1. Mengapa kerajaan mengusulkannya sekarang sedangkan Palestin merupakan isu yang sudah lama.
2. Menuduh kerajaan ingin mengambil kesempatan bagi tujuan politik pilihanraya di Kuala Terengganu.
3. Mempersoalkan mengapakah Isu penghapusan etnik Tamil di Sri Lanka tidak diberikan perhatian. Beliau berpendapat kerajaan hanya berminat kepada isu-isu umat Islam sahaja.
Sebenarnya tidak salah sesiapa pun mengemukakan pandangan secara terbuka dan bebas walaupun mereka secara berterusan akan menafikan wujudnya suasana kebebasan itu. Tetapi pada saya pandangan tersebut haruslah cerdik terutama apabila ianya datang daripada seorang yang bertaraf Profesor dan doktor serta menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri. Walaupun DAP dikatakan sebagai parti politik berbilang kaum tetapi ternyata bau arak perkauman dan benci Islamnya terhidu..
Kepada jawapan pertama, saya nyatakan bahawa usul khas ini dikemukakan sekarang kerana peristiwa pembunuhan secara rambang sedang berlaku sekarang dan Israel tidak mengindahkan pandangan kutukan dunia dan arahan Bangsa-bangsa bersatu. Dan ia disaksikan secara ‘live’ di hadapan kaca TV seluruh dunia. Kes Palestin merupakan suatu penderitaan yang panjang semenjak tahun 1947 melalui peranan kuasa-kuasa besar terutama Amerika Syarikat dan Britain.
Tidakkah Prof. Ramasamy melihat bagaimana dahsyatnya pengeboman dayus itu sehingga membunuh kanak-kanak, wanita dan lainnya, sehingga kita tidak tergamak mahu menonton atau melihat grafik yang menyayat hati itu.
Tidakkah Prof. itu sedar bagaimana seluruh dunia membicarakannya dan bagaimana senjata-senjata canggih digunakan terhadap orang awam. Ini bukannya suatu peperangan tetapi suatu pembunuhan sebelah pihak terhadap sebuah “penjara terbesar dunia” yang bernama Gaza.
Ianya dikatakan penjara kerana Gaza seluas 360 km persegi itu di kelilingi oleh tembok buatan Israel yang tingginya dari 25 hingga 33 kaki. Seluruh hubungan dengan dunia luar; darat, laut, udara dan bawah tanah terputus. Ini tak sama dengan gerakan Pemisah Tamil Eelam Sri Lanka yang lengkap memiliki senjata yang diperolehi dari negara jiran berhampiran.
Memang yang terlibat di Gaza adalah kebanyakannya orang Islam tetapi jangan lupa ramai juga rakyat Palestin yang beragama Kristian. Ianya melibatkan pencabulan terhadap sebuah negara yang lain, Palestin !.
Berbeda dengan Sri Lanka, Palestin sudah menjadi isu antarabangsa yang panjang dan tiada penyelesaian. Ia melibatkan pencerobohan suatu bangsa terhadap sebuah negara Palestin dengan pertolongan kuasa besar. Ianya melibatkan pencabulan terhadap yang berhak. Banyak peristiwa-peristiwa mengejutkan berlaku dari Shabra dan Shatila, Dier Yasin, Gaza dan banyak lagi sekiranya tiada penyelesaian yang adil terhadap rakyat Palestin. Dan terdapat 4 juta rakyat Palestin yang tidak dibenarkan pulang di tanah airnya sendiri.
Lekeh sangat Profesor ini mengaitkan isu Palestin dengan kesempatan untuk kerajaan memenangi pilihanraya Kuala Terengganu. Sesiapa pun boleh mengambil kesempatan jika itu niatnya terhadap isu Palestin, termasuk PAS dan Parti Keadilan, walaupun saya dapati PAS jauh lebih tegas, berani dan lantang mengutuk Israel dan Amerika Syarikat daripada pemimpin parti Keadilan yang berseni silat pengantin !!
Kalau ditakuti parti politik mengambil kesempatan, kita biarkan sahaja badan bukan kerajaan memperjuangkannya dan orang politik jangan terlibat, nanti dikatakan ada kepentingan diri. Inilah masalahnya kalau ada Profesor politik yang berfikiran sempit dan terlalu kepartaian walaupun dalam isu-isu besar seperti ini.
Seharusnya kita berbangga apabila melihat semua parti-parti politik negara dapat mengenepikan perbedaan mereka atas suatu perkara utama, menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini. Kalau boleh kerjasama ini diteruskan dalam bidang-bidang yang lain seperti menangani krisis ekonomi, penyatuan rakyat dan pembangunan bangsa seutuhnya. Rakyat rindukan ketenangan politik sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya yang ke 13 yang akan datang. Lepas tu gasaklah..
