Tuesday, March 31, 2009

TUN PERAK MUNCUL DI BUKIT GANTANG


ORANG UMNO TAK BACA HIKAYAT HANG TUAH
1. Anwar Ibrahim berkata dalam ceramahnya di Kg. Acheh, Bukit Gantang pada 19 Mac 2009 yang lalu bahawa Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak bukan Hang Tuah atau Hang Jebat seperti yang digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah. Ini kerana Hang Tuah adalah seorang yang setia membuta tuli dengan dialog ‘pantang Melayu derhaka’ dan Hang Jebat seorang yang derhaka kepada raja dan membunuh rakyat jelata dengan slogannya ‘Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah’.

2. Beliau menyamakan Nizar dengan Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456-1498) yang memainkan peranan sebagai penasihat kepada Raja. Ini bagi maksud mempertahankan tindakan Nizar dan Karpal Singh untuk mencabar keputusan Sultan Azlan Shah dalam memilih kerajaan dan Menteri Besar yang baru menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat.

3. Menurutnya apabila Raja menitahkan Tun Perak supaya membunuh Laksmana Hang Tuah kerana difitnah berzina dengan gundek Raja, Bendahara Tun Perak telah bertindak menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka. Ini menyebabkan Hang Jebat mengamuk dan derhaka kepada Raja dengan menduduki istana, berzina dengan gundek Raja, termasuk Dang Anum serta membunuh rakyat jelata.

4. Raja kemudiannya bersedih hati dan menyesal kerana menitahkan Bendahara Tun Perak ‘membunuh’ Hang Tuah. Disinilah Bendahara Paduka Raja Tun Perak ‘mohon sembah derhaka’ kerana tidak melakukan titah seperti yang diarahkan. Hang Tuah keluar dari penyembunyian untuk membunuh saudaranya Hang Jebat.

5, ‘Sembah derhaka’ inilah menurut Anwar yang dilakukan oleh Nizar kepada Sultan Perak apabila baginda menitahkan supaya Nizar meletakkan jawatan dan memilih Dr. Zambri Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru akibat Pakatan Rakyat kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri.

6. Anwar menyindir dan memperlekehkan ahli-ahli dan ketua cawangan UMNO yang yang hadir kononya tidak membaca Hikayat Hang Tuah. Menurutnya, orang yang menuduh Nizar sebagai derhaka kepada Raja adalah fitnah yang jahat.

7. Sebenarnya Anwarlah yang harus membaca kitab tersebut dengan teliti dan membuat kiasan yang tepat daripada membuat perbandingan-perbandingan yang salah. Cerita Anwar tidak lengkap.

8. Pertamanya, Sultan Azlan Shah, Sultan Perak tidak tepat dibandingkan dengan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang ke 8 dan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1528) bukan merupakan Raja yang pintar dan cerdik seperti Sultan-sultan yang terdahulu daripadanya, seperti Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda adalah merupakan sultan yang kejam dan zalim kepada rakyat. Ini terbukti seperti yang terdapat dalam syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang yang gagal itu.

9. Sultan Azlan adalah seorang Raja yang adil dan cukup tinggi ilmu serta pengalaman memerintah. Beliau adalah bekas Ketua Hakim Negara yang amat disegani dan dihormati baik dalam dan luar negara. Pendiriannya sering berkecuali dalam politik melainkan apabila baginda merasakan Bangsa dan Agamanya mulai terancam. Bukankah ini peranan yang harus dimainkan oleh seorang Raja sebagai pelindung kepada Bangsa dan Agama kaumnya.

10. Dalam krisis di Perak, Baginda bukan sahaja berperanan sebagai Raja tetapi juga sebagai Hakim yang adil dengan menemuduga satu persatu wakil-wakil rakyat yang tidak lagi dapat bersama dengan Pakatan Rakyat. Setelah berpuas hati barulah baginda melaksanakan peraturan seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh Negeri Perak.

11. Dalam Hikayat Hang Tuah, Tun Perak yang menasihatkan Raja, tetapi di negeri Perak, Sultan yang menasihatkan Nizar supaya menjaga kepentingan Agama, Raja dan Bangsa. Bukankah Nizar yang membuka laluan kepada kaum lain bagi meratah kepentingan bangsanya.

12. Baginda sudah mengingatkan Nizar berkali-kali supaya menjaga kepentingan tersebut, tetapi demi kepentingan sokongan kerusi dari bukan Melayu, khususnya DAP, maka Nizar membuka segala-galanya dengan sombong dan wajah yang angkuh. Peringatan Sultan langsung tidak diindahkan. Bagi PKR, nama kalimah ‘Allah’ pun boleh diperkongsi oleh agama-agama tok pekong yang lain.


