Saturday, January 3, 2009

PAK LAH MASIH MAHU KEKAL PM




SEMBANG POLITIK SMS


Politik ialah teori serba mungkin. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jangan pekakkan telinga jika kita dengar sesuatu yang baru tetapi apa yang perlu ialah kita menghalusi dan menyiasatnya.

Saya ingin berkongsi pandangan dengan pembaca apabila seorang rakan saya yang merupakan penyokong kuat Pak Lah menghantarkan mesej pesanan ringkasnya sebagai ucapan selamat tahun baru kepada saya. Katanya, “Tahun baru yang kini tiba adalah satu transformasi perubahan kearah kebaikan, bergerak ke hadapan serta menggapai harapan tinggi untuk tamadun sebuah bangsa,"


"Semoga Allah yang Maha Esa memberi kekuatan, kesabaran dan Perlindungan kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi agar terus mengangkat tamadun ini ke persada lebih terbilang, rakyat kembali meyakini beliau, bersatulah kita untuk membantu beliau kearah transformasi ini, kita ketepikan pemimpin yang rakus, haloba, tidak mengenang budi serta…..Ayuh Malaysia, beri peluang kepada Pak Lah meneruskan cabaran tersebut..”

Saya membalas bertanya, ada peluangkah Pak Lah terus sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya yang ke 13 dan beliau menjawab Insya Allah jika Allah izinkan, itulah yang akan berlaku. Maka saya terus ingin mendapatkan penjelasan lanjut dengan bertanya bagaimana prosesnya?.Maka kawan baik saya ini menurunkan senarai yang mungkin ada lojiknya. Menurut beliau;

1) Akan ada perkara yang mengejutkan akan berlaku pada sidang parlimen bulan januari 2009 nanti, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (82 ahli) akan membuat usul menyokong kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berkemungkinan ‘separuh’ dari BN akan menyokong. Menurut beliau sebenarnya ianya hanya untuk menunjukkan yang PR tidak boleh terima Najib sebagai PM. Disitu, tambahnya lagi mana-mana ahli parlimen khususnya dari UMNO yang tidak menyokong akan terlibat dengan rombakan kabinet sebab ia ada kaitan dengan pemilihan MCA yang lepas.

2) Menurut beliau, sekiranya di Kuala Terengganu calon BN tumbang, itu merupakan mesej jelas dari UMNO, PR dan rakyat yang mereka tidak boleh terima Najib sebagai PM.

3) Katanya, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lebih menguatkan Pak Lah.

4) UMNO dan Rakyat telah lihat kerakusan Najib dalam isu Eurocopter, Nombor ekor dan pembelian Institut Jantung Negara selainnya Altantuya.

Setelah mendengar huraikan panjang lebar beliau saya bertanya satu soalan kecil, iaitu bagaimana Pakatan Rakyat mempunyai seramai 82 wakil di parlimen? Agak lama beliau menjawab, bukankah ahli parlimen PR seramai 82 orang? Saya balas, “Ibrahim Ali bukannya dari Pakatan Rakyat”. Semua orang tahu bagaimana pendirian beliau di Dewan Rakyat yang lebih cederung membela ISA, Polis, pelonggaran Akta Universiti dan Kolej 1975 dan bertelagah kasar dengan Karpal Singh dan wakil-wakil DAP yang lain.

Terganggu fikiran kawan saya ini agak lama baru beliau membalas, “dah tolak, jika masuk Ibrahim Ali jumlahnya 83 orang..” jawabnya lemah. Saya membalas menyatakan jumlah ahli parlimen 222, BN 140 orang, Bebas 1 dan Pakatan Rakyat masih 82?. Cuba kira betul-betul itu 'simple mathematic', kata saya. Sebenarnya Ibrahim Ali bertanding di atas tiket PAS di Pasir Mas, tetapi semua maklum beliau tidak menyokong Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Beliau lantang dalam isu-isu Islam, Melayu, Raja dan Bahasa. Ini empat perkara yang menjadi asas perjuangan beliau. Soal "katak" adalah merupakan satu 'political swing' yang berlaku dalam seni mendapatkan kuasa, terutama di Kelantan. Pernah dalam satu sidang media dirumahnya pada hariraya yang lalu Ibrahim sempat bergurau, “Siapa ahli politik yang namanya berakhir dengan Ibrahim itu bahaya..”. Wartawan tergelak kerana mengingatkan beberapa nama kontroversi seperti Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim. Tetapi Ibrahim Ali namanya di pangkal awal.

