"ITU PERAK LUMPAT MACAM PARNAH DANGAR BAH !!"
Isu melompat parti mendapat tanggapan berbeda daripada pelbagai pihak. Ianya boleh dilihat daripada 4 pendekatan :
i. Pendekatan perundangan
ii. Pendekatan Moral
iii. Pendekatan Politik
iv. Pendekatan istana
Dari segi perundangan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya menolak supaya diadakan pilihanraya kecil adalah tepat berasaskan kes-kes yang lalu. Yang dipertikaikan Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak adalah mahkamah bukan SPR. Bagaimanapun berasaskan keputusan mahkamah lalu tindakan tersebut tidak salah. Demikian juga dengan kuasa Sultan Perak untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri juga dibuat mengikut budibicara Tuanku dan mengikut peruntukan perlembagaan Undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak. Walaupun tidak mengikut adat, ini tidak menghalang mana-mana pihak untuk cuba mencabarnya di mahkamah.
Dari segi moral pula pada pendapat saya pada dasarnya memang tidak wajar seseorang wakil rakyat mengkhianati amanat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi kawasannya. Ini merupakan satu amanah yang harus mereka pikul sehingga habis tempoh 5 tahun. Walaupun ini bukan kesalahan moral sex atau jenayah, tetapi ia dilihat dari sudut etika atau kewajarannya.
Masalahnya sekali lagi isu wakil rakyat melompat parti tidak merupakan satu kesalahan perundangan dan ia merupakan hak bagi wakil rakyat yang berkenaan untuk berbuat demikian. Ini dapat dilihat pada keputusan Mahkamah Agong tahun1992 dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & lain-lain vs Nordin Salleh & lain-lain. Dan kes seperti ini telah berlaku berkali-kali dalam sejarah pilihanraya Negara.
Apa yang rakyat perlu tahu ialah bahawa pengambilalihan kerajaan negeri Perak melalui ‘lompat parti’ adalah mengenai permainan politik kuasa atau ‘power play’ daripada pihak yang berkuasa atau yang ingin berkuasa. Kerajaan atau pembangkang akan bersetuju atau tidak bersetuju tindakan tersebut adalah bergantung kepada pihak mana yang akan mendapat keuntungan daripada kesan lompat itu.
Jika pihak pembangkang yang mungkin mendapat keuntungan maka ianya akan dihalalkan dengan pelbagai cara oleh pemimpin-pemimpin mereka samada dari parti yang memanggil dirinya Islam atau perkauman mahupun keadilan. Jika merugikan maka timbullah soal menyalahi perlembagaan, menyalahi hak asasi manusia, tidak bermaruah dan sebagainya.

Dan itulah yang berlaku apabila Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim menyertai parti Keadilan yang disambut dengan girangnya oleh Anwar Ibrahim kerana membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat Negeri Perak. PAS juga akan bergembira jika Datuk Kapt (B) Zahar dari Selangor yang menyertai PAS baru-baru ini adalah seorang wakil rakyat. Malangnya beliau tidak.
Adakah kita mendengar samada BN atau PAS yang menguasai kelantan dan Terengganu pernah cuba bersungguh-sungguh untuk mengubal undang-undang negeri bagi menghalang perbuatan lompat parti ini.
Apabila Anwar berbulan-bulan mengadakan perang saikologi dengan rancangan mengambilalih kerajaan pada 16 September 2008 sehingga menimbulkan keadaan ketidaktentuan Negara di bawah Perdana Menteri yang lemah pernah kita mendengar pendirian tegas PAS atau DAP atau peminpin-peminpin keadilan atau Suruhanjaya hak asasi manusia yang menganggapnya sebagai suatu kesalahan atau tidak bermoral?.
Padahal Negara baru ‘kebah’ menghadapi deman pilihanraya umum yang ke 12 dan keputusannya amat memberangsangkan kepada parti pembangkang sedangkan keadaan ekonomi memerlukan rawatan yang serius akibat kegawatan ekonomi global. Yang jelas permainan pengambilalihan ini terus di mainkan hingga berkejaran ke Taiwan..