13. Nizar bukan Tun Perak, kerana Tun Perak adalah merupakan Bendahara Paduka Raja yang setia, pintar dan menjadi penasihat yang dihormati oleh Rajanya. Tun Perak bertanggungjawab melindungi kepentingan baginda dan rakyat daripada pelbagai ancaman dan fitnah. Sedangkan Nizar seorang yang ingkar terhadap perintah Raja dan membenarkan pihak luar menderhaka kepada Raja hanya kerana kepentingan peribadinya terhakis.

14. Jika Tun Perak disuruh meletakkan jawatan sebagai Bendahara Raja maka beliau pasti akan berbuat demikian. Dia lebih sayang kepada Hang Tuah daripada dirinya sendiri. Sebab Hang Tuah adalah simbol pertahanan dan kekuatan negara.

15. Sebaliknya, Nizar ingkar dan menubuhkan kerajaan pasola di bawah pokok di Negeri Pasir Berdengung. Bila Nizar ‘mohon sembah derhaka’ maka beliau telah membuka pintu untuk kaum-kaum minoriti terutama Karpal Singh untuk menyaman Sultan Azlan ke mahkamah. Anwar kata itu merupakan hak demokrasi yang harus dihormati.


16. Kesimpulannya, di Perak, Raja yang melindungi dan menasihati Nizar. Sultan Azlan adalah Raja dan sekali gus berperanan sebagai Tun Perak dari segi pandangan jauh, ilmu dan kecerdikannya yang umum mengetahui.

17. Melaka jatuh di tangan Portugis kerana pengkhianatan dari dalaman. Jika Perak jatuh ketangan orang lain dan rakyat tidak lagi hormat kepada Raja, maka ia adalah akibat dari slogan kedaulatan rakyat yang secara halus menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu yang ditaja oleh Anwar Ibrahim. Apakah kita sudah bersedia untuk menerima konsep Malaysian Malaysia yang lama diimpikan dan diperjuangkan oleh DAP selama ini?

18. Sebenarnya jika mengikut Hukum Kanun Melaka, mereka yang derhaka dan khianat kepada Raja, bangsa dan agamanya, maka hukumannya…..sendiri carilah..









Sunday, March 29, 2009

DEBARAN YANG TERJAWAB





MINGGU YANG PENUH PERISTIWA

Dua peristiwa penting berlaku sepanjang minggu lalu. Pertama Perhimpunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang berlangsung pada 22 Mac di Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar dan kedua, Perhimpunan Agung UMNO di PWTC dari 24 hingga 28 Mac 2009.

2. Saya terlibat sebagai pengerusi penganjur dalam perhimpunan PERKASA dan selaku perwakilan Gombak dalam perhimpunan agung UMNO.

3. Pada 24 Mac jam 2.15 petang pula saya diundang oleh Radio 24 Bernama untuk menghadiri temuramah siaran langsung mengenai perkembangan politik tanah air. Saya meninggalkan pesanan kepada para perwakilan UMNO supaya membuat pilihan kepimpinan yang tepat dalam Persidangan Agung UMNO yang berlangsung. UMNO akan hancur sekiranya perasuah dipilih. Banyak juga respon yang baik daripada pendengar yang sempat mendengar siaran yang hampir satu jam itu.

4. Bagi saya kedua-dua pertubuhan ini ditubuhkan bagi maksud memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu dan Pribumi yang merupakan tonggak kekuatan serta kestabilan Malaysia. Perkasa sebagai pendesak dan UMNO sebagai Pelaksananya.

5. Keletihan badan akibat penganjuran program PERKASA rasa hilang akibat dibajai fikiran dan semangat tentang perjuangan bangsa dan agama. Lagi pun seronok bertemu dengan kawan-kawan lama dalam pelbagai kedudukan dan jawatan setelah sekian lama saya tidak menghadirkan diri ke Persidangan Agung UMNO di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

6. Saya sempat merayau ke gerai-gerai yang nyata kemas dan tersusun atur di dalam dan luar bangunan PWTC. Banyak sekali barang jualan ‘produk Melayu’ secara kecil-kecilan dipamirkan. Suatu yang ketara ialah tidak ramai orang yang membeli belah. Ramai yang hadir semata-mata untuk mengikuti persidangan yang penuh debaran peralihan kuasa. Mungkin kerana kemerosotan ekonomi dan kekurangan kuasa beli.

7. Saya sempat singgah beberapa gerai-gerai buku untuk mendapatkan naskah untuk koleksi peribadi. Persidangan kali ini banyak dibekalkan dengan buku-buku politik, maklumat institusi dan agama yang diberikan kepada para perwakilan.