Berbalik kepada cerita kawan saya ini apabila beliau menyatakan jumlah yang salah maka saya membetulkannya dengan menegaskan jumlah ahli parlimen adalah 222 dan jika PR 82, BN 140 dan bebas 1 akan berjumlah 223. Pengajarannya adalah, periksa maklumat kita dengan betul walaupun ianya nampak mudah.

Beliau senyap, tetapi saya terus berdiplomasi dengan menyatakan bahawa pandangan politik selalu subjektif dan terdedah pelbagai tafsiran, pandangan dan tanggapan yang tidak semestinya betul. Saya nyatakan pada beliau, kalau saya berada di tempat Anwar Ibrahim, saya mahu BN menari ikut rentak politik saya dan itulah yang Pak Lah lakukan.

“Yang penting biarlah yang memimpin Negara ini bukan yang ‘terlalu rosak’ moralnya, tak gitu Dato?”, Tanya beliau lagi. Saya tegas menjawab ya, “moral, amanah dan kebijaksanaan memimpin”. Saya tak tahu samada beliau faham jawapan saya.

“Setuju Dato’, mari kita bersatu membantu Pak Lah, saya yakin dengan prinsip perjuangan Dato”, dan beliau mengakhirnya dengan mengundang saya untuk makan malam pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Perbualan sms ini bukan dari orang yang berpengaruh dan berjawatan tinggi dalam parti, tetapi cukup untuk saya merenung jauh mengenai apakah debaran yang akan berlaku sehingga Mac 2009, tempoh yang seharusnya merupakan perletakan jawatan Pak lah selaku PM.

Sebenarnya saya pernah mendengar kebimbangan ini dari orang-orang kuat Najib beberapa bulan dahulu dan kebimbangan ini semakin kedengaran. Ini terbukti lagi apabila Malaysiakini yang merupakan laman web yang menyokong kuat Anwar Ibrahim menyatakan dalam kepala beritanya: “Najib, KT is a do-or-die battle”:

“Deputy Prime Minister Najib Razak couldn’t have made it any clearer - the upcoming Kuala Terengganu by-election is crucial for Umno. Indeed for him, Kuala Terengganu is the key to reversing Umno’s fortune.”

Ahh, ini merupakan satu lagi percubaan baru dalam perlumbaan ke Putrajaya. Malang bagi Najib kerana mewarisi suatu suasana politik yang tidak menentu walaupun sarung keris sudah ditangan. Ramai penyokong Najib dan Anwar berdebar-debar siapakah yang akan sampai dahulu ke Putrajaya sebelum Mac 2009. Ini kerana peristiharan ‘gempaq’ Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang belum berjaya.

Saya percaya, Anwar Ibrahim akan menggunakan langkah maksimum bagi mempastikan Najib tidak akan menjadi PM. Caranya dengan membina tanggapan buruk rakyat terhadap peribadi Najib dalam pelbagai isu yang dibangkitkan. Tarikh akhirnya adalah Mac 2009. Betul atau tidak belum tahu tetapi tanggapan atau persepsi sudah cukup untuk seseorang itu disokong atau dihukum rakyat.
Saya ulangi, tanggapan dan persepsi rakyat dan bukannya mahkamah. Hakim mahkamah adalah hakim konspirasi sekiranya membuat keputusan yang tidak menyebelahi sesuatu pihak. Buatlah Suruhanjaya Kehakiman macamana sekalipun. Inilah trend politik baru sekarang. Yang penting strategi politik ialah orang yang menyerang bertalu-talu tak kan sekalipun tak masuk gol?.