Dimana penganalisa dan pengulas politik ketika itu? Dimana pemimpin-pemimpin yang bercakap soal prinsip perjuangan yang menentang pengambilalihan melalui pintu belakang. Dimana juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ?. Presiden PAS, Haji Hadi sendiri tidak bercakap mengenai keperluan prinsip pembubaran untuk penghakiman rakyat ? Yang disebut adalah kepastian agar jumlah anggota parlimen Melayu mestilah merupakan jumlah yang majoriti.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa Anwar ketika itu mempunyai senarai yang cukup bilang dan beliau berhajat ingin mengadap DYMM SPB Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang baru. Soalnya mengapa beliau tidak berbuat demikian ?. Tetapi menggunakan alasan bahawa Perdana Menteri takut untuk mengadakan sidang parlimen untuk menguji undi tidak percaya kepada beliau ?
Sebenarnya apa yang perlu Anwar buat adalah memanggil sidang akhbar bersama-sama ahli parlimen BN yang menyertai beliau dan menghantar surat kepada Yang Dipertua dewan bagi menyatakan beliau mempunyai cukup bilangan untuk membentuk kerajaan dan kemudian mengadap SPB Yang Di Pertuan Agong.
Jika Agong perkenan maka prosesnya sama seperti apa yang berlaku di Perak ataupun pembubaran dewan rakyat. Maka tumbanglah kerajaan pimpinan BN. Rakyat pun akan membuat penyesuaian dengan suasana kerajaan baru. Tetapi masalahnya beliau banyak bercakap tapi kandungannya ‘illek’.
Mana ada Perdana Menteri dalam dunia yang memiliki majoriti wakil rakyat dengan ikhlas mahu mengadakan sidang khas parlimen supaya dilakukan undian tak percaya pada beliau ? Atau mungkin ianya merupakan pengalihan daripada isu peribadi yang Anwar hadapi dan beliau tidak mempunyai senarai mencukupi yang dimaksudkan.
Apa yang berlaku di Perak adalah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Najib mempunyai jumlah senarai yang cukup untuk dipersembahkan kepada Sultan Perak dan Baginda telah berpuas hati bahawa kerajaan BN mempunyai bilangan yang majoriti untuk membentuk kerajaan baru. Baginda telah menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan bagi mengelakkan politiking pilihanraya yang berpanjangan melalui pembubaran dewan.
Semenjak Mac 2008 keadaan politik negara sering terganggu dan tidak pernah tenang. Itu adalah hak baginda berpandukan perlembagaan. Kita harus ingat baginda bukan sahaja seorang Raja yang menggunakan kuasa dan budibicara, tetapi baginda juga adalah bekas ‘Lord President’ yang amat disegani.
Berapa kali mahkamah telah membuat keputusan bahawa surat yang ditandatangani oleh ADUN untuk tujuan meletakkan jawatan tanpa tarikh dan tanpa kerelaan beliau adalah tidak sah. Tektik menandatangani surat sebagai ikatan kepada kesetiaan calon telah dibuktikan mahkamah sebagai tidak sah.
Karpal Singh sebagai peguam sedar perkara ini. Tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menyaman Sultan Perak ternyata satu lagi gimik politik balas membalas untuk dipanjangkan sehingga pilihanraya yang ke 13.
Ada yang mengatakan mengapa melalui pintu belakang dan tidak melalui pembubaran dewan. ?. Maka timbullah tuduhan tidak bermaruah, belot, khianat dan sebagainya. Singkat sungguh ingatan manusia seperti ini. Dua ADUN PKR yang keluar parti dianggap sebagai rasuah dan berkualiti rendah.
Soalnya mengapa orang yang sama menuduhnya kini rasuah dulu menganggapnya sebagai konspirasi dan tidak perlu digantung jawatan EXCO sementara menunggu perbicaraan ?. Sekarang ini soal prisip samada rasuah atau konspirasi pun kena ikut warna bendera politik !!. Sekali lagi ini bukan sangat soal prinsip perjuangan tetapi permainan politik pihak yang berkenaan.

