ASAL USUL JG
SIAPA kata Jalur
Gemilang bukan ciptaan anak negeri atau warganegara Malaysia?
Kalau dilihat aksi provokasi
dua pemuda mengibarkan bendera merah putih yang mereka namakan 'Sang Saka
Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang,
yang terpampang di muka depan akhbar ini semalam, bukankah itu kelihatannya
seperti bendera Singapura atau bendera Indonesia?
Sebenarnya, isu untuk
menggantikan Jalur Gemilang dengan
reka bentuk lain, bukanlah isu baru. Ia mula-mula sekali dibangkitkan oleh
aktivis sosialis atau pendemonstrasi jalanan, Hishammuddin Rais dua tahun lalu.
JALUR GEMILANG |
Kalau anda boleh layari satu bual bicara penyokong kuat pembangkang ini dalam program Rentakkini.TV ketika mengulas sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 tersebut, Hishamuddin telah menguar-uarkan bahawa Jalur Gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat. Katanya selain lagu Negaraku, ia wajib diubah kerana kedua-duanya bukan garapan anak negeri.
HASSAN AZHARI AZAN MERDEKA |
Apabila diajukan
cercaan Hishamuddin itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),
Datuk Fuad Hassan yang kebetulan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR)
itu adalah rakan seangkatannya suatu ketika dulu,
Fuad mengingatkan:
"Bendera adalah
simbol kewujudan bangsa, maruah serta kemuncak perpaduan bangsa. Kalaupun ada
unsur pinjam meminjam, ia sesuatu yang lumrah.
Tetapi yang penting,
ia diubah suai mengikut latar belakang budaya, sejarah dan perkembangan negara
masing-masing.
BENDERA AMERIKA |
"Paling penting, makna kemerdekaan."
Fuad menarik
perhatian yang mana dengan sedikit perubahan, sesuatu bendera itu boleh diukir
dengan meminjam idea dari bendera negara lain. Apatah lagi, jika kedua-dua
negara ada hubungan penjajahan.
"Cuba kita lihat
bendera Australia ada persamaan dengan British. Bendera Singapura mirip bendera
Indonesia.
"Yang
dicadangkan bendera negara ini turut sama dengan Indonesia itu adalah kehendak
Ibrahim Yaakob yang ketika itu hendak bersama Ahmad Boestaman, pejuang
nasionalis kiri yang mahu Malaya merdeka bersama Indonesia, dalam konsep
Indonesia Raya. Mereka juga hendak merdeka sekali bersama Filipina," kata
beliau.
BRITISH HINDIA KOMPENI |
Dan hakikatnya, kalau dilihat bendera Amerika Syarikat mirip bendera Syarikat Hindia Timur British. Malah, bukan sahaja bendera Amerika Syarikat, bendera empayar Majapahit, Pulau Bikini Atoll dan Liberia juga menyamai corak berjalur-jalur bendera Syarikat Hindia Timur berkenaan.
"Malah, bendera
Amerika Syarikat juga telah 26 kali berubah reka bentuknya sejak tahun 1777
tapi tidak menghilangkan jalurnya.
"Bendera Amerika
ambil idea daripada Syarikat Hindia Timur British. Hubungan pinjam meminjam ini
lumrah tetapi dipindahkan dengan disesuaikan budaya, sejarah negeri dan
geografi negara masing-masing tanpa mengurangkan nilainya," katanya.
Menyangkal lagi
dakwaan Jalur Gemilang bukan ciptaan anak tempatan, Fuad berkata, ciptaan
bendera negara ini telah dipertandingkan dengan sebanyak 373 rekaan diserahkan
kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan. Dan menerusi
pemilihan yang dibuat pada 15 November 1949, hanya tiga disenarai pendek.
Bagaimanapun, sebelum
diumumkan, ada beberapa cadangan dibuat. Contohnya, permintaan Sultan Kedah
yang meminta supaya bulan sabit putih ditukar kepada warna kuning. Ia untuk
mewakili Raja-Raja Melayu.
LIBERIA |
Justeru, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja Melayu, maka satu rekaan telah dicadangkan oleh Sultan Kedah dan diberikan kepada pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk dijadikan bendera Persekutuan Malaya.
"Dan seorang
arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor, Mohamad Hamzah telah diumumkan
sebagai pemenang. Pada 19 Mei 1950, bendera Malaysia dinaikkan di hadapan
Istana Selangor, diikuti pada 31 Ogos 1957 dinaikkan di Dataran Merdeka untuk
menggantikan Union Jack.
"Jadi, tidak
betul dakwaan Hishammuddin itu bendera kita adalah hasil ciplak dari negara
asing," katanya.
PULAU BIKINI ATOLL |
Dalam perbualan hampir 20 minit dengan kami, Fuad bagaimanapun terdiam sejenak. Beliau teringatkan bapanya, Tan Sri Hassan Azhari, 84, yang mempunyai nilai sentimental pada hari negara mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu.
"Bapa yang
ketika itu berusia 25 tahun telah diminta oleh Menteri Pelajaran waktu itu,
Datuk Abdul Rahman Talib atas jemputan Tunku (Perdana Menteri pertama, Tunku
Abdul Rahman Putra Al-haj) untuk membaca azan selepas pengisytiharan merdeka.
"Ia untuk
memberi roh kepada kemerdekaan. Dan ia (azan) bukan dalam bentuk 'Hijaz' iaitu
melankolik atau mendayu-dayu tetapi dalam bacaan yang lebih bersemangat,"
katanya.
Dan benarlah bendera
itu bukan sekadar bendera.
Jalur Gemilang itu
roh kemerdekaan.
Oleh ZULKIFLI JALIL dan JUANI MUNIR
ABU BAKAR
pengarang@utusan.com
pengarang@utusan.com
No comments:
Post a Comment