Menyedari hakikat inilah kumpulan Pak Lah bersiap sedia untuk menghadapi suasana baru ini. Bukan untuk Najib dan Anwar, tetapi untuk dirinya sendiri. Begitu juga Anwar yang berkemungkinan membuat sokongan terbuka kepada Pak Lah, bukan untuk menyokong Pak Lah tetapi untuk menyekat kemaraan Najib yang semakin diserahkan taming sari.
Ini kerana Kelemahan ketara kepimpinan Pak Lah merupakan ‘lauk’ kepada Anwar Ibrahim, seperti yang terbukti dalam persaingan mereka baik semasa dalam UMNO mahupun Pakatan Rakyat.
Apapun, ketidaktentuan suasana politik yang panjang tidak menguntungkan rakyat sama sekali. Para pelabur dan ahli perniagaan sukar untuk membuat keputusan perniagaan. Kita mengharapkan debaran ini akan cepat berakhir. Kalau Anwar Ibrahim mempunyai jumlah yang cukup untuk menubuhkan kerajaan buatlah sekarang dan saya percaya rakyat serta pemimpin yang tidak menyokong beliau akan membuat penyesuaian dengan cepat. Jika tidak hentikanlah 'gempaq' yang tidak berkesudahan dan tunggulah peralihan kepimpinan pada Mac nanti atau Pilihanraya Umum yang ke 13 yang akan datang.



14 comments:

bungaraya said...

Saya tidak yakin kerusi UMNO dan BN akan melompat menyokong cadangan Pakatan Rakyat / Anwar Ibrahim kerana BN akan memaklumi sepenuhnya taktik hingusan DSAI ini.

rahimusj said...

rakyat dah tak terima Pak Lah dan juga Anwar Ibrahim.

Biarkan lah kedua2nya membuat apa juga pendekatan. hakikat nya rakyat mahukan kepimpinan baru iaitu Najib Razak.

Semua orang tahu cerita tentang Najib hanya lah rekaan semata2, dengan harapan rakyat percaya, tetapi tak semudah itu

Unknown said...

ada sumber dari gurkha-gurkha politik di port kata...dollah badawi ada jumpa kumpulan taiko-taiko cina tempatan di pulau pinang(dewan perniagaan cina pulau pinang)dan kata.."..God say i have to go,my time is coming,so thats it"..jadi maklumat yang you dapat tu kena check betoi-betoi..

tshirt said...

Say a little prayer in me. When he has to go, he has to go. No more turning back. Leave it to those who is capable, without regret. Mr PM (2004-2009), let it go, no more hard feelings, no more ill-feelings.

Unknown said...

Kita sepatutnya terima siapa saja Melayu/Islam menjadi PM selagi ianya bersih dan dilihat bersih!

Tok Sagor said...

Najib memang seorang bakal PM yang dilihat kotor dan amat kotor, dikaitkan dengan rasuah, jenanyah, penyalah guna kuasa dan mengikut telunjuk isteri. Tanyalah pada pengarah dan ketua pengarah jabatan kerajaan, (tetapi senyap2 tau), pasti mereka mengiakannya.

Mr. Honneymoon said...

tiada apa yang akan berlaku pada january ni....ini cuma angan2 orang yang dapat keuntungan semasa pak lah berkuasa dan mangharapkan pak lah terus berkuasa sedangkan pak lah sedang buat kira2 untuk menetap di Perth atau KL saja....

KT By-eletion nanti kalau BN kalah bukan kerana najib tapi takl dapat cukup sokongan dari kaum bukan malayu yang masih marah dengan pimpinan paklah dan apa lagi calon BN ialah rakan cium mulut Khairy Jamalludin...

Cina akan tunjuk protes lagi dan tak hairan melayu KT sendiri akan protes kerana tak gemar dengan gaya Menteri Besar yang baru....

Bukan kerana Bajib jika KT dapat ke PAS....

pada saudara tok sagor ingin saya ingatkan bertaubatlah dari sampaikan berita2 tak pasti yang hanya dengar dari mulut orang tanpa usul periksa dulu....

cerita pasal Datin Rosmah ni hanya diperbesar2kan saja, membuatkan orang beranggapan Najib hari2 dengar cakap bini....

sekarang2 ni orang memperkatakan najib dah buat keputusan yang tak tepat dengan cadangan swastakan IJN..perlu diingat Najib baru saja pegang MOF dan sudah tentu rancangan swastakan IJN bukan agenda Najib dan ini juga telah diluluskan oelh kabinet yang ketuanya ialah Pak Lah....

dalam kabinet masih ramai lagi ahlinya 'half past six'...kalau PM setuju semua setuju....

keris panjang said...

jgnlah mengada2kan perkara yg tak ada..org dh tak nak paklah..begitu juga anuar..najib akan jd pm..kalau dia terbukti pun 2 x 5 juga..dia pun akan disingkirkan..dan gantikan dgn kj..kj akan jd pm terbaik sbb lulus oxford, bijak, tidak pentingkan diri, pandai berpolitik, sanggup berkorban demi bangsa dan negara..eh betul ke info ni..rasa mcam tersilap lak..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Sememangnya dalam politik tidak ada yang mustahil, semuanya segalanya mungkin.Kita sepatutnya menerima sesuatu perkara sebagai takdir dan sudah menjadi satu ketentuan.