8. Tetapi di salah satu gerai yang menarik perhatian saya ialah gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia. Banyak buku-buku bernilai yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dengan baik. Antaranya tulisan Edward Said, John Esposito dan lain-lain.

9. Saya tertarik kepada naskah Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia dari tahun 1791 – 1965. Saya banyak membaca tentang wujudnya perjanjian-perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan penjajahan Inggeris yang menyebabkan negara ini tergadai. Namun melalui pembacaan buku ini saya dapat merasakan bagaimana mudahnya bangsa Melayu dipermainkan akibat kekurangan pendidikan dan desakan wang dan mungkin ugutan.

10. Antara perjanjian yang paling ketara ialah Perjanjian antara Great Britain dengan Johor, 1824. Sultan Hussain Muhammad Shah hanya menerima sejumlah wang sebanyak 33,200 dolar Sepanyol bersama gaji baginda sepanjang hayat sebanyak 1,300 dolar Sepanyol sebulan untuk menyerahkan Pulau Singapura bersama-sama laut, selat dan pulau-pulau kecil bersebelahannya dalam lingkungan sepuluh batu geografi dari pantai pulau utama Singapura.

11. Kesannya sampai sekarang. Kita kalah dalam pertarungan Pulau Batu Putih dalam tuntutan mahkamah antarabangsa. Sedihkan?

12. Persidangan UMNO dipenuhi dengan rasa cemas dan gelisah tentang bagaimana keputusan yang bakal dibuat oleh perwakilan mengenai pemilihan kepimpinan negara. Sambutan para pemerhati luar terhadap persidangan kali ini cukup luar biasa. Begitu ramai sekali yang hadir hingga setiap laluan menjadi sesak. Ternyata keputusannya tidak mengecewakan. Najib-Mahyuddin terpilih sebagai gandingan mantap UMNO menghadapi cabaran politik baru.

13. Saya juga kecewa dengan ucapan-ucapan perwakilan yang ternyata merosot kualiti perbincangannya berbanding yang pernah saya dengar di era Mahathir-Anwar sebagai pimpinan UMNO. Banyak isu-isu penting tidak dibentangkan dengan baik dan tersusun. Tetapi ada juga pengubatnya apabila mendengar ucapan-ucapan daripada sahabat-sahabat lama seperti Zubir Embong dari Terengganu, Man Pen dari Kedah dan Shafie Afdhal yang menang Naib Presiden dari Sabah.

14. Namun pujian harus diberikan kepada Setiausaha Agung UMNO kerana persiapan perjalanan mesyuarat UMNO begitu kemas dan profesional sekali. Saya tertarik dengan persiapan pentas utama dan persekitaran dewan serta penggunaan teknologi maklumat yang canggih. UMNO sudah di ‘rebranding’ dari segi imej dan pakej luarannya. Yang perlu disegerakan adalah perangai pemimpin dan ahli-ahlinya. Disinilah program latihan UMNO perlu disegerakan.


15. Saya sempat juga singgah ke kamar Datuk Ali Rustam untuk bertanya kabar tentang bagaimana reaksi beliau selepas tidak dibenarkan bertanding oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO. Saya pernah bersama Ali semasa dalam Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk memberi laluan kepada beliau sebagai Presiden MBM dan saya selaku Setiausaha Agung.

16. Beliau ternyata kecewa tetapi berikrar akan meneruskan perjuangannya bersama-sama UMNO. Saya menasihatkan beliau supaya mengawal pengikut-pengikutnya supaya jangan membuat apa-apa tindakan yang boleh memburukan lagi keadaan. Nampaknya nasihat ini berkesan.

17. Saya juga tidak terkejut dengan kemenangan Khairy Jamaluddin kerana beliau seorang yang pintar berpolitik walaupun caranya agak kasar. Beliau yang mengaturkan agar Khir Toyo harus berperanan sebagai pemecah undi antara beliau dan Mukhriz. Khir sedar yang Khairy tidak mungkin memberi laluan bersama Mukhriz. Namun demikian, Mukhriz punyai kelemahan tersendiri.

18. Banyak rungutan didengar selepas kemenangan Khairy antaranya taburan wang sogokan di saat akhir dan sebagainya. Beliau juga merupakan calon yang tidak popular di kalangan rakyat dan ahli-ahli UMNO. Ini terbukti apabila beliau sering di ‘boo’ oleh perwakilan dan pemerhati apabila setiap kali namanya disebut oleh para pembahas atau pengerusi mesyuarat. Tetapi lebih 40% perwakilan pemuda memilih beliau.

