PERTARUNGAN 'DIE HARD' DI ANTARA DUA BEKAS SAHABAT
Menjadi pengulas memang mudah. Apa yang terlintas atau terasa kita luahkan tanpa fakir apa kesan kata-kata itu. Yang mendengarnya pun lagi sedap. Lagi panas ulasan lagi dikatakan bernas dan betul. Yang senaknya orang yang bermain di padang, bertungkus lumus untuk memenangkan pasukan. Samada padang bola atau padang politik, prinsipnya sama saja, kalau tak ada pengulas panas tak sedap.
Di padang politik Kuala Terengganu kita harus mengucapkan tahniah kepada Mohd. Abdul Wahid Endut, calon PAS kerana memenangi kerusi parlimen kawasan tersebut dengan majoriti 2,631 undi. Dalam sistem demokrasi, kelebihan satu undi pun dikira menang. Maka bersemaraklah pengulas politik menyatakan “majoriti rakyat dahagakan perubahan,” walaupun kelebihannya cuma satu undi.
Dalam kes Kuala Terengganu calon PAS berjaya menarik pengundi baru sebanyak 949 orang. Ini kerana jumlah undi diperolehi dalam pilihan raya kecil tersebut adalah 32,883 manakala Mohamad Sabu yang bertanding ketika pilihan raya umum Mac tahun lalu mendapat 31,934 undi.
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pula menunjukkan kegagalan parti itu mengekalkan 32,562 undi yang diperolehi Allahyarham Datuk Razali Ismail pada Mac tahu lalu. Beliau mendapat mendapat 30,252 undi iaitu kurang 2,310 berbanding Razali.
Peratusan keluar mengundi kali ini turut menurun dengan 79.3 peratus atau kira-kira 63,993 pengundi daripada 80,229 orang layak mengundi berbanding 82.3 peratus atau kira-kira 66,112 pengundi daripada sejumlah 80,325 pengundi yang layak pada pilihan raya umum lalu.
Kemerosotan 3 peratus pengundi ini bermakna sebanyak 2,119 pengundi yang keluar mengundi Mac lalu tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihanraya kecil ini. Samada yang tidak keluar mengundi itu akan menyokong pembangkang atau kerajaan itu adalah suatu kemungkinan.
Saya tidak mahu mengulas punca kekalahan atau kemenangan calon-calon yang bertanding. Disaat ramai yang meramalkan bahawa angin perubahan sedang kuat berlaku dan peralihan kuasa akan berlaku, saya ingin nyatakan bahawa kemungkinan ini akan berlaku hanya pada Pilihanraya Umum ke 13 selewat-lewatnya pada 2013 yang akan datang.
Saya yakin, dengan izin Allah, bertapapun serangan yang hebat terhadap peribadi Najib, beliau akan sampai dahulu dalam perlumbaan Najib-Anwar ke Putrajaya pada Mac ini. Cuma soalnya berapa lama beliau akan menjadi Perdana Menteri. Najib akan berhadapan dengan tokoh berkarisma Anwar yang memiliki track record ‘die hard’ dalam mencapai cita-cita sebagai PM. Dan cabaran ini menyulitkan bagi beliau.
Allah menentukan juga Anwar menjadi ketua pembangkang walaupun beliau hanya tinggal setapak lagi untuk memegang jawatan PM selepas Mahathir. Anwar terpaksa menunggu sehingga PRU ke 13 yang akan datang untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Keputusan Pilihanraya kecil Kuala Terengganu belum cukup untuk mengubah kerajaan baru sebelum Mac.
Cita-cita Anwar untuk menjadi PM sudah pasti tercapai jika sekiranya Pak Lah melengkapkan tempoh penuh jawatan PM untuk tempoh 5 tahun. Itulah yang diminta oleh Presiden PAS Tuan Haji Hadi dan Anwar. Ini kerana Pak Lah ternyata lemah dalam seluk beluk pertarungan politik dan pentadbiran serta dasar liberal lepas tangan.