Di dalam sejarah politik tertinggi negara terutama melibatkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat menarik untuk diimbas semula.

Allahyarham Dato'Onn bin Jaafar adalah Pengasas dan Presiden UMNO pertama yang berpengaruh tetapi Allahyarham bukanlah Perdana Menteri Malaysia pertama walaupun beliau sangat berjasa kepada orang Melayu.Malah Dato'Onn meninggal dunia di luar parti UMNO.

Allahyarham Tun Dr.Ismail bin Abd.Rahman tidak sempat menjadi Perdana Menteri apabila beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun. Ketika itu Tun adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Tengku Razaleigh Hamzah adalah nama besar dalam politik Malaysia.Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama di Malaysia berdasarkan hubungan baik dan kepercayaan Tun Abd.Razak kepadanya. Namun apabila Tun Hussein Onn melantik Tun Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri, ianya menjadi titik pusing kerjaya politiknya.Pada masa itu Tengku Razalegh adalah Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi. Sehingga sekarang Tengku Razalegh belum lagi ditakdirkan menjadi PM Malaysia.

Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.Tun Musa juga tidak menjadi PM Malaysia.Tun Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara.

Tun Ghafar b Baba juga tidak kurang besarnya jasa kepada negara dan orang Melayu. Tun juga tidak menjadi Perdana Menteri kerana dalam tahun 1993, Tun Ghafar menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Seri Anwar juga mengalami nasib yang sama apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkir DS Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.

Berdasarkan coretan di atas tidak mustahil DS Najib Tun Razak juga mengalami nasib yang sama. Disebabkan peristiwa ini belum berlaku, kemungkinan DS Najib menjadi Perdana Menteri tetap ada.

Apa cerita, apa peristiwa, apa yang tersirat, betul atau salah semuanya itu akan menjadi satu catatan sejarah. Realitinya Malaysia sudah mempunyai 5 Perdana Menteri dan 9 orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kesimpulannya 2009 akan menjanjikan persaingan sengit politik Malaysia yang kadang kala boleh menakutkan.Sama ada DS Najib berjaya menjadi PM pada Mac 2009 atau DS Anwar sampai juga ke Putrajaya atau DS Abdullah terus menjadi PM sehingga pilihanraya ke 13 sama-sama kita nantikan kerana dalam politik SEGALANYA MUNGKIN!

Amir Hamzah
Batu Pahat

Shahbudin Bin Haji Embun said...

Alhamdulillah Dato',

Sebelum saya keutarakan hujah saya, saya amat yakin hujah-hujah mantik Dato' serta analisa Dato' amat memberangsangkan.

Justeru itu saya amat berharap agar Pak Lah meninggalkan kepimpinan sekarang kepada Dato' Najib agar hak orang Melayu yang beragama Islam terbela.

Fokus terpenting sekarang ialah memartabatkan bangsa, agama dan negara.

Dato' Najib ialah orang yang paling sesuai kerana 2 ciri2 yang dinyatakan:-

1) Asas agama yg kukuh yakni berpegang kepada dasar Ahli Sunnah Wal Jammaah.

2) Bangsa - lahir dari keluarga pejuang tanah air dan anak jati Melayu. Beliau berpegang kuat pada bangsa Melayu dan tidak menjual maruah bangsa Melayu kepada bangsa lain.

Cukup dua fakta itu kerana beliau sememangnya terkenal sebagai pemimpin yang berfikiran tajam, mempunyai idea-idea yang bernas serta mantap, kebolehan dalam bercakap, karisma dan banyak lagi.

Rekod beliau menunjukkan beliau seseorang yang dapat membawa Malaysia ke arah lebih jauh maksudnya ke peringkat antarabangsa sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Terdapat teori mengatakan Malaysia mestilah mempunyai pemimpin yang bersih dan baik.

Baiklah, soalan saya sekarang ialah bagaimana menentukan atau memilih pemimpin yang baik.

