ATTACKING IS THE BEST DEFENCE
UMNO perlu melakukan muhasabah diri mengapa ianya kurang mendapat sokongan rakyat dan ini pernah dinyatakan berkali-kali oleh ramai pihak.
Fitrahnya sebagai parti politik tua dan lama berkuasa ia terdedah kepada banyak kelemahan dan kekurangan sehingga jasa besarnya dilupakan.
Langkah dasar keterbukaan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri – menjadi pemangkin kepada pendedahan nanah UMNO, BN dan kerajaan yang menunggu masa untuk terbongkah keluar.
UMNO perlukan ‘blood transfusion’. Diharap dengan suntikan darah baru dapat memberikan tenaga dan kesegaran untuk beberapa lama lagi sebelum ia menghadapi persaraan wajib.
Inilah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang ke 6. Masanya tidak banyak Cuma 2 tahun. Untuk itu pasukan DS Najib tidak ada masa untuk berbulan madu diatas kejayaan lantikan.
Disamping pasukan ini bekerja kuat untuk rakyat, mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya dalam pertempuran persaingan dan permainan untuk menakluk kuasa. Adalah menjadi tanggungjawab utama mereka untuk mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap dan perlakuan rakyat agar kembali menyokong perjuangan parti dan negara dalam pilihanraya yang ke 13.
Pendekatan defensif atau mempertahankan diri tidak akan membawa kemenangan. Yang penting cepat sedar terhadap kelemahan dan memperbaikinya segera dan bukannya bersugul-sugul untuk sekian lama tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan. Sekali kalah pilihanraya yang ke 12 sudah seperti negara di langgar garuda !!. Sepi dalam moral yang rendah dan tidak kurang yang
Ini masanya UMNO dan BN melakukan pendekatan aggresif. Mereka belum kalah total. ‘Attacking is the best defence’. Kerana ini adalah permainan politik untuk merampas atau mengekal kuasa kerana cita-cita seorang yang ingin menjadi Perdana Menteri yang tak kesampaian.
PKR dan PAS telah meletakkan prinsip bangsa dan agamanya di pintu belakang kerana ingin mengambil hati orang-orang bukan Melayu. Melalui Pakatan Rakyat mereka berjaya mencipta matlamat bersama dan hanya satu – tumbangkan BN.
Strategi mereka ternyata berkesan sebab mereka menyerang dan terus menyerang dari semua posisi dan sudut. UMNO tidak bernafas untuk menjawab. Semua institusi-institusi penting negara seperti Kehakiman, Polis dan SPR sudah dikunci mati oleh Anwar melalui menghilangkan kepercayaan rakyat kepadanya. Bukan semua tuduhan betul, tapi rakyat mempercayainya. Inilah politik.
Bertabur rentak langkah dan tari komponen BN kerana serangan dan fitnah separuh benar daripada PR. Sebenarnya BN memerlukan pahlawan muda dan berani untuk menghadapi serangan ini.
Belumpun lama PKR berkuasa, terlalu banyak kes-kes nyata di kalangan wakil-wakil rakyat mereka yang menyebabkan pilihanraya-pilihanraya kecil yang menyusahkan rakyat terpaksa diadakan. Tetapi nampaknya ini tidak dieksploit dengan kemas oleh BN dan isu-isu ini berlalu begitu sahaja tanpa dilihat sebagai satu kesalahan.
Dalam beberapa minggu lalu terlalu banyak ‘political drama’ yang kita tonton sehinggakan rakyat sudah mulai rasa muak dan jijik.
Dalam sejarah negara tidak pernah kita melihat kaum India yang hanya merupakan 1.8 juta penduduk negara ini 'naik minyak' sampai begitu rupa sehingga sanggup memaki hamun pasukan keselamatan negara dan pimpinan yang diistilahkan oleh Hindraf sebagai 'kerajaan Melayu-Muslim'.
Jika saya diminta menyebut satu usaha positif DS Najib maka ianya adalah kegigihan beliau menangani krisis ekonomi negara dan sudah ada tanda-tanda positif kearah tersebut. Saya percaya jika usaha ini berjaya rakyat akan membuat penilaian semula terhadap tanggapan salah mereka sebelum ini.
Pendekatan beliau untuk tidak melayan provokasi-provokasi Anwar telah menobatkan beliau sebagai PM yang ke 6 lebih awal daripada sepatutnya. Ketenangan beliau yang bersahajalah yang membawa kerajaan Perak tumbang kepada BN berbanding kehebohan Anwar melalui Rancangan 16 September yang gagal.