Melihatkan kepada keputusan Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Barisan Nasional masih mempunyai penyokong tegar yang masih belum banyak berubah. Pemegang kuasa mempunyai advantage dalam mengurus dan mengengam kekuasaan sebelum terlepas. Tahun sepanjang 2009 ini akan melalui peristiwa-peristiwa besar yang penuh mencabar, terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan dalam menentukan kejayaannya.
Namun faktor-faktor berikut adalah penentu akhir yang akan menentukan hayat pemerintahan UMNO/BN.
1. Kredibiliti dan tanggapan rakyat terhadap pimpinan utama yang akan dipilih dalam perhimpunan Agung UMNO pada Mac nanti. Kalau yang terpilih adalah dikalangan yang pada tanggapan rakyat mereka memiliki ‘track record’ yang buruk dan tidak meyakinkan, maka tunggulah kesudahannya.
2. Kredibiliti dan tanggapan rakyat terhadap barisan kabinet yang akan dipilih oleh Najib. Jika ianya merupakan muka-muka lama yang tidak meyakinkan serta diletak pada potfolio yang tidak berkenaan, maka tunggulah hukuman rakyat.
3. Bagaimana Najib dan pasukannya mengurus krisis ekonomi yang melanda sekarang. Banyak isu-isu seperti penggangguran, pemberhentian pekerja, peningkatan kadar jenayah akan berlaku akibat krisis global ini. Jika ini dapat diurus dengan baik, maka BN akan keluar dari kemelut ini dengan cemerlang.
4. Strategi UMNO/BN dalam mengendalikan media perdana dan internet dengan bijak dalam memanipulasi data dan maklumat serta menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.
5. Bagaimana UMNO/BN membalas jawapan terhadap tawaran lumayan Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap kaum bukan Melayu; seperti jawatan timbalan perdana menteri bukan Melayu, milikan tanah 999 tahun, papan tanda pelbagai bahasa, penggunaan Allah dalam bible bahasa Melayu dan sebagainya.
6. Secepatmana kesungguhan UMNO/BN melakukan pengemaskinian dan pembaharuan dalam jentera parti melalui proses ‘rebranding’.
7. Bagaimana UMNO/BN mempengaruhi fikiran dan hati lebih dari 2.5 juta pengundi baru yang terdedah kepada pelbagai sumber maklumat dan akan mula mengundi dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang.
8. Sejauhmana UMNO/BN mendisplinkan pimpinan dan ahli-ahli parti dalam proses pembersihan dan pembahruan dalaman.
Seperti yang saya nyatakan bahawa dalam politik siapa yang memiliki kuasa merekalah memiliki kelebihan yang boleh digunakan sehinggalah keputusan akhir yang diputuskan rakyat. Dalam hal ini saya percaya Najib akan sampai dahulu ke Putrajaya.
Inilah peluang terakhir beliau, jika tidak dimunafaatkan sebaik dan sebijak mungkin, akan berakhirlah kisah perjalanan sebuah parti politik yang berjasa besar dalam sejarah perjuangan pembangunan dan kemerdekaan bangsa.

7 comments:
Salam Datuk,
Melayu Terengganu Mengajar UMNO Pusat ?
Keputusan Pilihanraya umum 8 Mac 2008:
Datuk Razali Ismail (BN-UMNO)= 32 562
Mohamad Sabu (PAS) = 31 934
Maimun Yusof (BEBAS) = 685
Undi Rosak = 931
Majoriti = 628
Peratus keluar mengundi :82.45 peratus atau 66,231 pengundi.
Keputusan Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu 17 Januari 2009:
Wan Ahmad Farid (BN) : 30,252 undi
Mohd. Abdul Wahid (PAS): 32,883 undi.
Azharudin Mamat (BEBAS : 193 undi
Undi rosak : 665 undi.
Majoriti : 2631 undi
Peratus keluar mengundi: 79.9 peratus atau 63,993 pengundi.