Anuar, Hj Hadi,Mat Sabu, Pak Lah atau Dato' Najib, Siapakah paling layak?

Nak tau jawapan, baliklah pada dasar.

Dasar itu apa.

Lihat 2 ciri2 Dato Najib yang saya nyatakan di atas.

Dasar agama dan bangsa.

Apakah dengan menjadi imam dikatakan pemimpin yang baik/bersih ataupun boleh berceramah agama dan menghafaz 2 atau 3 potong ayat Quran atau Hadis merupakan ciri2 diperlukan?

Dua2 jawapan itu tidak tepat kerana jawapannya dari sudut agama Islam pula ialah pertama berbalik kepada dasar yakni pegangan aqidah yang kukuh.

Aqidah yang kukuh itu ialah berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jammaah, yakni Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

Cth :-

Kita mencari pemimpin yang boleh jadi imam dan boleh berbicara hal agama.

Persoalan sekarang, pemimpin tersebut aqidahnya apa.

Syiah, Muktazilah, Wahabi atau lain2.

Sekiranya beliau penganut fahaman tersebut, sudah tentu usluk beliau ke arah fahaman tersebut.

Nah katakan kita nak pemimpin yang bersih, tiba2 dia sendiri sebagai orang no 1 Malaysia penyebar fahaman yang sesat secara sedar atau tidak sedar.

Sekarang mata kasar melihat dia bersih, tetapi hakikatnya dasar agama kita mula berbalah kerana perbalahan aqidah tiada khilaf.

Yang khilaf ialah perbahasan ilmu-ilmu furu' iaitu ilmu fiqh.

Itulah sebabnya ada 4 Mazhab Mujtahid.

Bukankah ini fakta yang jelas.

Walaupun dari salasilah dikatakan Pak Lah berasal dari darah ulama' terkenal Syeikh Abdullah Fahim, adakah beliau faham usluk keturunan beliau.

Terang-terangan dalam manaqib Syeikh Abdullah Fahim menyuruh pengikutnya mengikut aqidah ahli sunnah wal jammaah.

Tetapi, cuba tanyakan Pak Lah perbahasan aqidah di Malaysia.

Entah dia tahu atau tidak.

Kemudian amalkan atau tidak.

Jadi yang benar tetap benar.

Syeikh Abdullah Fahim adalah ulama' yang benar kerana menepati syarat orang yang mempunyai ilmu dan mengamalkannya.

Isu Pak Lah sekarang, ilmu apa yang dia ada.

Sekarang mari periksa usluk PAS.

Katakan nak ISLAM, tapi dasar tak jelas.

Dikalangan pemimpin PAS ada yang ahli sunnah, ada yang wahabi, syiah, muktazilah dan banyak lagi.

Jadi dasar sudah bercelaru nak bahas apa lagi bab agama.

Kemudian menyalahkan UMNO berfikiran jumud.

Siapa yang kantoi?

Melayu-Islam la sakit, bergaduh sesama sendiri.

Jadi ini contoh, kelemahan pemimpin itu dapat dipastikan dengan melihat faktor terpenting iaitu dasar agama dan bangsa.

Dakyah penjajah nak hancurkan kita sebagai orang Melayu-Islam tampak berkesan.

Yang betul, betul la.

Di Malaysia, orang Melayu ialah peribumi dan lain2 pendatang.

Jadi isu kita bangsa Melayu diperkotak-katikkan sebab Pak Lah juga yang lemah kerana tiada hujah, tidak nampak taktik musuh, tidak tahu nak bahas dan bercakap dan macam2 lagi.

Lihat zaman Tun Mahathir, mana ada orang berani persoal hak ketuanan orang Melayu.

Itu fakta yang jelas.

Soal fakta beliau ada bersekongkol dengan mengkayakan india dan cina isu lain.

Isu sekarang, bila dasar jelas, perkara besar dapat diselesaikan dan elak kecelaruan.

Sekarang mana impak lagi teruk.

Zaman Pak Lah atau Tun.

Jawab sendiri.

Jadi, ciri2 Tun ada pada Dato' Najib, dan lihatlah perkara lebih besar.

Seterusnya.

Memang ada di Malaysia pemimpin yang pandai bercakap dan berpengaruh di luar negara.