Kita selalunya merancang, tetapi kita selalu lupa rancangan Allah kepada kita.
16 comments:
saya amat bersetuju dengan artikel saudara. pagi ini saya tulis tentang pemimpin tertinggi UMNO buta IT. apa yang berlaku ialah pemimpin pembangkang setiap hari dan setiap 4 atau 5 jam update blog menyerang kerajaan BN tetapi pemimpin BN tidak ambil tahu tentang perkara ini dan bersikap dingin. yang peliknya saya pula menerima sms ugutan daripada Menteri Penerangan kerana menulis perkara yang benar. lihat http://muslioli.blogspot.com
Opps... U r rated 5 Star Blogger. Pls visit SpotTheBloggers.
Salam Hormat.
salam tok,
itu lah masaalahnya apabila pemimpin UMNO sebenarnya masih belum mampu menunjukkan satu jalan ampuh dan padu serta bergerak seiring agar ahli dan rakyat dapat melihat satu gerakan dan langkah berkesan untuk mengeluarkan UMNO dari belenggu sekaligus meningkat kan imej yang memberikan rasa yakin dan hormat rakyat.
Saya amat tertarik dgn pertembungan anwar dan najib. Masing2 punya strategi, cuma jgn jadikan rakyat kebingungan
Salam semua,
Pertama sekali saya ingin memberikan pandangan saya secara ikhlas mengenai pandangan umum terhadap UMNO dewasa ini. Umum melihat UMNO terlalu berkuasa dalam beberapa situasi yang mana beberapa pihak yang sepatutnya dilihat berkecuali tetapi dilihat memihak kepada UMNO. Berkaitan dengan itu dan perubahan yang diminat oleh Dato' Seri Najib, umum tidak melihat kepada perubahan UMNO semata-mata, malah umum mungkin tidak memperdulikan samada UMNO hendak berubah atau tidak. Yang lebih penting, umum ingin melihat perubahan pada sistem keseluruhannya termasuklah sistem kehakiman, perundangan, pendidikan, SPR, SPRM, PDRM dan sebagainya yang tidak memihak kepada UMNO semata-mata dalam beberapa isu. Seperkara lagi, dan yang paling penting terutama bila berhadapan dengan kualiti rakyat yang berfikiran terbuka, kredibiliti pemimpin-pemimpin atasan adalah perkara asas yang amat penting terutama dalam percakapan, tindakan dan tahap pemikiran mereka. Antara kesilapan yang sering dilakukan apabila pemimpin UMNO seringkali menafsirkan setiap pernyataan pembangkan adalah semata-mata penipuan. Amat malang jika, sekiranya kita menyatakan seseorang itu menipu dan apabila dikaji selidik akhirnya umum melihat sebaliknya. Umum telah seakan akan menerima konsep 2 parti dan umum melihat kepentingan pembangkang di dalam sistem pemerintahan dan haruslah pandangan pembangkang dilihat, dilayan secara ekslusif dan bijaksana.
Assalammualaikum Dato',
Harap sihat d samping kelurga tercinta..!!Sebagai ahli pemuda UMNO dan cintakan UMNO saya setuju dengan pendapat dato'bahawa UMNO kini perlu bertindak dengan lebih cepat,tepat dan sentiasa peka dengan apa yang diinginkan oleh rakyat!!Tetapi perlu diingatkan bahawa rakyat kini telah hilang kepercayaan,keyakinan,dan tidak menghormati pemimpin UMNO akibat dari kesilapan & kesalahan mahu pun sengaja atau tidak disengajakan yang dilakukan pemimpin UMNO,,bahawa disini ianya bukan satu kerja mudah pada kerajan UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO!!Oleh itu pendekatan yang lebih drastik perlu dilakukan oleh kerjaan UMNO sekarang ini!!!Suara dan pendapat akar umbi sebenarnya adalah lebih penting untuk didengari oleh pemimpin kerana akar umbi ini lah yang bergaul dengan rakyat setiap hari dan mereka mengenalpasti kehendak rakyat!!!!Parti pembangkang mula meraih populariti mendadak bukan kerana kehebatan mereka mempimpin rakyat & kerajaan,,mereka mendapat sokongan rakyat kerana rakyat mula marah pada UMNO kerana wujud ketidakseimbangan politik,kenaikan harga barangan mendadak dan diskriminasi(agihan projek kpd pihak tertentu tanpa mengikut sistem tender yang telus)yang tentunya melemahkan ekonomi rakyat dan pusingan kewangan semakin lembap!!!Sebagai contoh,saya seorang peniaga katering sejak 5 tahun yang lepas!Setiap kali saya masuk tender kerajaan untuk membekal makanan dengan harga yang berpatutan di samping bukti kualiti produk saya yang baik,saya tetap tidak akan memenangi tender tersebut!!!Cuma ada satu syarikat itu sahaja(tidak perlu saya nyatakan disini) yang sentiasa memenangi tender di setiap badan kerajaan,walaupun perkhidmatannya sering mendapat complain daripada pelanggan!!Jadi inilah salah satu contoh yang perlu kerajaan ubah dari ketika ini,agar sentiasa telus dalam apa jua yang direncanakan!!Walaupun begitu saya tetap seorang penyokong UMNO kerana dengan kewarasan saya untuk berfikir,UMNO masih parti yang relevan dan memperjuangkan anak bangsa ke arah kecemerlangan,saya tidak mampu melihat anak bangsa di jajah dan negara tergadai di bawah pembangkang!!!