Lupakah kita bagaimana Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu pernah menjadi ‘master mind’ dalam pengambilalihan kerajaan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan menguruskan pelompatan beberapa ahli-ahli PBS kepada BN pada pilihanraya negeri tahun 1994.
Ketika itu PBS menguasai dewan negeri Sabah dengan 2 kerusi majoriti dengan menguasai 25 daripada 48 kerusi dewan negeri. Maka muncullah nama-nama seperti Yong Teck Lee, Lajim Okin dan lain-lainnya. Ketua Menteri Sabah yang berpengaruh ketika itu adalah Datuk Joseph Pairin Kitingan dari kaum Kadazan.
Saya sempat berbual dengan Datuk Lajim Okin yang merupakan ADUN PBS ketika itu yang kini merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan. Beliau menceritakan bagaimana Anwar menalipon beliau supaya menunggu di Bilik Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Subang, bagi membincangkan isu melompat parti bersama-sama ADUN PBS yang lain. Maka terjadilah peristiwa pengambilalihan kerajaan negeri Sabah melalui pintu belakang.
Tun Mahathir pun tidak harus lupa kerana beliau ketika itu adalah Perdana Menteri. Tak berbunyipun soal moral atau tidak beretika ketika itu. Sekali lagi salah atau benar nampaknya ikut siapa yang untung. PBS ketika itu berada dalam keadaan yang kukuh, jika diadakah pilihanraya semula sudah pasti melalui sikap anti Semenanjung ketika itu PBS akan memenanginya.
PBS berpendapat bahawa kejayaan BN mengambilalih kerajaan negeri tahun itu hanyalah kerana wakil rakyatnya (PBS) menyertai BN dan bukanlah kerana sokongan rakyat. Belaskah Anwar kepada suara rakyat yang telah membuat keputusan memilih PBS? Pekakah Anwar kepada prinsip kuasa rakyat?
Tidak insafkah Anwar terhadap perbuatannya semasa di dalam UMNO maka beliau mahu mengulanginya dalam Pakatan Rakyat melalui Rancangan September 16?. Begitu juga cubaan untuk menarik ahli parlimen dari SAPP Sabah yang gagal melalui Datuk Yong Teck Lee.

Ada yang berpendapat isu lompat adalah hak cipta milik UMNO. Soalnya, orang yang dalam UMNO ketika itu adalah Anwar dan beliau cuba melakukan perkara yang sama melalui Pakatan Rakyat melalui rancangan pintu belakang 16 September 2008. Bagaimana kalau rancangan itu benar-benar menjadi kenyataan?.
Sebenarnya permainan Anwar adalah seperti senjata makan tuan. Senjata itulah dahulu yang digunakan untuk PBS dan senjata itulah memakan dirinya sendiri sekarang. Bekas-bekas pemimpin PBS pasti ketawa besar..
Tetapi politik punya alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian. Rakyat mungkin marah tindakan tersebut tetapi dalam kes Selangor pada pilihanraya 1969, melalui lompatan wakil rakyat DAP lah yang telah menyelamatkan kedudukan orang Melayu sehingga hari ini. Jika tidak corak politik Selangor akan berterusan seperti Pulau Pinang.
Saya setuju kita perlu beretika tetapi kita harus istiqamah mengenainya. Kita perlu meletakkan standard moral yang tinggi bagi pemimpin politik. Tetapi janganlah panggil ianya rasuah jika kita boleh mendapat keuntungan dan di panggil konspirasi jika kita beroleh kerugian.
Prinsip-prinsip keadilan, moral, kebebasan dan perjuangan bangsa dan agama adalah prinsip mulia yang harus mengatasi permainan politik dan ia harus dijunjung pada semua masa oleh semua warna kepartaian.
Yang banyak diambil mudah oleh Pakatan Rakyat di Perak adalah peranan institusi Raja atau istana. Raja Nazrin telah berkali-kali membayangkan keperluan menjaga hak-hak kepentingan bangsa Melayu, Islam dan Institusi Raja.