Kerana gilakan kuasa, beliau mempertaruhkan kepentingan agama dan bangsa?

Siapa yang kena impak?

Agama Islam dan orang Melayu la sebab beliau terlalu gilakan kuasa.

Marilah sebagai renungan kita ikuti
kata2 Imam Ghazali, "Manusia itu dibezakan dengan ilmu dan amal".

Buat tatapan diri saya sendiri, ada ilmu tak cukup kalau tak beramal. Dan sebenar2 orang berilmu tidak akan mengaku dia berilmu kerana semakin dia beramal, makin dirasakan takut pada ALLAH dan kurang ilmunya.

MAKA, katakanlah yang HAK walaupun pahit didengar kerana jelas dan nyata, AGAMA ISLAM & MELAYU harus ditegakkan.

PAK LAH bukan orang yang paling layak jadi orang No 1 di Malaysia.

Mohon maaf.

- Shahbudin Hj Embun-

JAMILKUCING said...

Balasan buat Nothern

Di mana wak belajar najib kuat agama, di mana awak tahu, siapa yang memberitahua wak, awak dahs elidik ke, sorry cakap kalau bodoh jgn pamirkan dekat org kita bodoh nanti orang ketawa.

Unknown said...

MAAF JAMIL KUCING,

Ikut kaedah hukum fikh " Mendakwa tanpa dalil ditolak".

Jadi selain sembang2 biasa dlm blog ni, hujah saya telah diberikan berbentuk intelektual maknanya fakta.

Takut2 orang ingat awk yang kurang akal sbb mana ada perbahasan Dato' Najib kuat agama yang saya nyatakan.

Kalau saya tanya balik kuat agama itu apa maksud awak boleh beri.

Bukan cakap nak marah kawan, tapi dah tiba masa kita orang Melayu-Islam selain borak2, gurau2, cakap intelektual la.

Ayat kuat agama dah bodoh bagi cerdik pandai.

Sebagai panduan, saya sarankan awk baca kitab Sirajudin Abbas berkenaan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jammah.

Jadi saya hurai ikut Imam Ghazali iaitu "ilmu dan amal".

Dasar ilmu dalam agama ialah Iktikad, usuluddin, ataupun aqidah.

Ini semua sama makna buat pengetahuan awak ok.

Jadi pengetahuan basic tentang aqidah Ahli Sunnah Wal Jammaah yang dimiliki dato' Najib cukup kuat.

Itu hujah saya.

Mana ada saya kata kuat agama.

Sebab nak bagitau, kalau kuat beribadat pun tapi aqidah sesat, jangan harap merasa balasan syurga di akhirat.

CTH :- Kalau di compare dr sudut amalan puak muktazilah dengan kita amat jauh. Orang yg bunuh sahabat Nabi SAW beramal siang malam, menangis2 takut ALLAH sampai basah janggut dan hafiz lagi Quran.
Jadi orang macam ni kita nak kate kuat agama. Itu saya bidas ayat kuat agama itu apa. Itu ayat orang yang x berpelajaran dan x faham usluk perjuangan Ahli Sunnah Wal Jammaah.
Selagi aqidah ahli sunni, urusan lain Allah yang punya.
Maknanya nak mati nanti, ALLAH ada kuasa tetapkan nak bagi syurga atau neraka bukan kita.
Nak tau hujah intelektual kaedah perbahasan ulama yakni bersuluhkan Al-QUran, Hadis, Ijmak dan QIas, silalah bca buku Sirajuddin Abbas yakni Ulama Sunni yang lahir sezaman dgn Hamka.

Kalau nak hujah ahli dunia, Dato' Najib pernah berceramah pada majlis pelapis Ulama'.

Ikut tak ucapan beliau.

Biar saya bagitau point beliau.

Seorang pendakwah haruslah bermula dan berdakwah dgn diri sendiri.

Ini kerana apabila ilmu dan amal serta akhlak yang tampil pada diri ulama' dapat mencorak kepada dakwah dengan perbuatan kepada masyarakat.

Beliau turut mengupas dan ilmu dan amal yang berkesan dimulakan dengan dasar Aqidah Sunnah Wal Jammaah yang kukuh.

Bayangkan kalau pemimpin No 1 Malaysia yg kita pilih cakap benda lain.

Cth Pak Lah, apa dia cakap.