19. ‘Surprised entry’ Tun Mahathir merupakan hadiah dan pengsahan terhadap kepimpinan Najib-Mahyuddin. Kehadiran tiba-tiba beliau memberikan suntikan baru pada UMNO terutama apabila Tun, Pak Lah dan Najib sebaris diatas pentas bermaaf-maafan dan berpelukan. Beliau dikatakan akan masuk UMNO dibawah kepimpian Najib-Mahyuddin. Namun beliau dikatakan meletakkan syarat. Saya rasa antara syaratnya adalah beliau tidak mahu melihat pemimpin yang rasuah dipilih dalam barisan cabinet Najib yang baru.


20. 29 Mac merupakan penamaan calon bagi Bukit Selambau di Kedah, Bukit Gantang di Perak dan Batang Ai di Sarawak. Pilihanraya kecil ini amat menarik kerana ia merupakan satu ujian bagi UMNO dan Barisan Nasional selepas dipimpin oleh satu saf baru yang dikehendaki oleh Najib.

21. Jika BN kalah maka ia menunjukkan rakyat tidak mempedulikan apa yang berlaku dalam persidangan UMNO. Rakyat sudah berpatah arang dengan UMNO. Tetapi jika BN menang, maka Pakatan Rakyat terutama pemimpinnya, Anwar Ibrahim akan menghadapi suatu masadepan yang gelap dalam percaturan politik yang akan datang.






Tuesday, March 24, 2009

TUN M: UBAH SEBELUM TERLAMBAT

UCAPAN
YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA
DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR
PADA HARI AHAD, 22 MAC 2009-
JAM 10.00 PAGI


--------------------------------
1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.

2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.

3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.

4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.

5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.

6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.

7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.

8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.

9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.

10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.

11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.

12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.

13. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.

14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.

17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.

18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.

19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.

20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.
21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang kena akan terus kena.

22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.

23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.

24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.

25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.


“Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.”

26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.

27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.

28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.

29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.

30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.
31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.

32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging babi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.

33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.

34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.

35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.

36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.

37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.

38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penaung.

39. Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.

40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.

41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.

42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.

43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.

44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.

45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.

46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?

47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.

48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.

49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.

50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.


51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.

52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.

53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.

54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.

55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.

56. Itulah kenyataan yang sebenar.

57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.

58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.

59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.

60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.

61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?

62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?

63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.

64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.

65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.

66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.

67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.

68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.

69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.

70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?

71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.

72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.

73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.

74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.

75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.

76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.

77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.

78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.

79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.

80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.

81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.

82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.

83. Malu kata mereka.

84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.

85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.

86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.

87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.

88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.

90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.

91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.

92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.

93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.

94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.

96. Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.

97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.

98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.

99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.

100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.




****















PERTAHAN KEDAULATAN MELAYU / ISLAM



PERISYTIHARAN
25 RABIUL AWAL 1430 / 22 HB MAC 2009
PERSIDANGAN KEMUNCAK PRIBUMI NEGARA
KUALA LUMPUR

‘Dengan nama Allah Yang Pemurah dan Penyayang’

ان الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفاكأنهم نبينامرصوص



Sesungguhnya Allah amat menyukai orang–orang yang berjuang di jalannya dalam barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun kukuh (Ash-Shaff : 4)

BAHAWASANYA, Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada – 25 Rabiul awal 1430 / 22 hb Mac 2009 yang dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan disertai 1500 orang perwakilan dari 60 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di peringkat Kebangsaan dengan ini telah bermuafakat untuk menyatakan pendirian bersama :



1. MENGULANGI dan memperkukuhkan pendirian bagi mempertahankan Kenyataan Khas Majlis Raja-Raja Melayu ke 215 (16 Ogos 2008) berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut perlembagaan persekutuan.

2. MENYERU semua pemimpin kaum pribumi mengambil usaha bersungguh-sungguh bagi memperkukuhkan ikatan perpaduan dan ukhuwah kaum Melayu dan pribumi sebagai teras perpaduan dan keharmonian bangsa Malaysia serta berperanan mengekalkan kestabilan sebagai tanggungjawab bersama.

3. MENGGESA semua pihak termasuk parti siasah dan badan bukan kerajaan agar mengakui dan menerima peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan pribumi serta kepentingan-kepentingan sah kaum lain dan menentang sebarang pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan kaum Melayu dan Pribumi dalam perundangan dan perlaksanaan.



4. MENGESYORKAN agar pihak berkuasa mengambil langkah memperkasakan peruntukkan mengenai hal-hal Islam dalam perlembagaan serta menolak sebarang provokasi mana-mana pihak bagi maksud penyamarataan, pencerobohan tauhid dan gagasan pluralisme agama yang bercanggah dengan Perlembagaan negara.