Kalau sungguh Prof. Ramasamy menganggap serius isu penghapusan etnik Tamil di Sri Lanka ini, langkah pertamanya yang harus dimulakan adalah usul perbincangan dan permuafakatan melalui Pakatan Rakyat samada melalui parti DAP sendiri atau melalui perhimpunan Parti Keadilan atau pun melalui Muktamar PAS. Dapatkan permuafakatan pendirian, kemudian usulkan di parlimen.
Saya tidak menganggap isu Tamil Eelam ini kecil, tetapi ianya merupakan masalah dalaman sebuah negara. Ianya merupakan perang saudara diantara penduduk majoriti Sinhalese yang beragama Buddha (70 peratus) dengan penduduk minoriti Tamil yang beragama Hindu (15 peratus).
Dan Liberation Tigers Tamil Eelam (LTTE) ini berhasrat menubuhkan negaranya sendiri berpisah dari negara Sri Lanka dengan sokongan kerajaan India. Ini merupakan suatu gerakan pemisah sejak awal tahun 80an lagi. Maka berlakulah pembunuhan etnik India oleh majoriti Sinhalese dari masa ke masa yang mendapat perhatian Amnesty International.
Kalau Prof. Ramasamy prihatin sangat dengan kejadian di Sri Lanka ini berasaskan kemanusiaan dan bukan kerana keturunan India, mengapa Profesor ini tidak pernah prihatin apabila tentera Thai membunuh penduduk Selatan Thai beramai-ramai dalam peristiwa Tak Bai? Atau pun Bosnia Herzegovina?. Ini membuktikan simpati Indianya mengatasi sifat kemanusiaan !!!.
Saya fikir peranan kerajaan India lebih bermakna dan berkesan dalam membantu menyelesaikan pertikaian antara dua Negara ini, bukannya Malaysia. Ini masanya dunia prihatin terhadap suatu isu, iaitu Palestin.
Janganlah mengambil kesempatan mencampuradukan dengan isu lain yang merupakan masalah dalaman sesebuah Negara. Kalau nak bincangpun lain kalilah. Jangan kaitkan seolah-olah kita kurang semangat kemanusiaannya kerana tidak membicarakan isu itu sekarang.
8 comments:
Salam,
Sudah nampak jelas bagaimana chauvinist P Ramasamy ini bermain politik. Menggunakan landasan sebagai ahli politik untuk menyalurkan sikap chaunivisntnya. Harap rakyat dapat menjadikannya sebagai sempadan.
Saya ingin berkongsi 2 buah artikel yang membincangkan perihal Dr P Ramasamy ini.
http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/11/siapa-yang-lebih-bersikap-dominan.html
http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/11/lumrah-si-umang-umang-dap-berselindung.html
Dato,
Saya masukkan tulisan ini dalam http://debatrakyat.blogspot.com
Terima kasih.
nice blogg..ilmiah,,keep it up!
masuk politik melayu ranap sekelip mata ,,
Assalamualaikum,
Ramasamy ni nama sahaja Profesor
tapi tak pandai.
Isu Palestin sudah tentu lebih besar dari isu Tamil Eelam di Sri Lanka
dan pada masa kekejaman melampaui batas dari Zionis takkan nak berdiam diri sahaja.Ia adalah kebetulan sahaja berdekatan pilihanraya KT.Apa-apapun niat itu di dalam hati,kita tak boleh nampak dan pertikaikan orang-orang yang memperjuangkan nasib penduduk Palestin
saSaya setuju dengan kandungan blog ini. Saya berasa terkilan mendengar Prof membangkitkan isu Tamil Tigers kerana itu masalah dalaman Sri Lanka negara berdaulat. Malaysia yang mengamalkan sikap tidak mencampur tangan(non interference policy)dalam dasar luarnya ke atas negara lain, jadi tidak patut Prof menyuruh Malaysia membantu Tamil Tigers. Palestin pula adalah isu pencerobohan dan penaklukan oleh Isreal. Agak sedih seorang rakyat Malaysia tidak berperikemanusian dan hanya mementingkan masalah kaum tersendiri sahaja, manakala masalah kaum lain tidak diendahkan walaupun ramai wanita dan kanak-kanak bahkan orang tua terkorban. Manusia yang tidak mempunyai hati dan kasih sayang.
Salam Datuk,
Sepatutnya sebagai seorang bekas Prof. berilah jawapan secara ilmiah, baru menampakkan daya keintelektualnya bukannya mengikut emosi.
Nampak sangatlah isu perkauman yang didendangkan. Mungkin masih banyak lagi dendam kesumatnya yang belum dileraikan.
Dato'.
Umat melayu terutama dalam pkr dan pas patut sedar bahawa ramasamy (bangsa yang di bawa oleh penjajah) merupakan musuh kita.
tengok blog dia le. ini paria memeng penyokong kuat ltte. mungkin isteri dan ank prbakaran pengganas ltte berlindung di pulau pinang- rumahnya.
Post a Comment