Kalau x Pak Lah pun ada pemimpin No 1 Malaysia yg akan datang dakwah kita ikut Syiah.

Siapa kene impak.

Masyarakat la kene encik yang terlalu pandai oi.

Maaf ye, jangan terasa.

Jadi Dato' Najib bila basic aqidah kuat dan paham usluk ahli sunni, siapa selamat.

Masyarakat terustama orang Melayu dan Islam la.

Itu point saya.

Katakanlah kebenaran walaupun pahit.

Saya tak hina awak sbb ramai x faham benda ni jadi rujukla perbahasan ni pada Ulama' muktabar malah Prof Dr. Uthman El_Muhammmady sendiri.

Basic ialah aqidah.

Fahamkan...

Marilah sama2 berjuang.

Kalau saya kutuk awak bodoh x guna gak sbb perjuangan nak cari kebenaran bukan kemenangan.

Renung kan sama2 k...

Tlng jgn bagi statement orng bodoh dan kampung.

Kita kene lawan head to head dgn bangsa lain dan agama lain.

Jadi jgn jadi bodoh dan buat keje bodoh kata ulama'.

selamat

Mr. Honneymoon said...

nampaknya ramai disini hendak cari pemimpin yang konon handal pasal agama.....

ya memang tak nafikan kita perlu pemimpin yang ada kepandaian bab agama.....

kalau gitu kita tidak ketandusan pemimpin yang hebat sebenarnya kerana tak terkira pemimpin dalam negara ini yang handal dalam agama islam....

tapi pada saya seorang pemimpin yang yang mampu membuatkan negara keluar dari zaman kemiskinan, yang mampu bangunkan sekolah2 yang canggih untuk rakyat, yang mampu beri banyak peluang pekerjaan, yang mampu membuat ramai umat Islam negara ini tunaikan haji dan ada setiap tahun melakukan umrah...

yang mampu dirikan ratusan masjid yang besar, yang mampu dirikan ribuan surau untuk masyarakat taman perumahan, yang mampu dirikan hospital2 yang canggih untuk rakyat, yang mampu bayar gaji ribuan imam2 masjid secara tetap serta dengan kediaman, yang mampu bayar gaji ribuan guru2 sekolah biasa dan ribuan guru agama....

yang mampu membawa rakyat nagara diseganni oleh orang luar, yang mampu membantu saudara sesama islam diluar negara, yang mampu lahirkan ramai bangsanya yang seagama menjadi jutaan hidup senang lenang, yang mampu membuatkan bangsa seagamanya mencipta sesuatu yang bangsa lain boleh lakukan......

yang mampu buat musuh gerun, yang mampu buat negara lain dengar suara kita, yang mampun buat bangsa lain dalam negara sendiri tunduk takut......

orang ini adalah orang yang tahu agama...dia tahu apa tuntutan agama pada seseorang pemimpin.. orang mcm ni biasanya dicemburui...

siapa yang bijak tentang agama sebenarnya..?..orang yang kelihat an handal agama tapi buat rakyatnya merempat dan bangsa lain
pijak kepala, orang ini tak tahu tuntutan agama sebenarnya....

orang yang nampak kuat agama tahu sembahyang, puasa, dan zakat serta haji bukan bererti orang ini sudah tahu sepenuhnya bab agama...

orang yang tak kelihatan handal agama tak semestinya dia tak handal
bab agama.....

hati-hati lah bila nak nilai kehebatan seseorang pemimpin dan handal bab agama...hati2....

selamanya bersama ayahanda Tun M...

Panglima Perang Cyber said...

Mana untung jika Najib gagal jadi PM ?
PAS? PKR ? DAP ??

atau apakah kesannya jika analisa ini diterima umum?

adakah kita kena berprasangka kepda Pak Lah di hari hari terakhir beliau?

Elakkan atau kita menjad dalang kepada ketidakstabilan yang saudara sebut dalam artikel tanpa kita sedar..

Sokonglah siapa jadi PM dan jangan sangsikan di sini kerana kata kata kita itu takut takut menjadi sebab kepada kehancuran harapan PM baru nanti..

saya percaya Pak Lah benar benar akan turun kerana dia tidak TAMAK KUASA...

Bantulah dan sokonglah siapa yang BERJAYA menjadi PM tida lama lagi kerna ia pasti Pilihan Allah juga.

salam...