Walaupun Raja adalah insan biasa namun mereka adalah simbol institusi yang memayungi kepentingan bangsa. Semenjak PR memerintah, kaum bukan Melayu nampak begitu ghairah mencabar perkara-perkara dasar ini dan ini tidak disenangi istana.
Kes pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampong-kampong baru adalah salah satu simbolik yang menyakitkan perasaan orang Melayu dan Raja Melayu. Kita faham ini disebabkan DAP merupakan parti politik yang menang majoriti dalam Pakatan Rakyat melalui 16 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.
Nizar ambil mudah dengan angkuh mempertahankannya dan menganggap ini sebagai permainan politik semata. Yang pasti ada suatu kuasa penentu di belakang beliau. Demikian juga pengumuman pembubaran dewan sebelum mendapat perkenan Raja adalah suatu kesalahan.
Itu sebab rakyat Sabah tidak hirau sangat tentang politik rampas kuasa yang berlaku di Perak. Bagi mereka “itu macam parnah dangar bah!!”
12 comments:
Kau ni merepek jah bah!!!!
A good honest article, bah!
DAP??tu rakyat mana..Nigeria ke..mana lah tanah melayu ni tak dijajah bertahun2..terlalu emosi bab bangsa..tapi bab islam harammmm...buat tak tau jee..
sampai PM dapat memo dari kebinet sendiri buat maluu je...
mengapa 51 tahun merdeka melayu masih tak berubah...kemiskinan org melayu masih tertinggi...
Pelik tapi benar..yang pecahbelahkan melayu bukan DAP pun...tapi Melayu sendiri..
dengki..irihatii..
kes S46, kes DSAI dan tah mcm2 lagi..punca dri Melayu(AMENO)..bkn DAP atau lain2.
Jgn terlalu ego ngn bangsa..sebab sume dtg dari nan satu.
YANG IRI HATI DAN CEMBURU PADA MELAYU ITU BUKANNYA MELAYU...TETAPI MELAYUT....
DAH DI KIRA KELUAR DARIPADA MELAYU.MURTAD LA GAMAK NYA.
MELAYUT INI SPESIS YANG TIADA HATI DAN PERASAAN...MEREKA INI CUMA ADA PERUT JER..
Salam Datuk,
Sangat menarik artikel Datuk kali ini.
Raja Demontrasi Menghina Sultan Melayu!
Berikut adalah email yang saya terima daripada BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT.
Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini Khamis, 5 Februari, 2009
Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.
Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:
"Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan."
Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.
Ulasan amirhamzah64 :
Ulasan DS Anwar tentang tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ialah beliau merasakan peralihan kerajaan PR kepada kerajaan baru BN adalah tidak menepati amalan demokrasi. Beliau merasakan bukan kuasa mutlak Sultan Perak tetapi proses peralihan kuasa ini mestilah diserahkan ke 'Mahkamah Rakyat'
1. Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara dan Bekas DYMM Yang Dipertuan Agong ke 10. Baginda sangat arif dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.
2. Baginda juga tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
3. Saya bukan menyokong tindakan BN tetapi saya mempertahan tindakan baginda Sultan sebagai pelindung rakyat dan kuasa-kuasa pemutus yang ada pada baginda. Sebagai Sultan yang cerdik, Tuanku mengambil kira kestabilan politik, keselamatan rakyat serta keamanan yang menjadi hak rakyat Perak di mana selama 11 bulan dibawah kerajaan campuran Pakatan Rakyat keadaan di Perak penuh dengan kontroversi.
4. Dalam keadaan tertentu 'mahkamah rakyat' mesti diseimbangkan dengan kuasa yang ada kepada baginda Sultan. Bukan semua keputusan rakyat adalah betul. Revolusi rakyat dan demontrasi rakyat adalah hasil daripada provokasi pemimpin-pemimpin yang berkepentingan tanpa dapat berfikir dengan waras seperti mana Baginda Sultan Perak berfikir.
