Monday, August 31, 2009

JALUR YANG DILUPAKAN

SEJARAH MERDEKA DITULIS SEMULA

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 tahun ini amat sederhana mungkin dalam sejarah sambutan kemerdekaan Negara yang pernah diadakan. Pelbagai alas an mungkin dapat diberikan seperti kekuatiran wabak H1N1, bulan Ramadhan, kemelesetan ekonomi atau kesuraman iklim politik Negara.

Namun penyebarannya dalam media letronik seperti radio dan television kerajaan dan swasta agak lebih dari biasa. Apa yang menjadi perhatian saya adalah sambutan rakyat untuk mengibarkan jalur gemilang agak layu tidak bermaya. Kesegaran ini tidak terlihat seperti zaman kesegaran Negara dalam tahun-tahun 90an dahulu.

Saya banyak menerima sms ucapan tahiah kemerdekaan tetapi yang menarik perhatian saya adalah satu sms yang tidak saya kenali menulis seperti berikut:

“Astagafirullah, telah 52 tahun rupanya kita merdeka, tp serba serbi masih tidak sempurna, banyak yang tak betul dari yg kena, tu pun kita masih terlena, asyik jerit Merdeka! Merdeka! Merdeka!.”


Terdahulu dari itu sahabat blogger saya, Nobisha, mengirimkan sms berikut kepada saya. Katanya:

“Saya memantau banyak Facebook status sepanjang minggu ini dan apa yg saya dapati agak menakutkan. Sebahagian anak muda Melayu (saya tak pasti berapa ramai) bukan sekadar berbeza pendapat dengan pemimpin Negara, malah ada di antaranya yg menunjukkan kebencian kpd Negara, jalur gemilang dan sambutan Hari Kemerdekaan itu sendiri. Saya fikir ini cukup merbahaya. Politik kebencian ditanam dan kini tumbu segar. Saya boleh terima kalau mereka menolak sesebuah parti politik, tetapi saya tak boleh terima kalau mereka menunjukkan kebencian kpd Negara. Harus ada satu usaha pemulihan. TQ – Norizan bin Sharif.”

Dari dua sms di atas sudah cukup menimbulkan kebimbangan bagi saya bagaimana kebencian sebahagian generasi terhadap parti politik terhubungkait dengan kebencian terhadap jalur gemilang, lagu-lagu patriotik dan sambutan kemerdekaan itu sendiri. Politik kebencian terhadap parti disinonimkan dengan segala simbol kenegaraan yang dijayakan oleh parti politik berkenaan.

Jika ini berlaku malanglah bagi Negara yang rakyatnya tidak dapat membezakan antara institusi politik dan institusi Negara. Rakyat Negara ini perlu meminjam kacamata orang Eropah Timur seperti Bosnia, Palestin, Negara-negara Arab, Indo-Pakistan, Indonesia, Filipina dan lain-lain untuk melihat bagaimana Negara ini menjadi sanjungan dan contoh teladan, walaupun dengan segala kekurangannya.

Satu dari sebab pembanjiran pelancong dari Timur Tengah di Negara ini setiap tahun adalah kerana rasa hormat dan kagumnya mereka kepada kecemerlangan yang sedikit bagi kita tetapi mulia dan tinggi bagi mereka. Jika ditanya kepada pelancong-pelancong ini mengapa mereka memilih Malaysia seringkali kita akan menerima jawapan; makanan, solat, dan Mahathir!. Ini kerana kelantangan Mahathir menegur kuasa-kuasa besar dan pembangunan nagara dalam tempoh yang singkat. Mahathir bukanlah sempurna, tetapi sumbangannya dilihat besar dan mengatasi kelemahannya.

Memang terdapat kelemahan dan kekurangan di sana-sini tetapi ini seharusnya tidak mengurangkan rasa sayang dan kasih kita kepada Negara dan jalur gemilang sebagai simbol kemerdekaan. Kebetulannya kali ini Negara diterajui oleh UMNO melalui Barisan Nasional. Tetapi di peringkat negeri terdapat negari-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Merekapun pasti menyambut kemerdekaan juga.


Jika tidak Jalur Gemilang, jalur apakah yang akan mereka kibarkan?. Tetapi apabila membaca Malaysia kini yang di tulis K.Kabilan, dalam rencananya bertajuk “Deleted from victors' history: The other freedom fighters”, fahamlah saya bahawa terdapat segelintir masyarakat di Negara ini yang mahukan perjuangan Komunis diterima sebagai sebahagian daripada perjuangan Kemerdekaan. Mereka menyebutkan nama seperti Abdullah CD dan isterinya Suriani Abdullah.

