Saturday, February 28, 2009

STRATEGI SEBAR KATHOLIK PADA MELAYU BERJAYA

Agence France-Presse - 2/27/2009 7:02 AM GMT

Malaysian Catholic paper wins right to use 'Allah'

A Catholic newspaper in Malaysia said Friday it had won the right to use the word "Allah" after a long battle with the government which threatened to close it down.

The editor of the Herald newspaper, Father Lawrence Andrew, said the weekly was now allowed to use the word as a translation for "God" in its Malay-language edition, as long as it printed "For Christians" on the cover.

"Now we can use the word Allah again and continue printing without hindrance. So with regards to the Herald we are happy," he told AFP, saying the decision came in an official gazette dated earlier this month.

Malaysia's government had argued that the word should be used only by Muslims, who dominate the population of this multicultural nation.

Andrew maintained that Malaysian Christians have been using the word "Allah" for centuries in translations of the Bible, and in popular prayers like the "Hail Mary."

The Herald, circulated among the country's 850,000 Catholics, nearly lost its publishing licence last year for using the disputed word.

Andrew welcomed the decision on the issue which is one of several wrangles between the government and minority groups, who say their rights are being eroded amid increasing "Islamisation" of the country.

"People are able to discuss this openly and maturely, that's a good sign," he said.
However, Andrew said the Herald would continue with a court case which it started to force the government to allow it to print the word "Allah."

"We have started the case and we just can't pull out until we... study the new gazette, and see what the implications are," he said.
Home Ministry officials were not immediately available to confirm the decision, but in newspaper reports they confirmed the contents of the gazette.

Around 60 percent of Malaysia's 27 million people are Muslim Malays.

The rest of the population takes in indigenous tribes as well as ethnic Chinese and Indians, variously practising Buddhism, Christianity and Hinduism, among others.


4 comments:

gotahlantun said...

SALAM DATUK,
INI YANG EDEN SODIH DAN KOSAL DONGAN PARTAI PEMERINTAH, APO SALAH EE KUMPULKAN SEMUO BIJAK PANDAI YANG LOYAR BAGUS UNTUK MELAWAN HUJAH2 DIORANG TUH.
LAGI PUN KUASO DI DALAM TANGAN GUNOKANLAH.
DAN LAGI SATU MANO POI LOBAI2 YANG HANDAL DALAM PARTAI PAS DAN PR?.
DIORANG NI TIADA PERASAAN KE?
PEGUAM NEGARO BUEK APO?? KENAPO SONYAP YO?

EDEN SEBAGAI RAKYAT BAWAH TAK GOMA INI SEMUO. HARAP BUEK LAH SESUATU.
BATALKAN SEMULO.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,

Allah Ada Dua Ajaran Agama ?

Saya tidak terkejut apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian. Jika Melayu dan Islam kuat keadaan ini tidak berlaku. Mudah sahaja, BN perlu sokongan daripada Kristian di Sabah dan Sarawak kerana di situ undi penentu BN dalam pilihanraya akan datang.

Apapun alasan yang diberi oleh umat Islam, suara mereka bukan lagi majoriti. Kehendak orang lain seperti puak kristian dengan sokongan PKR dan PAS sudah cukup membuatkan BN tertekan. Jadi sekarang ini Bible boleh dibaca di dalam Bahasa Melayu dan perkataan 'God' dalam Injil telah diganti dengan perkataan 'Allah'.

Bagi pemahaman orang kampung seperti saya, 'Allah' yang pertama adalah Allah bagi tuhan orang Islam dan membawa ajaran dan segala undang-undang serta peraturan-peraturan Islam seperti mana yang terkandung di dalam Al-Quran. Allah yang 'kedua' adalah yang membawa ajaran Kristian dengan segala peraturan dan undang-undang mengikut versi Kristian seperti yang tertulis dalam kitab Injil.

Allah bukan lagi satu, tetapi Allah sudah menjadi dua iaitu tuhan bagi orang Islam dan tuhan bagi orang Kristian. Allah bagi Islam meletakkan Muhamad s.a.w sebagai nabi terakhir dan Al-Quran itu telah melengkapkan dan menyempurnakan Islam. Bagaimana Allah dan Nabi Isa a.s di dalam kitab Injil? Allah yang mana satu yang betul? Bagaimana pemahaman umat Islam jika membaca versi Injil Bahasa Melayu dengan suruhan dan larangan Allah kristian?

Umat Islam boleh mengiktiraf agama Kristian kerana separuh penduduk dunia beragama Kristian tetapi kita tidak boleh mengiktiraf kitab Injil yang telah 'dirosakkan' itu dengan bersetuju menerima perkataan 'Allah' atas dasar leberalisasi di dalam versi Bahasa Melayu.

Saya pasti, ramai Melayu akan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan Kristian kerana Allah Kristian lebih mudah daripada Allah Islam. Allah Islam ada menyebut hukum hudud yang menjadi polimek yang tidak berkesudahan bagi umat Islam di Malaysia, kemungkinan besar Allah Kristian tidak menyebut langsung hukum hudud di dalam ajarannya. Jadi Kristian adalah lebih mudah ,flexsibel dan selamat.

