiti seperti yang dikehendaki dalam kawalseliaan setiap sektor seperti Komisi Tenaga, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Komisi Perkhidmatan Air Negara, Komisi Multimedia dan Komunikasi Negara dan lain-lain.

PERKASA mahukan agar pembangunan Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputra (BCIC) perlu diberikan tumpuan yang lebih berkesan dan bersungguh-sungguh. Ia harus diberikan keutamaan yang tinggi di bawah strategi penyusunan daripada pemilikan ekuiti.

Agensi seperti PNB dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SCDC) yang ditubuhkan harus mengambil strategi baru dan berkesan untuk menambah bilangan pengurus dan usahawan bumiputra untuk terlibat aktif dalam syarikat-syarikat di mana Bumiputra memiliki saham yang berkesan.

PERKASA mencadangkan agar satu lagi Kongeres Ekonomi Bumiputra diadakan bagi menilai pencapaian terdahulu serta menyediakan diri bagi menghadapi suasana ekonomi global yang lebih mencabar.

Yang benar,


Datuk Ibrahim Ali
Presiden,
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Kuala Lumpur
2 Julai 2009



7 comments:

musli oli said...

PERKASA Negeri Sabah bersetuju dengan kenyataan Presiden PERKASA Pusat agar satu Kongres Bumiputera perlu diadakan untuk memberi penjelasan kepada usahawan Melayu/ Bumiputra termasuk masyarakat bumiputra secara umum. PERKASA Sabah juga berusaha untuk memberi penjelasan yang mudah difahami rakyat dan orang kampung mengenai MODEL EKONOMI BARU yang di umum Perdana Menteri itu. Penjelasan amatlah perlu mengelakkan ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan menyerang dasar dan model tersebut sebelum ianya sempat memberi sebarang impak yang positif.

MUSLI HAJI OLI
Pengerusi Penyelaras Penaja
PERKASA Negeri Sabah

poyosede said...

Setelah mendengar penjelasan DS Najib baru-baru ini saya yakin dan pasti DS Najib takkan mengecewakan orang Melayu Islam...

damai said...

Dato',
Tahniah diatas perlantikan sebagai Ketua Pengarah JASA yang baru.

Cheguman said...

Wah, saya tertinggal keretapi. Tahniah Dato'. Semoga JASA bertambah cemerlang di bawah Dato'.

Rantong said...

Apa yang penting... kerjasama....

View Profile: Rantong™

Pejuang Bangsa said...

saya semasa DS Najib dan Datuk Fuad sendiri menerangkan mengenai liberalisasi ekonomi di wacana anjuran Gempita di PWTC, saya yakin
DS Najib akan terus membela bangsa Melayu dan bumiputra . beliau tidak akan lari dari landasan dan perjuangan menjaga kepentingan orang Melayu .. Hidup Melayu !!

hami said...

Untuk Sabah dan Sarawak kita biarkan mereka itu sendiri menjalankan segala kegiatan yang mana semua mendapat faedah tetapi di Semenanjung Malaysia liberalisasi hanya ke tahap 30% dan ianya akan dikaji setiap satu tahun supaya pengembangan ekonomi orang Melayu terus meningkat dan menguntungkan semua orang Melayu.