Dr M 
akui kesilapan tidak sekat internet semasa berkuasa 
Oleh Md Izwan June 
18 2013 
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kesilapannya semasa masih 
berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet ia ekoran 
keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 PRU13 baru-baru ini dimana 
media baru banyak memainkan peranan. 
Dr Mahathir berkata beliau kini 
terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan 
penuh internet semasa mengetuai Multimedia Super Corridor MSC pada 1996.  
Ketika saya mengetuai MSC saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama 
ada kami akan menyekat internet. 
Saya beritahu dia tidak kami akan jadi 
sangat bebas tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali kata beliau 
semasa berucap pada majlis penutup CEO Forum 2013 di Berjaya Times 
Square Convention Centre disini - 18 Jun 2013.