Tetapi berasaskan prinsip lulus jarum lulusnya kelinking, fahamlah saya bahawa akhirnya mereka mahu memaksakan agar Chin Peng diterima sebagai pejuang Kemerdekaan. Nampaknya berdasarkan sinario politik Negara dengan kebangkitan parti sosialis DAP sebagai rakan sekutu Pakatan Rakyat, sejarah Kemerdekaan Negara akan ditulis semula dengan olahan baru. Saya percaya rakan-rakan PAS akan bersetuju asalkan kompromi nama-nama Burhanuddin Helmi juga dimasukkan.


Teringatlah saya dengan paparan sejarah pembukaan Negara Singapura Muzium di Pulau Sentosa. Asal usul Negara Singapura seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang terpadam. Kemajuan Singapura dikatakan bermula dari golongan kuli-kuli Cina yang datang dari Selatan Negara Cina yang mengangkut dagangan di pelabuhan di waktu orang-orang Melayu dilihat bermain konda kondi, gasing dan layang-layang.

Jika demikianlah sifat dan sikap anak-anak Melayu terhadap jalur gemilang saya rasa satu lagi tulisan semula sejarah seperti yang terdapat di Pulau Sentosa selatan Singapura akan terlihat di Muzium di George Town, Pulau Pinang, maaf Penang!. - Sekadar satu renungan.



19 comments:

anaksulung said...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

hasipin66 said...

Mungkin juga sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan satu lagi subjek pelajaran bermula peringkat TADIKA yang dinamakan MALAYSIA MERDEKA RAKYAT MERDEKA.

chegarMD said...

sejarah negara perlu di tulis kemba
li,terutama nya mengenai peranan gu
longan2 yg di lenyapkan dgn sengaj
a oleh sejarahwan penbudek umno, gulongan yg ter pinggir dlm sejara
h seperti gulongan ulama2 dari patani di utara sampai kesingapura di selatan dan gulongan kiri yg berhempas pulas berjuang dan mengerbankan diri dlm perjuangan mereka,mereka terdiri dari berbagai kaum tampa kecuali. jasa2 mereka harus di hargai.negara perlu bersikap adil dan amanah terhadap mereka tampa dilebel sebagai pengkhianat atau jangan cu
ba memperkecilkan sumbangan mereka.

fuhas said...

chegarMD,

Masalahnya ditakdirkan jika Chin Peng yang berkuasa tempohari, sejarah perjuangan bangsa tidak akan tertulis langsung. Tidakkan saudara pergi ke Muzeum Singapura di Pulau Sentosa dan melihat bagaimana sejarah Singapura di tulis?.

Prof. Khoo Kay Kim jelas menulis sumbangan golongan yang saudara sebutkan tadi dalam Malay Society: Transformation & Democratisation dengan begitu adil sekali. Bacalah jangan tak baca.

Cuma dalam filem negara tergamakkah saudara untuk membayangkan Cin Peng sebagai pejuang kemerdekaan dan dan anggota keselamatan negara yang terkorban di Bukit Kepong sebagai pengkhianat negara?.

mat yen said...

Salam,
Seharusnya rakyat perlu di sedarkan erti kemerdekaan. Nikmat yang dirasai selepas merdeka perlu dihayati dengan sebenarnya.
Jangan semua sedah senang dan mewah semua itu tidak erti lagi...merdeka..merdeka

Jejakasuci said...

Salam,

Kita menyedari perkembangan ini berlaku kerana penanaman sikap membenci yang dilakukan oleh parti-parti politik. Anak-anak muda gagal meisahkan antara politik dan kebencian mereka sehingga mereka turut membenci negara yang dipimpin oleh BN. Mereka gagal memisahkan negara dan kepimpinan politik. Mereka menganggap negara BN dan BN adalah negara. Dengan adanya senario ini dan ditambah dengan sentimen kebencian melampau yang di tanam oleh parti politik ianya menular dan menjalar disanubari anak muda. Mereka menjadi dungu untuk memilih yang mana intan dan yang mana kaca.

Orang politik sekarang begitu buruk perangai mereka. Mereka tidak fikir lagi soal patriotisme kepada negara kerana ingin berkuasa.Apa saja termasuk negara jika menjadi penghalang kepada hasrat mereka akan diburukkan. Mereka menggambarkan negara adalah UMNO/BN dan BN/UMNO adalah negara. Pertimbangan rasinol sudah hilang seperti inkues Beng Hock contohnya dari usaha untuk mencari kebenaran menjadi medan untuk meraih populariti politik dan memburukkan kerajaan.

Cercaan terhadap negara Malaysia dengan jalur gemilang dipijak dan dibakar , anak-anak kita di Indonesia dicerca namun tidak ada anak muda yang bangun menyuarakan tentangngan dengan sikap patriotik untuk mempertahankan maruah negara. Ini semua kerana telah tertanam disanubari mereka jika menentang tidakan Indonesia bermakna menyokong kerajaan dan negara yang di pimpin BN.

