Friday, January 9, 2009

MALAYSIA JANGAN BOIKOT HAMAS






SENGKETA DALAMAN PALESTIN


Saya memang tidak dapat menyembunyikan perasaan marah saya apabila melihat Duta Palestin di Kuala Lumpur, Abdel Aziz Abu Goush, menggesa orang ramai yang menunjuk perasaan di perkarangan kedutaan menurunkan gambar-gambar sepanduk pemimpin Hamas seperti Rantisi, Yasin dan lain-lain yang syahid di tangan rejim Israel.

Alasannya adalah penyatuan Palestin. Dan penyatuan itu adalah melalui Palestinian Liberation Organisation (PLO). Hanya gambar pemimpin PLO sahaja yang boleh ditonjolkan. Ini menyebabkan sebahagian daripada penunjuk perasaan itu tercengang-cengang dan sebahagiannya patah hati.

Tunjuk perasaan anjuran badan bukan kerajaan itu bertujuan mengutuk serangan Israel di Gaza yang mengorbankan ratusan dan mencederakan ribuan orang awam yang tidak bermaya melawan senjata canggih Israel..

Memang tidak dapat dinafikan dalam sesebuah Negara itu memerlukan suatu penyelarasan kebangsaan dan dalam kes Palestin PLO. Ianya ibarat pihak berkuasa dalam sesebuah Negara. Dalam kes ini disebut sebagai Palestian Authority. Segala bantuan kewangan harus diberikan melalui PLO dan bukan langsung kepada Gaza.

Masalahnya, umum mengetahui bagaimana PLO dan Hamas masih belum dapat bekerjasama dalam membantu Palestin dan berlaku perebutan kuasa yang ketara antara mereka. PLO lebih cenderung pendekatan kebangsaan dan Hamas lebih kepada pendekatan Islam. PLO mendapat sokongan Amerika sedangkan Hamas mendapat sokongan daripada Iran. Dan Hamas terpilih secara demokratik melalui sistem pengundian rakyat yang sah. Suatu sistem yang memang digalakkan oleh Amerika.

Hamas merupakan parti politik yang menguasai Gaza yang mengambil sikap keras terhadap Israel. Isreal dan Amerika mengetahui persengketaan ini dan berperanan memecahbelahkan mereka. Tidak banyak yang dilakukan oleh PLO apabila Gaza diserang Israel, sepertimana sikap Negara-negara Arab yang lain seperti Saudi, Mesir dan Jordan. Masing-masing menjaga kepentingan ‘perut’ sendiri dengan tidak peduli terhadap jiran seagama dan sebudaya !!.

Amat menyedihkan sekali sikap Duta di Kuala Lumpur ini. Ini bukan pertama kali saya berhadapan masalah dengan beliau. Saya pernah didatangi oleh beberapa pemuda Palestin untuk mendapatkan rawatan perubatan akibat terkena peluru tentera Israel. Mereka terkena senjata kimia yang memberikan kesan kepada tulang mereka. Mereka datang dari jauh untuk memohon rawatan perubatan tetapi ini di halang oleh Duta Palestin.

Kata Duta itu mereka ini merupakan penjenayah dan bukannya pejuang. Saya bernasib baik mempunyai adik ipar Palestin yang bertutur bahasa Arab dan beliau menjelaskan kepada saya keadaan sebenarnya. Saya syaki mereka ini penyokong Hamas.

Tetapi Duta ini begitu amat marah sekali kerana organisasi yang saya pimpin, MSRI (Malaysian Sociological Research Institute) membiayai sebahagian daripada proses rawatan itu. Beliau sebaliknya membuat laporan polis terhadap mereka dan menyebabkan pemuda-pemuda ditahan polis untuk beberapa minggu dan kemudian dibebaskan sebab tiada kes jenayah.

Saya juga mempunyai pengalaman yang sama dengan Duta Palestin dari PLO sebelumnya, Ahmad Al Farra. Beliau juga mempunyai sikap yang demikian. Kalau bercakap memang hebat tetapi saya kurang yakin dengan kehidupan pribadinya yang kaki ….. dan kaki ...... Oleh sebab itu kami dalam MSRI membuat keputusan segala bantuan kemanusiaan harus di salurkan terus kepada mangsa di khemah pelarian di Lubnan dan bukan kepada Duta yang saya sangsi samada wang tersebut digunakan sewajarnya.

