Monday, March 2, 2009

NIK AZIZ: 'ALLAH' IS FOR ALL

LA ILLAHA ILALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOTA BARU: Pas spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat said non-Muslims are allowed to use the word "Allah" as there is a verse in the Quran which quotes the non-Muslims of Mecca calling their god "Allah".


"But, it is up to the Federal Government to decide. I do not want to interfere in this," he told reporters after opening the new headquarters of local travel agency Al-Quds Travel here yesterday.

ALLAH

Nik Aziz, who is also Kelantan menteri besar, was responding to a request by the Catholic weekly, Herald, to use the word in its publications.On Saturday, the Home Ministry rescinded a government gazette issued a day earlier which allowed the conditional use of the word in Christian publications.

ALLAH
The government recently ordered the Herald's Malay edition banned until a court's decision on a suit by the Catholic church..Several Muslim groups are not happy over the Herald's use of the word "Allah" in its publications.

ALLAH

They argued that allowing Christians to use the word "Allah" would cause confusion among Muslims. Thus, they were upset when the Home Ministry allowed the conditional use of the word in Christian publications. - NST (2 Mac 2009).
For important reading please refer:

http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/01/christian-god-not-allah.html




11 comments:

Hang Lekuk said...

Salam....
Saya amat terperanjat semenjak membaca posting kali ini.

Mana tidaknya, orang agama macam Nik Aziz ni pun sekrang dah tak mampu nak melindung Islam.

Adakah kenyataan Nik Aziz ini bermotif politik? Mana laungan PAS selama ini kononya berjuang untuk agama Islam !

YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH NEGARA KU DARI SEBARANG MALAPETAKA MU YA ALLAH... KAU KEKALKANLAH KEHARMONIAN KAUM DAN KEMAJUAN YANG DIKECAPI OLEH NEGARA KU KINI YA ALLAH... KAU SATUKAN LAH UMAT ISLAM DI NEGARA KU YA ALLAH...

AMIN....

FUAD HASSAN said...

Hang Lekuk,

Waalaikum Salam

Terima kasih diatas keterperanjatan sdr. Saya telah tulis dan nyatakan pendirian saya berkali-kali dalam hal ini tapi nampaknya politik mengatasi Islam.
Yang sedihnya Melayu sudah kehilangan rasa bangsa dan rasa agamanya.

Ini berlaku kerana:

1. Nik Aziz begitu terpesona tentang sokongan bukan Melayu kepada PR melalui PRU 12 yang lalu.

2. Kekurangan intelektual Islam seperti dalam lampiran "Christian God Not Allah" yang saya siarkan. Mengaji pendekatan pondok belum tentu dapat menjawab strategi musuh semasa.

3. gagal memahami strategi halus dakyah Kristian yang pintar, sabar, tekun dan kreatif.

Sampai masanya masyarakat sedar akan perbedaan antara ulama-intelektual dan pemimpin politik kampungan.

Walallahu alam

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,

Allah BUKAN Kepunyaan Kristian !

Saya bukan ulama tetapi saya adalah penganut Islam yang yakin dan percaya kewujudan Allah, Muhammad s.a.w dan Al-Quran. Saya tidak perlu untuk membaca jauh sekali untuk mengkaji kitab Injil Kristian kerana saya sudah yakin benar dengan Islam kecuali saya masih ragu-ragu dengan Islam.

Dalam pada itu, gugur iman saya jika saya tidak percaya kepada 4 kitab Allah iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Namun setelah turunnya Al-Quran, maka terhapuslah kitab-kitab yang terdahulu kerana Al-Quran itu adalah pelengkap beragama kepada umat manusia. Maka sesiapa yang ingkar dengan perintah-perintah ini apatah lagi tidak percaya kepada Al-Quran, maka manusia itu dianggap derhaka kepada perintah Allah.

Islam adalah tuntutan beragama kepada manusia yang Allah jadikan. Manusia yang mengikut Islam adalah yang benar. Manusia yang masih di luar Islam tetap dianggap derhaka akan perintah Allah. Mengikut Islam, mereka akan menanggung dosa setiap saat dan detik selagi mereka tidak mengesakan Allah, menerima Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah dan Al-Quran sebagai petunjuk dan mukjizat kepada umat manusia.