5. MENCADANGKAN agar kedudukan Tanah Simpanan Melayu (TSM) dimasukkan dibawah perlindungan Raja-Raja Melayu melalui pindaan kepada perkara 159 fasal 5 dan perkara 10 fasal 4. Ini bagi mempastikan agar tidak berlaku penghakisan dan penghapusan Tanah Simpanan Melayu secara berterusan tanpa sebarang gantian yang wajar.

6. MENGGESA semua pihak supaya menghormati semangat Perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan yang secara langsung atau tidak langsung menjejas dan menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan media pengajaran dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

7. MENGGESA pihak kerajaan pusat dan negeri mengubal langkah-langkah strategi dan inovasi serta pengawalan dan pencegahan dalam memastikan Pribumi bukan sahaja mampu menghadapi situasi krisis ekonomi semasa, bahkan pencapaiannya terus dipertingkatkan bagi mempastikan Pribumi mampu bersaing dalam perubahan lanskap ekonomi dunia yang semakin liberal dan global.

8. MENGGESA pihak yang bertanggungjawab agar merangka pelan-pelan dan jangkamasa tindakan serta pengukuran kejayaan terhadap usaha-usaha memperkasakan hak-hak istimewa Bangsa Melayu dan Pribumi serta mendapatkan pandangan dan maklum balas dari Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu selaku Penaung dan Penasihat, dan melaksanakan semua pelan-pelan tindakan ini sehingga berjaya.


9. MENYERU supaya digabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan-pertubuhan Melayu, Pribumi dan Islam dalam suatu saf gerakerja yang lebih tersusun dan berkesan untuk memperjuangkan suatu pembentukan pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan Kedaulatan Melayu, Pribumi dan Islam dalam perlembagaan dan perlaksanaan.

10. MENGGESA kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif yang telah disepakati, bagi tujuan kepentingan politik dan kumpulan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak daripada gangguan-gangguan individu atau kumpulan yang bertindak diluar batas dan peruntukan perlembagaan negara.


Bahawasanya perhimpunan ini berikrar akan mempertahan dan memperjuangkan perisytiharan di atas demi kepentingan dan kesinambungan generasi Melayu dan Pribumi yang akan datang sebagai kaum majoriti asal yang sah menurut sejarah dan perlembagaan. Perpaduan kaum Melayu dan Pribumi adalah teras kepada kestabilan rakyat Malaysia seluruhnya.

Kita Mengusahakan, Semoga Allah menyempurnakan.


Sekian.



(Program Perkasa ini dibahagikan kepada dua sessi. Sebelah pagi bermula Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara mulai jam 9.45 pagi yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang dengan Amanat YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebelah petangnya mulai jam 2.00 petang bermula Persidangan Kemuncak Pribumi yang dihadiri oleh 66 badan bukan kerajaan dengan kehadiran 1,500 peserta yang berdaftar. Diakhir persidangan tersebut, ketua penerangan PERKASA, Datuk Ruhanie Ahmad telah membacakan Perisytiharan 10 perkara diatas.) - Semua photo di atas adalah dengan ihsan Minaq Jinggo. Terima Kasih.

Thursday, March 19, 2009

PERSEPSI UMNO PARTI KORUP



DUA TOKOH Phd DALAM SATU PLATFORM
Seronok melihat perbincangan antara dua tokoh UMNO yang akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO dan seorang lagi untuk jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mereka adalah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Jabatan Perdana Menteri dan Dr. Mohd Puad Zarkashi, ahli parlimen Batu Pahat. Dua tokoh politik yang mendapat ijazah doctor Phd dalam bidang masing-masing.

Petangnya saya menerima mesej pesanan ringkas (sms) dari penyokong masing-masing sebagai promosi supaya para perwakilan UMNO menonton siaran program Agenda Awani yang disiarkan mulai jam 8.30 malam melalui Astro Awani saluran 501.

Ianya dipengerusikan oleh penganalisa terkenal Suhaimi Sulaiman bersama-sama tiga tetamu yang dijemput untuk bertanyakan soalan. Tajuknya “Persepsi UMNO Parti Korup”.

Tajuknya agak berat kerana ia bukan sahaja memerlukan gabungan kepakaran ahli media dan pakar mass psychology untuk menganalisanya, tetapi juga pakar bedah politik yang mampu meneropong penyakit UMNO dari dalam.

Bila kita bercakap soal 'perception' atau 'tanggapan' sebenarnya kita berbicara tentang sikap atau pemahaman yang diperolehi oleh orang ramai berdasarkan apa yang mereka perhatikan, dengar atau fikirkan. Ertinya, sesuatu tanggapan itu dibuat berasaskan imej yang dilihat oleh rakyat atau yang ingin dilihat oleh pemimpin.

