Wednesday, February 11, 2009

VALKYRIE: FILEM HEBAT WAJIB TONTON

SANTAI UNTUK PELARIAN POLITIK TEMPATAN

Lemas dengan perkembangan politik dan ekonomi Negara, saya mengsyorkan saudara-saudara yang tidak ada pantang menonton wayang untuk pergi menonton filem Valkyrie samada di panggung wayang atau DVD yang boleh dibeli bila di pasaran kelak. Anak Perempuan saya, Farhana, 21, yang mencadangkan dan membiayai tiket untuk filem tersebut pada cuti Taipusam isnin lalu.

Maka kami pun menonton di panggung di Pavilion, Jalan Bukit Bintang. Saya memberi lima bintang untuk filem ini dan ternyata ia merupakan filem sejarah yang terbaik yang pernah saya tonton !!.


Filem ini berdasarkan kisah benar mengenai plot percubaan untuk menghapuskan pemimpin diktator Jerman yang terkenal, Adolf Hitler.

Kisah ini wajar di tonton oleh peminat atau pengkaji sejarah, para pelajar serta mereka yang meminati filem suspen dan thriller. Menonton Valkyrie seolah-olah kita merasai “I was there feeling” pada zaman, peristiwa dan tempat perahsiaan Hitler.

Saya rasa sangat terkesan pada watak, costume, rahsia kisah sebenar, lokasi dan jalan cerita yang sering membuat sering saya menahan nafas dalam mengikut perkembangan cerita yang cemas ini. Filem ini memang terdapat unsur aksi, tetapi aksi-aksi tersebut “its not mindless action”.

Tom Cruise telah diberikan peranan sebagai Kolonel Stauffenberg, seorang pegawai tinggi dalam tentera Jerman. Daripada latar belakang bangsawan dan Roman Katholik, beliau meyakini Hitler merupakan seorang diktator. Beliau telah dijemput bagi menyertai kumpulan-kumpulan rahsia tentera Nazi “German Resistance Movement” bagi menentang Hitler.
Peranan mereka adalah untuk merancang pembunuhan Hitler dan menguasai Jerman dengan tujuan untuk menghentikan Perang Dunia kedua serta membawa keamanan kepada dunia. Percubaan yang gagal ini berlaku pada 20 July 1944.

Hitler terselamat daripada percubaan membunuh itu kerana beg yang berisi bom yang di bawa oleh Kolonel Stauffenberg yang diletakkan di bawah meja mesyuarat telah di alihkan ke tempat lain oleh Kolonel
Heinz Brandt semasa Stauffenberg keluar dari bilik mesyuarat dan Hitler terlindung dari letupan lantaran meja kayu oak yang kemas dan padat.

Stauffenberg menjangkakan Hitler dan semua yang berada di dalam bilik tersebut telah terkorban dan beliau dengan yakin mengepalai usaha membersihkan Jerman daripada pengaruh Nazi dan Gestapo. Maka berterusanlah drama yang penuh trajik ini.

Biarpun kita mengetahui melalui sejarah bahawa percubaan membunuh Hitler itu telah gagal, tetapi unsur suspen dan thrill semasa menonton filem tersebut menyebabkan saya amat mengharapkan percubaan membunuh itu berjaya.

Inilah kejayaan pengarah filemnya, Bryan Singer (The Usual Suspects, X-Men) walaupun filem itu tidak dilihat begitu komersial dan telah menimbulkan beberapa kritikan terutama mengenai kelewatan pengeluarannya, pelbagai dialek yang bercampur baur Amerika, British dan Jerman serta yang lain-lain. Namun ia tidak mengurangkan kehebatan sejarah yang ingin dipaparkan.

Filem ini merupakan filem serius yang dibintangi oleh watak-watak besar yang berkesan bagi menimbulkan kesan sejarah yang dapat diperkongsikan bersama. Malahan wajah Tom Cruise hampir menyerupai watak Kolonel Stauffenberg yang sebenar.

Mereka yang belum menonton sekali lagi saya menganjurkan pergilah menonton bagi menyaksikan sejarah besar yang pernah berlaku. Ianya berbaloi dan akan meninggalkan kesan dalam fikiran dan perasaan kita yang berkecamuk dengan perkembangan suasana politik dan ekonomi tempatan – Selamat Menonton.





3 comments:

gotahlantun said...

Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kuar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik.

Wahai pejuang Rakyat, Wahai Pejuang Bangsa, tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global.

Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.

Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh. Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit. Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun. Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.

Perut kami tak kan kenyang dengan politik. Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik. Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.

Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana "Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran.

samo2lah kito pikirkan.

dizzy boy said...

Mmg betul filem ini menarik sekali.Inilah cubaan pengaruh politik di dlm Nazi.Barangkali msg cerita ini akan serupa dgn rampasan kuasa di Perak.Ada dalang yg mengakibatkan kejatuhan yg tragis ini..

MAHA KAYA said...

Minggu lepas misalnya, Mukhriz member RM15 ribu kepada 5 orang anggota jenteranya di Johor diketuai oleh KP Simpang Renggam Oya. Perwakilan Melaka pula ditampar RM200 seorang. Di Kelantan, pemberian wang dikendalikan oleh bekas NKP Kuala Pilah Nafiz yang tinggal di Kota Bharu untuk tempoh berkempen ini, dan orang luar ini dibantu perwakilan Rantau Panjang Wan Nasir dan Sazmi Miah KP Machang yang tidak diterima di Bahagiannya sendiri.