Malang sekali kita sekarang yang mempunyai anak-anak muda yang cerdik tapi dungu pemikirannya kerana didominasi sikap membenci melampau. Hasrat untuk menjatuhkan BN lebih besar daripada usaha untuk memertahankan bangsa, negara serta agama mereka sendiri.

Saya tak tahu apa akan jadi pada negara ini sepuluh tahun akan datang.Sekarang pemikiran golongan muda telah terjajah dan kita bimbang pada masa tersebut negara juga akan terjajah kembali.

Ini semua adalah kerana politik yang kemaruk kuasa.

ahmadnizamhamid said...

eid Mubarak

mat yen said...

Salam, kemerdekaan.
Nikmat kemerdekaan yang dirasaikan
pada hari ini hasil kemerdekaan yang dicapai oleh pemimpin UMNO yang terdahulu. Kita seharus bersyukur dan berterima kasih di atas nikmat tersebut.

tanahmelayukita said...

Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa rakyat Malaysia kurang patriotik, dan kurang memberikan sambutan kempen mengibar bendera, baik di premis perniagaan, rumah-rumah atau di kenderaan.

Saya fikir Kementerian yang diberikan amanah berhubung sambutan kemerdekaan telah gagal memainkan peranan berkesan. Semasa Kementerian yang sama di bawah pimpinan Kadir Sheikh Fadir, dahulu, amat ketara kemeriahan sambutan kemerdekaan, malah upacara sambutan-sambutan lain termasuk rumah terbuka, acara-acara pelancungan dan sebagainya.

Tahun ini, saya sebagai rakyat Malaysia, tertanya-tanya di mana tempat untuk beli bendera untuk di pasang di kenderaan saya, isteri serta anak saya.

Kalau dahulu, setiap stesen minyak Petronas ada jual bendera untuk kereta. Setiap pembelian minyak melebihi RM20 akan dihadiahkan satu bendera.

Tapi tahun ini, tidak banyak tempat ada menjual bendera. Kalau ada pun, mutu buatan amat tidak berkualiti. Bendera yang dipasang pada kereta tidak boleh bertahan lebih dari beberapa hari, akan mudah tercabut jika kereta dipandu melebihi kelajuan tertentu...

Rakyat bukannya kedekut untuk beli bendera. Tetapi bendera tidak mudah untuk dicari untuk dibeli. Sedangkan, TV Kerajaan juga tidak lansung memberi 'tips' di mana boleh beli bendera.

Di masa akan datang, Kementerian berkenaan wajar melantik syarikat-syarikat professional untuk mengendalikan perlaksanaan sambutan kemerdekaan supaya lebih meriah dan lebih bersemangat.

Dan, di manakah program-progran TV untuk menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM) merupakan seorang pejuang kemerdekaan??

Sedangkan, Chin Peng sebenarnya adalah seorang opportuninis Cina, yang menggunakan Parti Komunis Malaya(PKM) untuk merampas kuasa di bumi Tanah Melayu dari Raja-Raja dan umat Melayu, apabila Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu.

Hanya pertolongan Allah swt telah menyelamatkan umat Melayu. Setelah Chin Peng dan Bintang Tiganya(lambang PKM) mengambil-alih 'power vacuum' yang ditinggalkan Jepun selama 2 minggu, British kembali semula ke Tanah Melayu.

Dan apabila British bersedia untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, British amat sedar yang Tanah Melayu perlu dikembalikan kepada kekuasaan Raja-Raja Melayu, sebagaimana mereka mula tiba di Tanah Melayu sebelumnya.

Pok Li said...

Sejak jadi KP ni tak menulis lagi ke Cikgu

nadzri said...

Salam

Bagaimana pula dengan hujah bahawa Chin Peng perlu dimaafkan kerana dia pun sudah tua dan sudah pun menyesal apa yang dilakukannya dulu?

簡單 said...

小魔女貼影片aa小阿姨貼影片小野貓情色影片成人短片線上看成人片線上看片成人片線上看成人av線上看情色線上看論壇情色線上看強姦小說線上看巨乳女優線上看成人女優電影成人圖片電影成人卡通電影成人免費影音電影av辣妹露點照辣妹摸摸耳辣妹過招辣妹掌門人介紹辣妹部落格辣妹被強姦辣妹脫衣秀限辣妹聊天辣妹情色辣妹偷拍辣妹高潮辣妹胸部露點辣妹桌布辣妹個人聊天室辣妹俱樂部護士情色護士無名相簿護士無名高潮寫真高潮姿勢高潮地點高潮圖片區高潮貼圖高潮認知高潮視訊高潮自拍高潮的插法遊戲高潮的好處高潮無碼下載高潮為何

ISAC said...

Salam ziarah,

Mohon Tuan publish kan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan.

Paksu Ki said...