Bangkitlah anak bangsaku!!!Pemimpin perlu sentiasa mendekati rakyat pada ketika ini untuk menyelami apa permasahan mereka,,jangan biarkan rakyat tertindas,,ini perlu untuk kembalikan keyakinan rakyat & ahli UMNO akar umbi,,!!!Ini adalah penting kerana sebagai contoh;(maafkan saya kiranya saya mengecilkan hati Dato')penganalisis politik ada mengatakan bahawa salah satu sebab kekalahan Dato'pada pilihanraya umum 1999,dato'telah kalah di tangan azmin ali adalah kerana dato' sendiri jarang melawat penduduk dan rakyat di hulu klang dan Dato'amat jarang bersatu dan membantu orang orang yang pernah menaikkan dato'!!
Jadi disini kita mengharapkan agar kecuaian & kelekaan pemimpin tidak berlaku lagi di dalam UMNO!!
Sampai disni sahaja komen saya!!
HIDUP UMNO,BERSATULAH BANGSA MELAYU KU!!!PERTAHANKAN PARTI UMNO,AGAR KITATIDAK DIJAJH DI NEGARA SENDIRI!!!
salam perkenalan..
semoga tuan dapat menjadi antara blogger terbaik dari kalangan politician yang ada di Malaysia.
saya pertama dengar speech tuan di Janda Baik semasa sidang penutup kursus tempoh hari.. ia sangat menarik...
saya kira keberkatan Al Quran membawa kesan kepada perkembangan tuan sebagai ahli politik dan semoga semangat itu akan dikekalkan...
jika ada masa jemput ke blog picisan saya...
salam perjuangan.
saya setuju dengan pendekatan Datuk iaitu ATTACKING IS THE BEST DEFENCE
kita tidak boleh lagi leka dan alpa sekarang . Kita sekarang perlu dalam keadaan menyerang mereka dan juga menjawab segala tuduhan dan fitnah mereka dengan cepat.
salam perjuangan
ermm..
UMNO x kalah dari wakil .. cuma parti bn je yg kurang ..
kalo ikut2 pon .. umno , pkr , dap ..
still umno ramai ..
hidup melayu bersatu!!!!!!!
mungkin ini masanya umno membuat reflection dan muhasabah diri.. 1langkah ke belakang untuk 10 langkah ke hadapan..
mungkin juga ini hikmahnya supaya umno betul2 memperjuangkan agama, bangsa dan negara..
hikmahnya juga, umno tidak merasa diri mereka untouchable dan bn meletakkan calon2nya semborono sahaja..
Datuk lakukanlah sesuatu demi survival UMNO.
Hanya UMNO yang saya harapkan untuk survival Islam dan Melayu.
Saya seorang ahli Pemuda UMNO dari Kelantan.