Kami telah membina sebuah Pusat bantuan kemanusiaan yang lengkap dengan tadika kanak-kanak dan kelas asas, klinik pergigian, kelas computer dan pusat jagaan kanak-kanak. MSRI juga membantu 300 anak-anak yatim Palestin dengan mendapatkan dana melalui ibu bapa angkat di Malaysia.

Semasa saya menjawat jawatan exco pergerakan pemuda UMNO Kebangsaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Mohd. Najib, saya masih ingat bagaimana Dato’ Nazri Tan Sri Aziz yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO dan memegang jawatan biro antarabangsa pemuda membuat hubungan dengan Hamas yang ketika itu belum begitu dikenali disini. Ini merupakan hubungan awal yang pernah saya ingat. Tetapi saya lihat Pemuda UMNO yang ada sekarang ni di bawah pimpinan Hisham atau Khairy, saya pun tak pasti, tidak mengambil tindakan berkesan yang boleh diharapkan.

Saya berpendapat kerajaan Malaysia tidak harus menutup pintu kepada Hamas. Mereka terlibat langsung dalam tindakan zalim Israel ini. Saya percaya mereka benar-benar menggunakan segala wang bantuan untuk kebajikan rakyat Gaza. Ini tidak bermakna PLO diketepikan. Saya sedar dari segi hubungan diplomatik memang agak sukar, tetapi kita harus lebih realistic dalam menghadapi suasana sebenar.


Saya yakin, apapun yang berlaku mengenai pertelagahan ini tidak akan mengurangkan sokongan dan bantuan kita kepada perjuangan rakyat Palestin yang sedang bermandi darah. Kita harus terus membantu dalam pelbagai cara tanpa mengira mereka muslim atau kristian. Kezaliman sedang berlaku dan ini mesti dihentikan. Saya kagum dengan cara bekas Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjuang untuk rakyat Palestin pada umurnya yang sudah mencecah 83. Beliau menggunakan segala saki baki tenaga, suara dan pengaruhnya untuk menyedarkan dunia antarabangsa terhadap kezaliman Israel dan Amerika Syarikat.

Suara Anwar Ibrahim lebih kuat dan lantang. Inilah masa dunia memerlukan suara Anwar yang tergolong dalam 100 orang yang berpengaruh di dunia oleh Majalah Time untuk memberitahu Amerika agar berhenti menyokong Israel dari menganyang Palestin. Anwar memang ada bersuara, tapi nampak macam lebih kurang aje..

5 comments:

redbox said...

mana nye tak kata anwar tu 100 orang plg berkuasa di dunia..dah mmg geng2 sendiri yg tulih..vote2 kawan sendiri lah....tgk dia gang sapa..kan se kem dgn israel...so...jgn la harap nak suh si nuar tu nak kondem...dia pun nak jaga isi perut hati kengkawan dia...klau bersuore pon...setakat ala kadar nak tambat hati pengundi kuala terengganu la gamak nye....so x yah la nak mengharap pd barua israel ni.... ha dlm paper israel n us pun diorg sokong nuar jadik Pm malaysia....uish...

tu si hisham n kj tu...jgn buat tak tau jek....gi terus kat hamas...bak kata classmate sy yg berbangsa yemen...pemimpin2 arab byk nye gitu..takut sgt pd US..

Anti-Zahid said...

The resemblance with Melayu in Malaysia is uncanny

Kamarulzaman Kamdias said...

Dato,
Tulisan yg luhur dan realistik..tahniah. Mohon juga pautkan blog saya kkamdias.blogspot.com/kepal nasi, kepal beras ke blog Dato.

Unknown said...

Ternyata krisis dalaman sesuatu negara, kalau tak diatasi pasti akan mengundang pihak ketiga untuk campurtangan dan mengambil kesempatan. Inilah yang berlaku dalam isu Palestin.

ALAM said...

Dato' baru kenal anuar ka..
mana boleh kata apa...
dah terima dana yahudi untuk jatuhkan islam