Nabi Isa a.s adalah tetap nabi dan rasul umat Islam. Percaya kepada Rasul-Rasul adalah satu daripada rukun Iman. Nabi Isa menurut Islam berbeza dengan Nabi Isa tafsiran Kristian. Antara contoh perbezaannya adalah seperti berikut:

Isa mengikut versi Islam merupakan seorang manusia 100%. Baginda hanya merupakan seorang nabi. Baginda tidak dibunuh dan disalib. Al-Quran telah menjelaskan hal ini dengan nyata:

“Dan kerana ucapan mereka : ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, ‘Isa anak Maryam, Rasul Allah’, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya…” ( Surah An-Nissa: 157)

Isa mengikut versi Kristian adalah manusia/tuhan Yesus yang telah mati dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Kitab Injil ada memberitakan hal ini:

“Tetapi ketika mereka sampai kepada Yesus dan melihat bahwa ia telah mati….” (Yohanes 19:33)

“Ia pergi menghadap Pilatus dan meminta mayat Yesus. Pilatus memerintahkan untuk menyerahkannya kepadanya. Dan Yusuf pun mengambil mayat itu….”(Matius 27:58-59)

Mengikut Kristian, Yesus Kristus (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), [1] juga dikenali sebagai Yesus dari Nazareth, ialah tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai Yesus Kristus, dengan ungkapan "Kristus" yang berasal daripada gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumaskan Minyak" (bahasa Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: יהושע Yĕhošūa'). Dalam Bahasa Indonesia, beliau juga digelar sebagai Yesus Kristus.
(sumber : Dari Wikipedia Bahasa Melayu)

Kita tidak perlu khuatir dan menyusahkan fikiran kita dengan memikirkan hujah-hujah dari kitab Injil kerana kitab Injil telah dibuktikan korup, menyeleweng, hilang keaslian dan bercampur antara ayat yang haq dan ayat yang batil. Buktinya kaum Kristian tidak berpuas hati dengan hanya menyelewengkan kitab Injil dan cuba pula hendak menyelewengkan kitab suci Al-Quran.

Al-Quran, Al-Hadis dan ijma’ ulama Islam tidak pernah bersetuju bahawa Nabi Isa yang diceritakan dalam al-Quran merupakan Yesus Kristus, tuhan orang Kristian. Perlakuan orang Kristian memalsukan ayat Al-Quran yang tersebut di atas untuk tujuan menghalalkan ajaran agama mereka.

Firman Allah :

“Segolongan di antara orang-orang Ahli Kitab bercita-cita hendak menyesatkan kamu, dan tiadalah mereka menyesatkan (orang lain), hanya diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedarinya.” (Surah Ali-Imran: 69.

Saya tidak mahu mengutuk ulama politik berlebih-lebih kerana memang begitulah perangai mereka. Namun begitu biarlah rakyat yang tidak berparti dapat menilai pendirian ulama-ulama kalau sudah berpolitik mereka juga tidak terlepas daripada berbohong, hipokrit dan bermuka-muka demi mendapat keuntungan politik parti yang diwakilinya.

Akhir kalam, disebabkan Kristian menolak Muhammad s.a.w sebagai Nabi terakhir dan penutup segala nabi dan tidak ada lagi nabi selepas Muhammad, menolak Al-Quran sebagai sumber rujukan dan panduan manusia maka Allah yang benar itu adalah hanya untuk manusia yang menjadikan Islam itu agama anutannya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

FUAD HASSAN said...

amirhamzah64

Salam. Terima kasih atas kajian yang mendalam. Masalahnya Nik Aziz menganggap istilah Allah sekadar terjemahan istilah tuhan.

Beliau kerana asyik bermain politik lupa atau lantaran kecetekan ilmu lupa bahawa ini melibatkan soal akidah dan mempunyai kesan kepada generasi muda yang akan datang.

Jika istilah Allah boleh digunakan untuk semua tuhan, dimanakah letaknya soal ketauhidan Islam?

Ini merupakan suatu penyimpangan besar dalam perjuangan PAS. Dulu pun PAS main politik akidah sehingga mengkafirkan orang Islam UMNO kerana letak Islam suku politik suku..dan mencerca UMNO kerana bekerjasama dgn orang kafir.