UMNO kelantan perlukan satu suntikan " adrenaline "
Bantulah kami Datuk.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apa kata kita teliti sebanyak mana UNDI yang bakal diraih oleh PKR sekiranya mereka tidak menang percuma di DUN Penanti? DUN Penanti pada tahun 2004 pernah dimenangi oleh BN (UMNO).. Namun akibat pergeseran dan kekecohan di dalam UMNO samada diperingkat Bahagian mahu pun diperingkat Pusat, akhirnya DUN Penanti berjaya dirampas oleh PKR pada tahun 2008.. DUN Penanti terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang sekarang ini telah dimilikki oleh Penasihat PKR juga melalui cara perletakkan jawatan Ahli Parlimennya yang jugak 'ISTERI KESAYANGANNYA'.. Oleh itu secara KASARnya, sekiranya bertanding pun kita tak nafikan UMNO akan menghadapi laluan sukar di DUN Penanti..
Apa kata kita lihat sedikit angka-angka di bawah sebagai rujukan:-
Jumlah pengundi : Terkini – 15,453
Melayu 72.5%, Cina 24.5%, India 2.4%, Lain-lain: 0.6%
Keputusan PRU 12: PKR menang majoriti: 2,219 undi
Jumlah ahli-ahli UMNO di DUN Penanti: sekitar 5000 orang
Kita mungkin boleh menjangka UMNO akan meminta ahli-ahlinya yang seramai 5000 orang tidak keluar mengundi atau mengundi calon BEBAS..Namun itu hanya anggapan kasar sahaja.. Apa saja boleh berlaku bila tempoh berkempen bermula.. Jika UMNO tidak bertanding dan ahli-ahlinya samada memulaukan atau mengundi calon BEBAS (jika ada yang masih belum diBELI), bolehkah itu menghalang PKR memenangi sekitar 8 ribu hingga 10 ribu undi? Pengalaman semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh menunjukkan bagaimana para pengundi menolak calon bebas dengan peratusan undi yang diperolehi mereka sangat kecil hingga hilang wang pertaruhan..
UMNO sepatutnya 'MENAFSIR' dengan betul 'ANGKA-ANGKA' yang diperolehi semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.. Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh, UMNO sendiri yang mendakwa mereka berpeluang memenangi kawasan tersebut dengan alasan ahli-ahli UMNO dikawasan tersebut secara kasarnya seramai 22 ribu orang (jumlah pengundi 50 ribu orang lebih).. Akhirnya calon UMNO yang diberi gelaran 'Peh Moh' dan sebagainya semata-mata nak menarik undi Cina hanya mampu memperolehi sekitar 15 ribu undi.. Mana hilang baki undi lagi 5 ribu lebih? HE!HE!HE!
Jika terBUKTI calon PKR memenangi 8 ribu hingga 10 ribu undi seperti yang dinyatakan, adakah UMNO berani angkat muka dan mendakwa mereka tidak bertanding KONONnya demi nak berkhidmat kepada rakyat? Bukankah rakyat jugak yang memberikan undi sebanyak itu kepada PKR kerana UMNO enggan bertanding? Angka 8 ribu hingga 10 ribu undi daripada 15,453 pengundi DUN Penanti tuh besar PERATUSANnya.. Lainla kalau PKR hanya mampu meraih sekitar 5 ribu hingga 6 ribu pengundi sahaja di DUN Penanti.. Masa tuh bolehla kalau UMNO nak mendakwa rakyat bersetuju dengan mereka dengan alasan UMNO KONONnya ingin memulihkan ekonomi atau tidak mahu terperangkap dan sebagainya.. UMNO harus sedar IMPLIKASI yang bakal dihadapi sekiranya peratusan undi yang diperolehi PKR adalah besar..
Tak terfikirlah pulak kalau UMNO sanggup melarang atau menghalang rakyat keluar mengundi semata-mata nak mengecilkan peratusan undi yang bakal diperolehi PKR nanti.. Kalau buat begitu, yang MALU nanti UMNO jugak.. Sebab tu lah apabila disebut 'RAKYAT' kita kena tahu siapa dan di mana 'RAKYAT' itu berada.. Jangan kata 'RAKYAT' tuh hanya mereka yang seramai dua, tiga kerat 'MAKHLUK' yang dok keliling kita di Putrajaya dengan pelbagai NIAT.. Apa pun keputusan dah pun diputuskan.. Kita yang dok jadi 'RAKYAT' nih pakat-pakat tengok aje la sambil mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri.. HE!HE!HE!
Wallahualam..
http://sensecredaccountability.blogspot.com/2009/05/dun-penanti-mana-umno-nak-letak-muka.html
Begini lah, mungkin nukilan saya ini tidak berapa tepat, tetapi berdasarkan pemerhatian saya mengapa ramai diluar sana mula mengalihkan sokongan mereka dari UMNO.