Sejarah itu hak pemerintah, bukan hak rakyat. Sejarah yang ditulis berdasarkan kepada kehendak pemerintah yang menguasai negara. Sejarah merupakan ejen perubahan minda masyarakat. Kalau UMNO perintah negara, sejarah perlu ditulis berdasarkan citarasa UMNO. Rakyat berhak tulis sejarah tetapi siapa yang akan mengiktiraf.......

天台 said...

做愛限制級波霸口交18禁貼圖寫真視訊援交露點爆乳潮吹裸體裸照裸女愛愛無碼尋夢視訊聊天a漫a片a圖一夜情一葉情人妻激情情色寫真美女自拍辣妹自拍正妹自拍美女走光辣妹走光正妹走光脫衣秀

det said...

AKHIRNYA NAJIB, MUHYIDDIN DAN MT UMNO JUMPA GAP

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/03/akhirnya-najibmuhyidin-dan-mt-umno.html

adaptor laptop aku dah rosak. tak boleh charge. tadi aku dah kuburkan dia ke tong sampah.sedih gak pasal adaptor charger aku dah banyak berjasa pada aku pada bangsa melayu pada islam. sedih, teman yang paling akrab banyak tolong aku dah ketemui ajalnya...manakan tidak, berejam setiap hari asyik on je.

ni lari jap kat cyber cafe. takpe aku dah kaya boleh online kat cyber cafe 24 jam pasal dah masyuk...gap kaya sekarang pasal najib,muhyidin,mt umno,samy velu,liong sik,taib mahmood semua dan sponsor aku. dorang jumpa aku pagi tadi dalam upacara khas menghargai bloger jalanan macam aku..aku pergi sorang je.

sumbangan cek RM35 juta daripada pemimpin umno untuk aku sorang pagi tadi, lepas najib jumpa raja norway.. aku cakap kat najib, janganlah bagi banyak-banyak nanti aku tak buat kerja. najib,muhyidin dan semua pemimpin umno dan bn cakap 'rilek gap'.

ini cara kami hargai bloger jalanan macam kamu. 'serangan kau betul betul aku teruja' kata najib kat aku. dari segi serangan dan pendedahan dokumen membuatkan pakatan sikit lagi nak mati..silap aribulan sebelum pru ke 13..

'saya suka cara kamu serang pemimpin pakatan' kata najib kat aku.bukan macam ada bloger playsafe dari inmind mahupun daripada JASA dan bos sengal dia fuad hasan, entah apa dia buat aku pun tak tau, keluh najib.

'ini semua play safe punya bloger' kata najib....'apa barang bloger macam tu' sergah muhyidin sambil tepuk bahu aku..gila gila...macam lady gaga kembang kuncup aku dibuatnya bila pemimpin tertinggi umno akhirnya iktiraf bloger jalanan..

ini private meeting..esok aku dapat lagi RM15 juta lagi daripada umno..total RM50 juta dalam maybank aku sekarang...tak payah lagi bising bising-bising nak jadi jaguh peniaga melayu yang nak mati pasal tak dapat MARA. shapie apdal pun tadi menggigil jumpa aku tadi,minta ampun kat aku. aku cakap takpe,kali ini dalam maybank aku ada RM50 juta, aku sendiri bagi loan dan grant pada peniaga melayu...

tapi masa pertemuan ekslusif pagi tadi ada sikit tegang lah. najib,muhyidin,MT umno,samy velu bertegang leher nak amik aku jadi penulis upahan dorang.. wooo woo..aku cakap brader rilek jangan gaduh gaduh la..memang adakala aku belasah umno walaupun aku anti pkr, namun aku cakap kat dorang aku belasah pasal aku nak bagi peringat. bukan sembrono menonong balun..

oh oh..ayat ini aku dengar daripada beberapa kerat pemimpin umno. dorang paham stail aku.
?
?
?
?
?
?
?
?

haha.. bertuah la badan kalau pertemuan ni betul.. pedih tak telinga bila dengor aku kias macam ni..nak lagi pedih korang tunggu je la lepas ni...

baik umno,pas,pkr,dap semua takkan terlepas dari balingan boomerang aku..sekali baling tiga empat kepala konpem kena penggal !

aku kelentong korang je la pasal aku jumpa najib dan pemimpin tertinggi umno. mana ada dorang nak appreciate bloger macam kita nih..takpe hari ini hari dorang, namun esok lusa belum tentu menjanjikan itu hari mereka. get ready, untuk bertemu fasa ke dua serangan aku. gerakan anti pkr !

aku nak tanya korang, dalam tangan aku ada dokumen yang melibatkan pemimpin pakatan dan umno bersekongkol..korang nak tak aku keluarkan ?

開心唷 said...

thank you for you to make me learn more,thank you∩0∩

少菁 said...

GOOD........................................

Fahim kamtan mirza said...

mashallah its a nice blog and post learn arabic quran