Kini, kerana PRU 12 yang berjaya mendapat sokongan bukan Melayu, bukan sahaja istilah bumiputra perlu dihapuskan, Allah pun nak disamaratakan dengan istilah tuhan-tuhan berhala yang lain. Subhanallah !!

Kalau mainan politik begini berterusan saya percaya PR akan menang besar dalam PRU13, tapi dengan suatu pengorbanan yang besar pada Islam dan bumiputra..

Kita kena betulkan dan lawan..

Fadli Halim said...

Salam.

Saya setuju penggunaan "Allah" patut dibenarkan dalam semua agama (termasuk Kristian) kerana "Allah" adalah tuhan SELURUH umat manusia.

Bukan "hak ekslusif" untuk orang Islam sahaja.

"Allah" juga tuhan untuk orang Kristian, cuma silap mereka menganggap Isa anak "Allah".

Apabila mereka dibenarkan menggunakan "Allah", akan ada penganut Kristian yang terfikir: Kristian dan Islam mempunyai tuhan yang sama, tetapi mengapa versi kita (Kristian) 'mempunyai anak' pula?

Dengan ini, akidah orang Islam menjadi semakin kuat kerana mereka jelas, orang Kristian pula akan mempersoalkan akidah mereka.

Kenapa orang Islam pula yang perlu takut?

FUAD HASSAN said...

fadli halim said...
Salam.

Terima kasih dgn perbedaan pandangan sdr yang ringkas tetapi padat dengan pandangan-pandangan yang perlu penjelasan:

Pasndangan sdr dipecahkan kepada perkara berikut:

1) "Allah" adalah tuhan SELURUH umat manusia.

2) "Allah" juga tuhan untuk orang Kristian, cuma silap mereka menganggap Isa anak "Allah".

3) akan ada penganut Kristian yang terfikir: Kristian dan Islam mempunyai tuhan yang sama, tetapi mengapa versi kita (Kristian)
'mempunyai anak' pula?

4) akidah orang Islam menjadi semakin kuat kerana mereka jelas, orang Kristian pula akan mempersoalkan akidah mereka.

5) Kenapa orang Islam pula yang perlu takut?

Jawapan saya adalah:

1) Saya setuju AL-LAH (The God) merupakan Tuhan seluruh manusia dan alam ghaib dan nyata. No problem. Itu menurut pandangan agama-agama wahyu kepada Nabi Ibrahim, Isa dan Muhammad saw.

2) kata saudara "cuma mereka silap". Sdr kena ingat perkataan "cuma" bermakna sdr memandang kecil kesilapan mereka sedangkan perkara paling besar dalam Islam adalah Tauhid. Tiada keampunan dan kompromi kepada kesalahan Tauhid atau syirik.

Faham "Trinity" oleh katholik bukan kesalahan kecil..dan ini tak boleh disamakan dengan "THE" Allah dalam Islam. Sila rujuk: http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/01/christian-god-not-allah.html

3) Saya tidak setuju akan ada orang Kristian akan berfikir akan persamaan nama Allah menyebabkan mereka akan mempersoalkan agama mereka. Secara superficial nya akan berlaku sebaliknya.

Mereka akan melihat apa perlunya mencari perbedaan kalau sudah ada persamaan. "Missionary" Kristian tidak semudah yang sdr fikirkan. Perang mereka kepada Islam sudah beribu tahun.

Pendekatan dakyah mereka lebih halus, canggih, kaya dan teratur daripada pendekatan pendakyah Islam yang lebih cenderung "menghukum" dan ambil jalan mudah.

Bandingkan kebersihan kubur Kristian dgn kubur Muslim pun cukuplah, di Malaysia nak cari hari Raya sama tarikh pun berterabur.. apa yang menarik sangat untuk orang masuk Islam ni..susah nak cari contoh yang baik.

4) Akidah orang Islam semakin kuat kerana mereka jelas?? Alahai..bagaimana akidah Islam semakin kuat kalau generasi barunya 'buta Quran' dan hanya membaca quran melalui terjemahan bahasa Melayu? dan waktu itu "Allah" ada dalam semua kitab agama, di tambah lagi dgn perkataan insan, solah, akidah, dalam bible..sedangkan penjelasan pendakwah Islam lemah sekali.