Biasanya tanggapan terhadap imej itu hanya dapat dinilai secara luaran dan jarang dapat menerobosi intipati yang sebenarnya. Dengan yang demikian lahirlah syarikat konsultan yang menguruskan khusus tentang pembinaan imej luaran seseorang pemimpin supaya disenangi rakyat. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar dunia termasuk Barack Obama yang memenangi presiden dalam Pilihanraya Amerika Syarikat yang lalu.

Tanggapan atau persepsi yang negatif terhadap seseorang atau parti boleh membawa kepada hilangnya kepercayaan seterusnya sokongan terhadap mereka yang berkenaan. Ini disebut sebagai ‘krisis kepercayaan’ seperti yang dihadapi oleh UMNO dalam pilihanraya ke 12 yang lalu. Inilah yang paling ditakuti oleh ahli-ahli politik atau pun artis-artis popular.

Tetapi harus diingat sesuatu tanggapan atau persepsi itu tidak semestinya benar. Melihat seseorang itu berimejkan agama tidak semestinya itu merupakan keadaan dalaman beliau sebenarnya.

Begitu jua persepsi terhadap keburukan seseorang itu tidak semesti sifatnya demikian. Ada juga orang yang berimejkan agama melakukan kerja-kerja setan dibelakang rakyat. Tetapi dikaca mata rakyat tokoh ini pejuang kerana itulah persepsi yang dilihat. Yang tertipu adalah rakyat, sebab namanya pun rakyat yang didorong ke hulu ke hilir lantaran terpesona pukauan pemimpin !!.

Berbalik kepada perbincangan Astro Awani tadi saya merasakan Dr. Mohd Puad Zarkashi berjaya mengupas tajuk ini dengan baik dan petak sekali. Beliau ternyata sekali memonopoli perbincangan dan menjadi rujukan daripada penal yang lain. Dr. Mohd Puad berpendapat bahawa soal korupsi adalah penyakit manusia dalam mana parti politik sekalipun, samada dikalangan parti pemerintah atau parti pembangkang.

Tetapi disebabkan UMNO telah begitu lama berkuasa dan UMNO mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli parti yang melakukan rasuah maka UMNO yang yang menjadi tumpuan terhadap persepsi yang negatif ini.

Saya pernah bertanya kepada Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam perbincangan dengan ahli jawatankuasa PERKASA beberapa hari yang lalu tentang tidakkah kekerapan bercakap soal membersihkan UMNO akan menyebabkan usaha memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO semakin sukar.

Tun Mahathir menjawab lebih sukar lagi untuk kita memulihkan UMNO sekiranya orang yang rasuah dan korup dipilih dan menang dalam pemilihan UMNO yang akan datang ini.

Lebih baik kita bercakap mengenainya supaya menjadi panduan kepada perwakilan. Tetapi setelah kita bercakap, orang yang rasuah masih menang, maka sekianlah sahaja tamatnya riwayat UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Saya amat tertarik apabila Dr. Mohd Puad mempunyai kesimpulan yang hampir sama dengan Lord Acton yang menyatakan “power is corrupt, absolute power corrupt absolutely..” Mungkin kerana begitu lama UMNO berkuasa dengan menguasai 2/3 majoriti dewan maka kurangnya berlaku timbang tara dikalangan ahli dewan parlimen dan ditambah keangkuhan dan perlakuan individu yang tamak dan rakus mengaut harta sebaik sahaja memegang kuasa.

Disamping itu juga peranan pemimpin dan parti pembangkang yang berterus-terusan mengeksploitasi persepsi korup terhadap imej pemimpin parti yang di lawan juga memberikan kesan yang besar terutama dalam kebebasan media tanpa sempadan melalui blog, website, forum letronik dan sebagainya.

Dr. Mohd Puad mencadangkan supaya pemimpin melihat penglibatan mereka dalam politik sebagai satu ibadah atau pengabdian diri kepada Allah swt. Beliau juga menyebut pentingnya jati diri dan budaya mendasari pemimpin politik UMNO.

Bagi saya ini merupakan fakta terpenting beliau yang mencerminkan latarbelakang beliau yang meminati agama dan penyertaannya dalam PAS sebelum menyertai UMNO. Beliau memberikan contoh-contoh pemimpin yang berjaya dalam sejarah Islam seperti Omar Abdul Aziz dan sebagainya. Ini mengingatkan saya ulangan matapelajaran kertas am yang pernah diajarkan kepada anak-anak muridnya dulu.