5. Tuanku Sultan adalah simbol perdamaian dan payung kepada rakyat Perak sementara Anwar Ibrahim sering dikaitkan dengan propaganda Amerika, Demokrasi Liberalisasi, Keadilan dan hak samarata yang lebih bersifat sosialisme, Demontrasi dan Reformasi jalanan. Adakah Rakyat Perak berhasrat menderhaka kepada baginda Sultan hanya kerana hendak mempertahankan seorang anak Pulau Pinang yang negerinya tidak mempunyai sultan?
6. Bukan bermaksud kita menyokong membabi buta tindakan Sultan Perak tetapi demi keselamatan negeri dan negara serta mempertahankan Institusi Raja Berperlembagaan maka sewajarnya kita menerima hakikat yang ada pada hari ini sebagai satu ketentuan dan perancangan Allah jua.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Salam Datuk,
DAP Sedang Memimpin Revolusi Membuang Sultan
Apakah Tujuan Tersirat Karpal Saman Sultan Perak
DAP akan sentiasa mengambil kesempatan! Dalam pilihanraya ke 12, Mac 2008 Perak ditakdirkan jatuh kepada Pakatan Rakyat apabila BN hanya mampu mempertahankan 28 kerusi berbanding PR 31 kerusi iaitu gabungan , PAS (6), DAP (18), KeADILan (7).
Disebabkan DAP memenangi majoriti 18 kerusi sepatutnya atas dasar demokrasi DAP yang menjadi Menteri Besar berbanding 2 parti sahabatnya itu. Tetapi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan kehendak Sultan mestilah Melayu dan Islam layak menjadi Menteri Besar Perak. Dengan kata lain, dengan pembahagian kerusi yang ada sekarang sampai kiamatlah DAP tidak boleh menjadi MB, kecuali DAP berjaya mengalahkan calon-calon UMNO di kawasan majoriti Melayu dengan meletakkan calon-calon Melayu.
Sebab itu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang membantah perlantikan Setiausaha PAS Perak Muhammad IR Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang di dalam blognya membantah calon MB yang diperkenan oleh Sultan Perak atas alasan PAS mempunyai kerusi yang sedikit jika dibandingkan dengan DAP dan PKR.
Dalam kes yang lain Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.
Dalam hal ini, Pok Nik hanya berani mengeluar kenyataan sahaja tetapi tidak boleh berbuat apa-apa pun kepada Karpal. Kenyataan itu hanya menjadi penyedap halwa telinga sahaja.
Kenapa DAP beriya-iya sangat hendak menyaman Sultan Perak sedang DAP jugalah yang menentang Nizar sewaktu hendak menjadi MB. Sekarang DAP pula menjadi hero mempertahankan pulak MB besar ini. Sebabnya kerana Nizar adalah kuda tunganggan DAP Perak sewaktu menjadi MB dan perletakan Nizar menjadikan 18 kerusi DAP hanya sebagai pembangkang dan kehilangan 6 kerusi exco.
Menyaman Sultan Perak adalah untuk mencabar orang Melayu dan UMNO khususnya yang dikatakan sebuah parti yang mempertahankan Institusi Raja Perlembagaan di Malaysia. Ianya juga dilihat sebagai melihat reaksi UMNO setelah UMNO Terengganu sendiri pernah 'menderhaka' kepada YDP Agong mengenai isu Pok Yeh yang tidak dilantik menjadi MB.
Menyaman Sultan Perak juga adalah untuk menanam rasa benci kepada Sultan yang tidak adil seolah-olah Sistem Feudal telah dikembalikan semula. Kerajaan sekarang seolah-olah tidak mempraktikan Sistem Raja Berpelembagaan dan Raja mempunyai kuasa mutlak dan menafikan hak dan suara rakyat.