Strategi sdr nak dakwah bukan Islam, yang berlaku generasi baru Muslim yang berterabur dan malu mengaku Muslim. Nama pun dah tukar, Jon, Kathy, Sam, Danny dan sebagainya. Sekadar nama tak pe lagi, tetapi dengan segala pembudayaannya.

Ingat, Kristian bukan sahaja menyebarkan agamanya, tetapi berjalan sekali gus dengan proses pembaratan (Christianisation with Westernisation) . Disinilah tewasnya generasi khayal kita.

5) Untuk diri saya, saya tidak takut. Saya pernah tidur di Gereja dan Temple Buddha di Cameron Highland pada tahun 1972 untuk berbincang perbandingan agama dengan Kristian, Hindu, Budha dan Atheis.

Yang saya kuatir adalah strategi halus "missionary" Kristian sedangkan pendakwah Islam ambil mudah dan generasi baru terpesona dengan style pembaratan yang terselit didalamnya proses pengkristianan melalui bahasa.

Terima kasih.

FUAD HASSAN said...

fadli halim said

Besides the serious discussion, saya suka cara sdr membuat kek yang cantik dan menarik dan sudah tentunya sedap..Mmmmm.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,

Ini adalah artikel saya yang ke 3 berkenaan perkara yang berkaitan. Sebelum ini:
1. Allah Ada Dua Ajaran Agama
2. Allah BUKAN Kepunyaan Kristian

3. Keliru dan Mengelirukan !

Tajuk Artikel :Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah.
Penulis : Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin setahun yang lalu.
Kesimpulan Dr Mohd Asri : Bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

Blogger Taminsari telah membuat analisa begini:

Konklusi : Yang menyokong kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja!

Dewan Ulama Pas - Sokong
Anwar Ibrahim - Sokong
Tok Guru Nik Aziz - Sokong
Khalid Samad( Shah Alam )- sokong
Dr.Zulkifli(Kuala Selangor)- sokong

Yang Tak Sokong :

Mufti Perak - Tak sokong
KDN - Tak sokong
Datuk Taib Azamudden Mat Taib(PAS)- Tak sokong
FAIZAL TEHRANI - TAK SOKONG
AMIRHAMZAH64 - TAK SOKONG
Hampir seluruh umat Islam di Malaysia kecuali Pas & PKR - Tak sokong.


Berikut adalah tulisan dan ulasan Penjelasan Isu Nama Allah Dalam Bible Oleh Faizal Tehrani (sumber :www.penembak-tepat.blogspot)

Adakah Allah dalam Bible?

Jawapannya tiada. TIADA.

Yang ada ialah kalimah Eli. Apa itu Eli?

Dalam Matthew 27:

"From the sixth hour until the ninth hour darkness came over all the land. About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"

"Eli, Eli, lama sabachthani?" dalam Bible King James -- "My God, my God, why have you forsaken me?" ( Matthew 27:45-46, NIV)

Eli, Eli, lama sabachthani adalah ungkapan dalam bahasa 'Aramaic'.

Dalam Old Testament, 'Eli, Eli lama sabachthani' dicatit sebagai:

"My God, my God, why have you forsaken me? Why are you so far from saving me, so far from the words of my groaning?" ( Psalms 22:1-2, NIV)

Tiada kalimah Allah di sini, dan dirujuk sebagai 'Bapa':

"And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou [wilt]. " ( Matthew 26:39)

" For he hath made him [to be] sin for us, who knew no sin; that we might be made the righteousness of God in him." ( 2Corinthians 5:21)

Dalam Luke 23:46 tercatit:

"And when Jesus had cried out with a loud voice, He said , 'Father, into Your hands I commit My spirit.' Having said this He breathed His last."

Bayangkan kalau ayat di atas diterjemahkan (secara umumnya) sebagai:

"Dan kala Jesus merintih dengan suara yang kuat, dia berkata, 'Allah Bapa, pada tangan-Mu aku menyerahkan jiwaku (rohku). Selepas mengatakan sedemikian dia menghembuskan nafas terakhir."

Terdapat dakwaan bahawa masyarakat Kristian di negara Arab, dan Indonesia menggunakan kalimah Allah dalam, Bible mereka. Sekarang, biar saya jelaskan dengan cara paling mudah mengapa ini berlaku (tetapi tetap dalam ingatan saudara bahawa dalam Bible asal tiada kalimah Allah seperti yang telah saya buktikan di atas.)