1) pimpinan UMNO merasakan hanya mereka yang layak memimpin negara/negeri. Sedangkan data-data seperti meningkatnya hutang negeri, meningkatnya kadar rasuah, jenayah, kadar inflasi sebagai contoh menunjukkan sebaliknya.
2) setiap kali perhimpunan UMNO, isu rasuah di dalam UMNO tidak pernah reda. Ia lebih ketara apabila mereka yang dituduh terlibat, ada yang masih boleh bertanding, juga ada yang masih kekal jawatan di peringkat negeri. Di tambah lagi apabila tiada tindakan di ambil oleh pihak SPRM. Harus ingat, rakyat diluar melihat semua ini.
3) Rakyat melihat cara-cara UMNO sebagai kerajaan negeri/pusat menguruskan harta dan kewangan negara seolah-olah UMNO yang punya.
4) Apabila pemimpin UMNO berbicara tidak meliputi kehendak hati rakyat. Kes PSSMI misalnya, UMNO kata pejuang bahasa Melayu, tetapi hakikatnya rakyat nampak sebaliknya. Terpaksa juga disebut di sini, kes di Perak di kala ini benar2 menyebabkan UMNO semakin disisih.
Saya amat bersetuju bahawa suara akar umbi amat penting. Tetapi suara tetap suara yang kecil, tidak ke mana kalau hati dan perasaan mereka yang di atas tetap berlaukkan makanan yang enak, tempat tinggal yang mewah, pakaian yang mahal.
Perginya Anwar Ibrahim kerana UMNO yang menendangnya keluar. Keluarnya Dato' Onn Jaafar kerana pandangannya disisihkan.
Wafatnya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Hussein Onn adalah diluar kepompong UMNO (ketika itu menyebelahi Semangat 46).
Salam hormat.
salam hormat Dato`,
Saya bersetuju dengan pendapat dato`,kerana itu saya `kechiwa` BN tidak mengeksploitasi isu Penanti semaksimumnya dan tidak bertanding di Penanti adalah keputusan yang silap...lawati blog saya http://nasilemakbungkus.blogspot.com
Wassalam.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuk
salam pengenalan penuh ikhlas dari saya,,sepanjang pengamatan saudara dalam konflik perak ,,boleh ulas tak tentang komen saya ni
bermoralkah bn melakukan rampasan kuasa di perak yg dimulakan dengan adegan 3 adun lompat ke bn dan tidak melalui sidang dun mendakwa hj nizar telah hilang majoriti dan sokongan terhadap beliau selaku mb telah hilang???
dimana letak nya kewarasan 3 adun tu lompat ke bn tanpa persetujuan rakyat yang telah memilih mereka di dun masing masing
berani saya katakan disini,,perlakuan mereka tidak mendapat restu dan perlembagaan kita perlu digubal utk mendepani isu isu ini dimasa depan
salam penuh hormat
wassalam
sALAM;
SETUJU DAN TERAMAT SETUJU UMNO MURUNG.
MEREKA MERASI SUDAH CUKUP SELESA DAN SELAMAT BERADA DALAM BAHTERA YANG CUKUP SELESA YANG MUNGKIN TIDAK AKAN KARAM.
LUPAKAH MEREKA,LAUTAN TIDAK PERNAH RISAU PADA SAIZ BAHTERA KECIL ATAU BESAR LAUTAN TETAP DAPAT MENERIMA...
SESEKALI JENGUK2LAH KE LUAR SANA AWAN MULA BERARAK HITAM...LAUTAN TIDAK SETENANG DULU...
BUKANKAH TANDANYA RIBUT DAN TAUFAN MUNGKIN AKAN DATANG BILA-BILA MASA..
BERSEDIALAH UMNO,BANGSA TIDAK SEGAGAH DATUK NENEK KITA DULU..DAN TIDAK SEHEBAT mAT kILAU,TOK gAJAH,dATUK bAHAMAN DAN LAIN-LAIN..
KERANA HARI PENJAJAH DATANG BUKAN SEPERTI DULU,,,PENJAJAH DATANG MELALUI MEDIA DAN it.
aNDAINYA KITA ALPA DIA MAMPU MENJAJAH MINDA BANGSA...MAKA PUDARLAH NILAI PERJUANGAN..TERSUNGKURLAH BANGSA.
Post a Comment