Perasaan ini mula ditanam dan disemai secara halus di dalam hati dan sanubari Melayu yang pro PAS dan PKR. Perasaan yang sama sudah lama tertanam di kalangan orang bukan Melayu. Demontrasi di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah yang terletak berhampiran di Kuala kangsar semalam melihat taktik DAP dan Karpal telah berjaya. Rasa benci dan marah kepada Sultan telah dicetuskan oleh Melayu PAS dan PKR sendiri.
DAP akan menggunakan isu ini sebagai membuktikan hanya DAP sahaja yang berani. DAP sekarang menjuarai politik Malaysia dengan mengalahkan UMNO, PAS dan PKR. Hanya DAP sahaja di lihat banyak membawa isu-isu rakyat dan ianya satu-satu Parti Politik di Malaysia yang berani mencabar Raja-Raja Melayu walaupun kita tahu di belakangnya adalah Anwar dan Hadi.
Inilah kempen terbesar dan terawal DAP sebelum menjelang Pilihanraya ke 13 nanti. Menanam rasa benci kepada Institusi Raja ini sangat merbahaya. Ianya adalah kearah Malaysia sebagai sebuah negara republik. Malaysia sedang menuju ke arah revolusi rakyat seperti mana yang berlaku di Iran pada 1979. PAS Malaysia memang menjadikan Iran sebagai negara contoh mereka. Jika Melayu PAS dan Melayu PKR sudah bergabung dengan DAP perkara ini tidak mustahil berlaku dalam waktu terdekat jika pemimpin-pemimpin Melayu khususnya hanya berpeluk tubuh dan memerhati sahaja.
NGO-NGO Melayu hilang entah ke mana? Ada NGO yang sanggup membuat demontrasi tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains tetapi apabila Karpal menyaman sultan, NGO ini menyorokkan diri. Bukankah Bahasa dan Institusi Raja Melayu itu terletak dibawah Hak-Hak Istimewa Orang-Orang Melayu juga. Perjuangan seperti ini tidak istiqomah.
Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin Melayu sama ada daripada parti politik kecuali PAS dan DAP yang telah diberi 'nasi kangkang' oleh DAP, badan-badan atau pertubuhan Melayu supaya bangkit menentang karpal dan DAP bagi mengikis tujuan jahat mereka menanam rasa benci kepada Sultan.
SAYA MENGHARAPKAN AGAR AKTA HASUTAN DIGUNAKAN UNTUK MENAHAN PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTENTU YANG MENGHASUT RAKYAT MEMBUAT DEMONTRASI DAN SUDAH TENTU KE ARAH MEMBUAT REVOLUSI MEMBUANG 9 ORANG RAJA-RAJA MELAYU.
DAP berpendapat agak sukar untuk DAP memerintah Malaysia selagi:
1. Adanya Institusi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara yang perlu banyak di pinda.
2. Tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Perkara ini DAP telah berjaya apabila PAS dan PKR sudah berada bersama mereka.
Seperti mana Anwar, Karpal, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga berhasrat untuk menjadi PM Malaysia.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
LeeZ,
Saya faham sdr tertikam dalam dgn tulisan saya. Maaf yea.
Amirhamzah64,
Sdr amat passionate dalam ulasan-ulasan sdr. Saya amat bersetuju kebanyakan pandangan yang sdr berikan.
Harap kita dapat berhubung lanjut melalui email saya at quantum47@hotmail.com
Mungkin kita boleh berbincang lanjut tentang tindakan selanjutnya.
Terima kasih
amirhamzah64,
Tak perlu hairan jika KitSiang pertahankan Nizar. Pertama, dulu dia ingat Nizar ni Melayu Islam pekat, lepas tu dia dapat tau Nizar ni pun ada suku sakat Cina: kedua, dulu dia ingat Nizar orang PAS susah nak perkuda jagi tunggangan DAP untuk melaksanakan agenda DAP, rupa-rupanya tidak dan ketiga, of course, when you have tasted power it's really hard to let go. Jadi, janganlah pelik sangat dengannya.
Bab Tok Guru Nik Aziz ni, payah nak cakap. Orang Agama kalau dah masuk politik, dah dapat kuasa jadi lebih orang politik dari orang Agama.Keutamaan semestinya kepentingan politik untuk diri dan parti.