Dalam novel saya 'Tuhan Manusia', yang memang dibenci dan tidak disukai oleh kumpulan liberalis saya menuliskan bahawa ketua Theosofische Vereeniging Hindia Belanda, D Van Hinloopen Labberton, pada majalah Teosofi bulan Desember 1912 menyatakan:

‘Kemajuan manusia itu dengan atau tidak dengan agama? Saya kira bila beragama tanpa alasan, dan bila beragama tidak dengan pengetahuan agama yang sejati, mustahil bisa maju batinnya. Tidak usah peduli agama apa yang dianutnya. Sebab yang disebut agama itu sifatnya: Cinta pada sesama, ringan memberi pertolongan, dan sopan budinya. Jadi yang disebut agama yang sejati itu bukannya perkara lahir, tetapi perkara dalam hati, batin. Sepintas, ajaran-ajaran itu tampak indah. Padahal, ajaran-ajaran itu sebenarnya racun halus yang secara perlahan merosakkan keimanan seorang Muslim. Seorang Muslim yang menganut paham semacam itu, akan tidak terlalu peduli dengan konsep-konsep teologi agamanya sendiri, demi tujuan 'persaudaraan' kemanusiaan.’

Tuan-tuan, Kristian ada dua mazhab. Iaitu mazhab Katolik dan Protestan. Katolik mempunyai banyak persamaan dengan mazhab syiah dalam Islam. Mazhab Protestan, banyak persamaan dengan mazhab ahlus sunnah wal jamaah.

Evangelis cabang kecil dari Protestanisme, mempunyai satu ciri iaitu memperibumikan misi agama Kristian di negara eksotik. Contohnya, di Afrika, unsur-unsur peribumi diraikan. Maka potret Jesus boleh sahaja berkulit hitam. Pada tahun 1938, konferensi Kristian di Madras, India memutuskan Kristian harus menjalankan 'indigenisasi' (mentempatankan Kristian) di mana bentuk pemikiran, modus operandi, tabiat harus akrab dengan lingkungan tetapi dalam masa yang sama kepatuhan kepada gereja harus berakar kukuh.

Di Korea, maka Bible akan diberikan citarasa Korea. Di Lubnan, maka citarasa keAraban akan turut dititikberatkan. Di Sandakan, maka ciri-ciri tempatan akan disuntik.

Pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan indigenisasi ini, Paderi James o Buswell pada volume VI menghuraikan indigenisasi itu ialah, 'to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.'

Faham atau tidak takrif indigenisasi di atas?

Maka tidak hairanlah di Indonesia atau di Sudan, Bible memasukkan kalimah Allah untuk memperibumisasikan Kristian. Untuk menawarkan citarasa 'tempatan'. Kerana secara dominannya di Indonesia dan Sudan, Allah dirujuk sebagai Tuhan.

Dalam masa yang sama, Islam yang ditawarkan wahabi mencegah peribumisasi pada Islam dengan alasan bid'ah, tahyul dan sebagainya. Maka maulud nabi dilarang, membaca yassin pada malam Jumaat ditegah, tawasul dan tabaruk dikatakan syirik dan sanjungan untuk wali Allah dipandang cabul sehingga tarekat pun dipandang sesat. Perlahan-lahan Islam menjadi agama keras, tidak menarik, dan tidak serasi dengan unsur tempatan. Islam dilihat sebagai agama orang Arab. Ruang untuk berkembang tertutup. Perlahan-lahan Islam yang ada menjadi Islam yang sangat legalitas sifatnya. Islam atau tidak orang dinilai dari janggut panjang atau tidak, dari cara mengangkat takbir dan macam-macam lagi. Maka di Indonesia, atau di beberapa tempat lain, Kristian terlihat lebih istimewa berbanding Islam.

Sedangkan tuan-tuan, strategi indigenisasi ini mula-mula sekali dipelopori oleh Islam menerusi ayat al-Quran: 'Tidaklah Kami utus seorang rasul kecuali dengan bahasa kaumnya, supaya ia menjelaskan kepada mereka.' (14:4)

'Bahasa' dalam ayat suci di atas mempunyai lapis makna yang terperinci. Salah satunya ialah kontekstualisasi. Islam yang tiba di Jepun misalnya harus mengambil kira peribadi, atau perangai orang Jepun. Wali Songo yang mendakwahkan orang Jawa memahami strategi ini, maka tidak hairanlah Islam berkembang di Nusantara secara umumnya secara aman, dan bukan dengan cara pertumpahan darah.