Lebih menarik lagi, PAS sapu bersih:
1.DUN Batu Buruk - kemenangan kepada PAS
2.DUN Wakaf Mempelam - kemenangan kepada PAS
3.DUN Ladang - Kemenangan kepada PAS
4.DUN Bandar - Kemenangan kepada PAS
Kalau di buat analisis mudah berdasarkan keputusan Mac 2008 dan Januari 2009
Undi BN merosot 2310 undi, Undi PAS meningkat 949, Undi Bebas berkurangan 492 dan Undi Rosak berkurangan 266. Ada sebanyak 603 undi berbaki. Disamping itu 2238 undi yang keluar mengundi pada Mac 2008 telah tidak keluar pada Januari 2009.
Di Negeri-negeri Pantai Timur angka-angka begini sangat sensitif. Sedikit kesilapan akan membawa kepada impak yang besar. Undi PAS antara 31000 -32000 adalah tetap dan tidak akan berubah. Ahli PAS tidak akan 'murtad' parti dan tidak akan 'murtad' agama . Mereka wajib mengundi PAS jika tidak mahu ketinggalan ke syurga. BN juga sudah ada pengundi tetap dan setia dalam lingkungan bilangan yang hampir sama.
Bagi pilihanraya kali ini di Kuala Terengganu mungkin ada rasa tidak puashati terhadap pemilihan Wan Farid yang dikatakan tidak dapat menyaingi ketokohan, karisma dan sifat kekampungan yang ada pada Allahyarham Datuk Razali Ismail. Orang Kuala Terengganu lebih selesa dengan Zubir Embong yang dikatakan disenangi dan mesra di kalangan orang Kuala Terengganu yang pro BN.
Kemungkinan jika Zubir Embong dipilih, BN mempunyai peluang untuk memenangi dengan majoriti yang kecil mungkin lebih kecil daripada majoriti yang di perolehi oleh Allahyarham Datuk Razali kerana seperti yang saya katakan PAS sudah ada penyokongnya yang tetap dan berpencen. BN dan PAS hanya perlu berebut 2000-3000 undi sahaja untuk menarik mereka mengundi parti masing-masing.
Selain daripada itu, Jika BN ingin juga memenangi kerusi di P036 Kuala Terengganu, peratusan keluar mengundi semestinya melebihi 80 peratus. Jika tidak, BN tidak mampu menyaingi PAS kecuali ada isu-isu menyengat dan panas bukannya isu-isu basi dan tidak disenangi oleh masyarakat Kuala Terengganu.
Sebagai kesimpulannya, UMNO pusat semestinya mendengar pandang Majlis Tertinggi, pandangan UMNO Negeri dan pandangan UMNO akar umbi dalam isu pemilihan calon. Kekalahan BN di Kuala Terengganu ini adakah mesej UMNO Terengganu atau mesej rakyat Terengganu? Adakah mesej ini untuk Perdana Menteri? Timbalan Perdana Menteri? atau Menteri Besar?
Adakah rakyat Terengganu memberi mesej yang jelas kepada BN bahawa Terengganu akan menyertai 5 negeri Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.UMNO parti yang dinamik bukan parti sejuk dan beku. UMNO wajib berubah, sudah bersediakah pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhijrah? Sejarah UMNO menunjukkan UMNO bukannya Parti Pekak, Buta dan Bisu.
Saya tidak berminat untuk membincangkan peluang DSAI menjadi Perdana Menteri dan seterusnya ke Putrajaya. Putrajaya adalah satu isu besar kepada Anwar semasa semangat 'Reformasi' sedang membara. Hari ini Putrajaya membuatkan Anwar seperti 'gila talak'.
Saya lebih berminat melihat pertembungan pendakwa-pendakwa bersama Saipol dengan peguam-peguambela Anwar yang handal-handal bertembung di Mahkamah pada Februari nanti.
Perkara yang pasti ialah DS Najib akan menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009. Tindakan Najib sangat ditunggu-tunggu selepas menjadi PM. Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Najib. Najib tidak mempunyai cukup masa untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN.