Tahniah Dato Fuad atas artikel yang jelas dan tepat.
Havoc,
Saya kira sdr tak faham apa yang saya tulis. Saya bincang politik Perak bukan soal Melayu & Islam.
Jika sdr berminat tajuk itu kita boleh berbincang dalam rencana yang lain.
Macamana pun terima kasih sudi menyatakan pandangan.
Assalamualaikum Datuk
Apa yang terjadi di Perak merupakan sebuah episod duka dalam sejarah politik negara. Perubahan kerajaan negeri yang baru dibentuk sekitar 11 bulan yang lalu merupakan warna-warni sejarah politik kebangsaan kita. Apa yang terjadi merupakan sebuah suratan hasil dari PRU 12 yang lalu, seandainya PRU 12 MENYAKSIKAN BN menguasai PERAK dengan 40 kerusi sudah tentu episod duka sepeti ini tidak akan terjadi, begitulah sebaliknya PAS atau PKR menguasai DUN perak dengan 40 kerusi tidak mungkin juga perubahan ini boleh terjadi. Tidak dapat dinafikan kedudukan tersebut telah menyeret semua institusi ke kancah politik. Dari YB Nizar yang dilihat JERNIH sehinggalah YB-YB yang terpalit rasuah semuanya tidak terlepas dari satu noktah bahawa semua ini suratan ALLAH agar kita semua berhati-hati membuat keputusan untuk PRU 13 NANTI. Dimana-mana pelosok dunia sekalipun, perubahan undi yang 50-50 atau 60-40 hanya akan mengundang padah,menghasilkan sebuah kerajaan yang tidak kuat, kerajaan yang lemah, tidak kiranya ianya sebuah kerjaan negeri atau pun kerajaan PUSAT. Sebab itu kalau ingin membuat perubahan biarlah semua DUN dikuasai dan bukannya 50-50 atau 60-40 kerana apa-apa sahaja boleh terjadi. Jerat rasuah berada di mana-mana dan terpalit kepada YB-YB yang tidak beringat. Jikalau panjang umur kita akan menyaksikan bahawa YB-YB yang terpalit rasuah dan melompat parti ini biasanya jangkahayat politk mereka tidak akan kemana-mana...justru kedua-dua pihak BERSABARLAH. Hanya sahaja institusi kesultanan terpaksa di cemari hanya kerana sebuah kerajaan campuran yang tidak kuat, pengajaran dari episod ini ialah BERSATU dan DISIPLIN telah dilanggar sehingga membawa ke episod memalukan semua pihak.PAKATAN RAKYAT memang menanggung malu, BN pula tidak boleh bermegah kerana proses sedemikian rupa juga memperlihatkan kewibawaan BN tidak terlalu tinggi sehingga terpaksa bergantung kepada YB yang "terdesak" untuk menubuhkan kerajaan. Hakikatnya apa yang terjadi di PERAK memperlihatkan POLITIK "GENTLEMAN" tidak diamalkan oleh SEMUA PIHAK. Kalau mahu menjadi kerajaan yang kuat SEMUA MESTI MENANG BERGAYA, bukan dengan cara KEMARAHAN dan KETIDAK SABARAN.
Sekali lagi :
1) Kepada MB BARU -- TAHNIAH, dan buktikan bahawa anda MB yang berwibawa bukan MB KARBAIT.
2) Kepada MB LAMA -- BERSABARLAH nak buat apa lagi, nasi sudah jadi bubur, terlalu leka dan alpa membawa padah.
Terima kasih Datuk
Mari Bersatu,
Satu point utama yg sdr sebut yang kita semua lupa adalah "suratan Allah". Sdr mengingatkan kita semua. Shabas !!.
Kita semua sibuk berpolitik dan merancang, tetapi kita lupa perancangan Allah.
Tapi ada yang menjawab Allah tidak merancang tindakan yang tidak betul..benarkah begitu??
Anyway terima kasih yea.. tulisan yang bernas.
Post a Comment