Mohd Puad adalah seorang bekas pemimpin pelajar di Universiti Malaya yang amat meminati Haji Hadi Awang. Beliau antara orang yang awal bersama penulis akhbar Watan, Subky Latif, yang mempopularkan istilah ‘Tuan Guru’ kepada Hadi Awang.

Haji Hadi ketika itu merupakan pemimpin PAS Terengganu yang terkenal dengan ‘fatwa takfir’ terhadap UMNO. Semasa dalam ABIM, Haji Hadi yang juga pernah memimpin ABIM Terengganu adalah salah seorang yang tidak disenangi oleh Anwar Ibrahim lantaran sikap tegasnya dalam menghukum.

Mohd Puad juga pernah menjadi guru sementara di Yayasan Anda Akademik dan pernah memakai serban semasa majlis-majlis usrah dan qiamulail untuk pelajar-pelajar Yayasan Anda, sebuah sekolah swasta yang di asaskan oleh Anwar Ibrahim.

Beliau sering berdebat dengan saya pada sekitar pertengahan tahun 80an kerana sokongan saya terhadap UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa dan agama. Mohd Puad cuba mengajak pelajar-pelajar Yayasan Anda ketika itu menyokong PAS.

Kini saya berbangga kerana Mohd Puad yang saya kenali dahulu berada dipentas yang berlainan tetapi mempertahankan prinsip yang sama yakni untuk membersihkan UMNO daripada tanggapan korup oleh masyarakat. Beliau menganggap penglibatannya ini sebagai satu ibadah, satu kenyataan yang belum saya dengar dari calon-calon MT yang lain.

Beliau adalah antara ahli parlimen yang rajin bercakap dalam dewan dengan ‘homework’ yang disediakan lebih awal. Bagi saya Dr. Mohd Puad layak dan wajar diberi peluang untuk memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO kali ini.


Saya juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan saya terhadap sahabat saya Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ternyata hambar, kontang idea dan tenggelam dalam kepetahan Dr. Puad..

Saya kecewa seorang yang berpengalaman seperti Dr. Zahid ternyata lemah sekali dalam berhujah dan inilah juga tanggapan ramai terhadap Dr. Zahid seperti yang disampaikan oleh kawan-kawan saya.

Beliau menyebut berkali-kali tentang perlunya beliau menang untuk membolehkannya membuat perubahan dan rombakan terhadap sistem politik UMNO di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Nampak macam beliau ‘enjoy’ menyebut hubungan baiknya dengan Najib.

Dr. Zahid berjanji untuk membuat kursus-kursus untuk mendidik ahli-ahli UMNO sekiranya beliau menang. Soalnya beliau telahpun berkuasa sekian lama dan menjadi ahli majlis tertinggi yang paling atas melalui persepsi ahli-ahli UMNO yang tinggi terhadap beliau.

Dr. Zahid gagal mengupas tajuk ini dengan bernas dan petah. Beliau nyata teragak-agak dan khayal dalam kelancaran Dr. Mohd Puad. Ini jelas apabila ditanya oleh salah seorang ahli penal mengenai bagaimana Islam boleh membenteras rasuah, beliau menjawab, “semua agama menganggap rasuah itu haram” dan “kita kena melakukan kaedah face to face untuk mencegah rasuah”. Full Stop.

Tercenggang saya akan jawapan beliau. Saya amat mengharapkan seorang yang keluar dari
Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dapat memberikan huraian Islam mengenainya, ternyata hampa. Tidak terserlah keintelektualannya.

Salah seorang kawan saya yang bekerja di media letronik memberikan komennya bersahaja. “Mungkin tajuk itu terlalu berat dan beliau ada 'baggage' yang dibawa”. Begitu mendalam mesej beliau, namun saya menjangkakan Dr. Zahid akan menang salah satu daripada jawatan Naib Presiden yang ditandinginya. Jika tidak siapa lagi yang tinggal dalam UMNO, Hishamuddin ?



Sunday, March 15, 2009

Poll: Malaysians want say in Umno leadership



MAHYUDDIN FAVOURED CANDIDATE FOR DEPUTY


©The Nut Graph (Used by permission)
by Deborah Loh

PETALING JAYA, 12 March 2009:
A survey has confirmed what most Malaysians can only talk about — that citizens of all races want a say in deciding Umno's top leadership because the party's leaders become the country's leaders.

An opinion poll by Merdeka Centre for Opinion Research shows that 79% of those surveyed want Umno delegates to take the views of Malaysians into consideration when voting for the Umno leadership.

Only 16% of those polled from 4 to 16 Feb felt that the Umno elections are an internal affair.The poll was conducted among 1,031 registered voters in Peninsular Malaysia.

Of this, 57% were Malay Malaysians, 31% Chinese Malaysians and 12% Indian Malaysians.