Bagaimana kita hendak menghalang umat Islam daripada membaca Injil versi Melayu ini. Kekecohan begini pun sudah merupakan suatu iklan dan promosi tentang wujudnya Injil Versi Melayu ini. Selepas ini ramai orang tercari-cari dan cuba membacanya. Lebih-lebih lagi jika telah 'dihalalkan' oleh sebahagian pemimpin-pemimpin Islam.

Saya tidak mahu membincangkan tentang rasional atau tidak perkataan 'Allah' digunakan dalam Kitab Injil Versi Melayu ini. Jauh disudut hati ada perkara yang tersirat menjadi agenda tersembunyi golongan tertentu apatah lagi perkataan 'Allah' ini hanya untuk kitab Injil versi Melayu sahaja dan ianya dituntut oleh Kristian di Malaysia bukannya Kristian di seluruh dunia.

Tidak mustahil KDN membenarkan penggunaan 'Allah' kalau BN mendapatkan tekanan politik daripada kumpulan yang diiktiraf lebih Islam seperti yang ditulis oleh Harakah , Thursday, 03 January 2008, Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam-PAS ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. (www.belantan.blogspot.com)

Lebih lama dari itu, "Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.(www.belantan.blogspot.com)

Ini lah bencana paling besar yang akan dihadapi oleh orang Melayu. Satu usaha secara bersepadu, licik, bijaksana dan mengikut undang-undang untuk mengkristiankan Melayu di Malaysia. Kekuatan Melayu adalah terletak kepada Islam dan Jihadnya. Secara tersiratnya mereka telah berjaya memecahbelahkan Melayu daripada segi politik dengan meracik-racik Melayu itu kepada Melayu UMNO, Melayu PKR dan Melayu PAS. Hari ini sekali lagi mereka meracikkan Melayu itu kepada Melayu Islam dan Melayu Kristian.SIAPAKAH MEREKA ITU?

Penjajahan kepada umat Melayu pada 1511 hingga 1957 berjaya mengubah politik Melayu, mengubah lanskap ekonomi Melayu, mengubah prasarana penduduk Tanah Melayu tetapi mereka tidak berjaya mengubah akidah dan tauhid Melayu daripada Allah dan Islam. SIAPAKAH MEREKA DAN KUNCU-KUNCUNYA ITU?

Jika saya khilaf atas pemahaman saya, saya pohon maaf. Jika saya keliru memang benar saya terkeliru dan memang sah penggunaan perkataan 'Allah' dalam Injil mengelirukan.


Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

FUAD HASSAN said...

Sdr Amir

Salah satu tulisan terbaik saudara yang pernah saya baca.

Apa yang melemaskan kita ialah kebisuan ulama-intelektual yang tidak lagi sensitif bukan sahaja terhadap istilah Melayu, tetapi kesan peristilahan itu kepada generasi Melayu akan datang.

Mereka kehilangan intellectual credibility kerana takut dilabel sokong PR atau UMNO. Saya ulangi Pakatan Rakyat lawan UMNO.

Bila PAS sudah setuju istilah tersebut semata-mata kerana bahasa, maka 'lurus jarum luruslah kelingking' untuk matlamat lanjut pendakyah Catholik.

Trajedi ini cukup menyedihkan. Lebih menyedihkan kerana Syed Hamid sekali lagi melakukan kesilapan yang berulang-ulang..

Allah selamatkan lah kami..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,

Terima kasih. Saya bersetuju dengan Datuk. Bukan sahaja intelektual ulama dan cendiakawan Islam bahkan orang-orang yang sedang memegang kuasa pun sedang dijangkiti 'sindrom bisu dan pekak'.

Ini bukan kuasa Sy Hamid tetapi isu ini adalah isu umat Islam sejagat. Kita ada 14 Mufti yang mengetuai negeri-negeri dan Persatuan Ulama Kebangsaan. Mungkin benar kata Datuk, Mereka takut dicop menyokong PR atau UMNO. Saya pasti mereka pun tidak bersatu lebih-lebih lagi Persatuan Ulama Malaysia.

Saya juga memohon kepada Menteri Besar-Menteri Besar dan juga Perdana Menteri supaya memohon perkenan Duli-Duli Tuanku Sultan supaya mengadakan Persidangan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan dan membuat penetapan atas perkara -perkara berikut:

1. Kepercayaan dan Kesetiaan Rakyat kepada Raja-Raja Melayu khususnya berkaitan dengan Isu Politik di Perak.

2. Membuat Penetapan dan Pendirian Majlis Raja-Raja Melayu sebagai ketua Agama Islam Negeri2 dan DYMM YDA sebagai Ketua Agama Persekutuan tentang Keselamatan Akidah Umat Islam di bawah Payung Daulat Tuanku-Tuanku.

Terima kasih Datuk.