Tuan-tuan, kembali kepada kalimah Allah. Allah dalam Kamus Dewan (halaman 37) dinyatakan sebagai: Tuhan (Yang Esa). Kalau Allah diterima penggunaannya oleh penganut Kristian, entri terbaharu Kamus Dewan mungkin perlu menimbangkan misalnya definisi baharu berbunyi: Tuhan (Yang Esa) untuk orang Islam, tetapi Allah juga merupakan Bapa kepada Jesus (Isa al Masih).

Naud'zubillah.

Akhir sekali Allah berfirman dalam surah al Kahfi ayat 4 dan 5: "Al-Quran ini diturunkan untuk mengingatkan mereka yang berkata, Allah itu punya anak. Sebenarnya tiada ilmu pada mereka tentang yang demikian itu, tidak juga pada nenek moyang mereka. Betapa buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Apa yang mereka katakan itu dusta belaka."

“Pada ayat lain Allah berfirman lagi: Mereka berkata, Allah Yang Pemurah itu memiliki anak. Katakanlah sungguh telah kalian kemukakan sebuah penghinaan yang dahsyat! Hampir-hampir langit terbelah kerananya, bumi membelah dan gunung-ganang berhamburan." Ini difirmankan Allah dalam surah Maryam ayat 88-90.

Jelaslah kalimah Allah bukanlah suatu kalimah yang dapat dikongsi atas alasan apa sekalipun.

Untuk memahami strategi halus Kristian untuk menyamaratakan agama, saya ingin menjual novel saya berjudul Tuhan Manusia kepada tuan-tuan. Saya melakukan kajian yang lama untuk menulis novel tersebut dan mendapati terdapat banyak cara dan kaedah Kristian untuk memamah agama kita. Saya tidak bimbang dimarahi kumpulan liberalis, mahupun mereka yang taksub kepada pemimpin PAS tertentu. Esok, setelah kita semua mati, generasi baharu perlu berdepan dengan kesalahan, kenyanyukan, keterlanjuran dan kekeliruan hari ini. Kita telah tiada lagi untuk menjelaskan dan menolong jawab. Dan kesalahan itu akan terus berlaku, seperti mana hari ini Islam yang kita terima telah banyak dipesongkan, sehingga Rasulullah saw sendiri berasa sedih sebelum wafatnya.

Dan jika benar, PAS jujur dalam isu ini, ada baiknya PAS bertegas dengan PKR kerana aktivis gereja yang melancarkan kempen Allah For Christian ialah Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Banyak cara misi Kristian memamah kita, salah satu caranya menyamaratakan 'tuhan'.
Sumber Asal : http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/allah.html

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

FUAD HASSAN said...

Sdr Amir Hamzah

Terima kasih atas komen saudara. Maka dengan ini saya siarkan tulisan sdr dalam laman blog atas tajuk "Lagi jawapan untuk Nik Aziz".

dreamer said...

Assalamualaikum. izinkan saya menmpelkan pandangan Dr Asri disini untuk renungan dan kajian saudara sekalian. Wallahua'lam:

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
Disiarkan pada Mar 10, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”

-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.

Fadli Halim said...

Salam Datuk,

Izinkan saya memetik ayat Al-Quran yang saya kira menarik untuk direnungi:

Firman Allah: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Nabi Muhammad swt pun disuruh mengucapkan "Alhamdulillah" apabila kaum MUSYRIK mengakui Allah Maha Pencipta.

Kita ini pula bersungguh-sungguh mahu menghalang penggunaan kalimah Allah. Sepatutnya kita pun sebut "Alhamdulillah" seperti Nabi.

Patutkah kita kata kepada orang Kristian "Tuhan kamu bukan Allah, tetapi God (bapa Jesus), Allah bukan Tuhan kamu"???

Kalau kita kata begitu, bermakna kita pula yang yang tak betul sebab mengakui adanya tuhan lain selain Allah. Sedangkan mana ada tuhan lain.