Jika DS Najib membuat kesilapan awal, kemungkinan Besar Anwar akan ke Putrajaya 3 tahun lagi tanpa tentangan.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Sdr. amirhamzah64
Waalaikum salam
Terima kasih kerana pandangan yang objektif mengenai 'small swing with big impact' di kawasan-kawasan Pantai Timur. Kedua-dua pihak boleh mendapat munafaat dari keadaan ini bergantung kepada strategi mantap masing2.
Mengenai kes Anwar-saiful kita biarkan mahkamah memutuskan. Sekali lagi kita akan melihat dimana mahkamah akan menjadi adil sekiranya Anwar terlepas. Tetapi tidak sebaliknya.
Strategi politik terbaik bagi Anwar ialah memanjangkan kes ini dgn isu-isu teknikal melalui 'bicara dalam bicara' hingga selepas PRU ke 13 yg akan datang.
Satu kebijaksanaan Anwar melalui pakatan adalah berjaya membuat parti-parti politik yang bertentangan ideologi menyimpan kuku ideologi mereka ditempat duduk belakang.
Penyatuan mereka hanya satu, tumbangkan BN. Lepas itu cerita lain. Hanya keistimewaan Anwar yang mampu melakukan ini, tidak yang lain.
kita kawal putrajaya?...
tapi parlimen dulu kena kawal datuk
Assalamualaikum Datuk,
Moral dari kekalahan BN di Terengganu ialah :
1) Pemimpin BN belum BELAJAR dari MUSIBAH PRU 12, banyak tempat kalah kerana SALAH PILIH CALON.
2) Ini zaman 2009, rakyat bukan bodoh, jadi untuk akan datang PILIH CALON YANG DISUKAI RAKYAT,
BUKAN PILIH CALON YANG DISUKAI PRESIDEN ATAU TIMBALAN PRESIDEN.
3) Semua orang nak jadi CALON kerana selalu anggap menjadi wakil rakyat adalah JALAN UNTUK KAYA. Ini persepsi sudah sampai ke OTAK RAKYAT, maka mereka akan menolak mana-mana calon yang dianggap sudah kaya.
4) UMNO kenapa buat kajian ETNOGRAFI masyarakat tempat pilihanraya sebelum menentukan calon. Untuk zaman sekarang ini RISIKAN dari SB atau Tentera hanya jadi sampingan, kerana RAKYAT sudah cerdik.
Semoga kekalahan ini menjadi iktibar untuk semua.
Terima kasih
Well said
Saya tak pergi ke Putrajaya..
Hanya tengok dari jauh :-)
Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com
Salam Dato',
INSHAALLAH... Dato' Najib akan sampai dulu dan paling layak duduk pada kerusi No. 1.
Semoga Dato' Najib dapat membawa Malaysia ke persada antarabangsa seterusnya memastikan bangsa Melayu-Islam ke hadapan.
Isu ekonomi ialah cabaran terbesar Dato' Najib bagi membuktikan kredibiliti beliau.
Rakyat harus bersatu selain pemimpin perlu menjadi contoh.
Saya percaya Dato' Najib calon terbaik kerana dengan berdirinya beliau hak orang Melayu-Islam terpelihara.
Memang benar pembangkang mewar-warkan pelbagai isu utk membawa Malaysia kepada landasan yang sepatutnya tetapi yang jelas kini hak orang Melayu-Islam tidak terbela.
Tanah di Perak & Penang jadi hak orang Cina, India paria sanggup hina hak ketuanan orang Melayu dan agama Islam, Islam dijadikan medan berpolitik dan banyak lagi.
Sekiranya dikaji faktor kejatuhan dan kecelakaan yang menimpa umat Islam terutama di Bosnia dan Palestin, ianya berpunca dari rakyat itu sendiri yang meninggalkan ajaran agama Islam.
Saya bertegas di sini bahawa Dato' Najib calon paling sesuai kerana jelas usluk beliau berpegang teguh kepada aqidah ahlul sunnah wal jamaah dan memiliki jati diri anak Melayu asli.
Sekian...
Shahbudin Hj Embun
Post a Comment