Should the people have a say in Umno's elections?

79% Yes, Umno should consider the people's views
16% No, party elections are an internal matter

Popular leaders

The poll also ranked the popularity of candidates running for top party positions.

Tan Sri Muhyiddin Yassin was favoured by 52% of all those polled for the deputy president's post. His rivals Datuk Seri Ali Rustam and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib came in at 11% and 7% respectively.

Among the Malay Malaysian respondents, Muhyiddin received 61% of support for the party's number two post, while Ali received 14% and Muhammad 8%.

For the vice-president's post, Datuk Seri Hishammuddin Hussein was the most popular at 17%, followed by Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi at 13% and Datuk Seri Syed Hamid Albar at 8%.

Datuk Mukhriz Mahathir was the most popular pick for the Umno Youth chief post at 58%, while support for Khairy Jamaluddin was 15%, and Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo's was 13%.

In the Wanita race, 60% preferred Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil as the movement's chief compared with incumbent Tan Sri Rafidah Aziz (27%).

Malay respondents want the Umno deputy president to be:


52% Muhyiddin Yassin

11% Ali Rustam

07% Muhammad Muhd Taib




Expectations of Umno

The survey also posed questions on what Malaysians expected of Umno, and how they viewed the party.

In total, 19% wanted Umno to treat all races fairly. Other expectations of the party were "continue to lead the country" (11%), "improve the system of governance" (10%), and "care for the people's welfare" (8%).

Among Malay Malaysian respondents, who comprised 592 of those polled, 19% wanted Umno to continue leading the nation and 15% wanted the country's administration to be further improved.


Corruption most serious issue


On issues affecting Umno, 61% of all those surveyed said corruption was the party's most serious problem.

Next was the "failure to understand the condition of the people" (13%), race-based politics (6%), and weak leadership (6%).

Those surveyed were also asked to state the kind of leadership criteria they thought Umno leaders should possess.

Top was "being just to the rakyat" at 21%, followed by being "close to the people" (11%), "honesty" (9%), "religiously educated" (8%) and "responsible and free from corruption" (5%).


Umno leaders should be:

21% just 11% close to the people
9% honest
8% religious
5% responsible and incorrupt

"This survey indicates the Malaysian public's keen interest in the Umno elections. They also have strong views about the problems affecting the party.

"They also harbour high hopes of those elected," said Merdeka Centre director Ibrahim Suffian in a press statement to release the poll findings today.

Merdeka Centre conducted the survey in collaboration with the International Islamic University ahead of the Umno general assembly and elections, which will be held from 24 to 28 March.


Sunday, March 8, 2009

MENYAMBUNG PERJUANGAN BANGSA



PERHIMPUNAN UMAT PRIBUMI

SABTU lepas jam 10.30 pagi bertempat di perkarangan Komplek Sukan Tenaga Nasional Berhad di Jalan Pantai, saya menghadiri sidang media Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengenai Perhimpunan Pribumi Perkasa yang akan diadakah pada hari ahad, 22 Mac 2009, HARI AHAD yang akan datang ini.

Sidang tersebut dipengerusikan oleh Dato’ Ibrahim Ali, Presiden PERKASA dan saya selaku timbalannya. Datuk Ruhanie Ahmad bekas ahli parlimen Johor bertindak sekali ketua penerangan. Seramai lebih kurang 50 orang ahli jawatankuasa dan wartawan hadir.


Banyak perkara yang telah dibincangkan dengan teliti bagi menjayakan perhimpunan tersebut. Tetamu utama yang yang menyampaikan ucapan adalah Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun dijangkakan akan menyampaikan ucapan yang paling penting yang ingin disampaikan terutama mengenai keadaan orang-orang Melayu.

Perhimpunan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian. Sebelah paginya ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sebelah petangnya diikuti dengan Persidangan Kemuncak Pribumi yang akan disampaikan oleh 10 pemimpin-pemimpin NGO Pribumi termasuk daripada Sabah dan Sarawak. Semua kaum pribumi dari seluruh negara dijemput hadir mulai jam 9 pagi.

Dijangkakan lebih 10,000 orang akan hadir dalam perhimpunan tersebut yang bertujuan untuk:
1. Menunjukkan Penyatuan dan perpaduan Pribumi dari pelbagai fahaman di atas perkara-perkara yang menyentuh hak pribumi dan kedaulatan Negara.
2. Mendukung dan Memperkukuhkan sendi-sendi utama perlembagaan Negara sebagai asas penyatuan rakyat Malaysia seluruhnya.
3. Mendapatkan maklumbalas serta cadangan-cadangan dari akar umbi Pribumi mengenai usaha melindungi dan memperkukuhkan hak-hak mereka dari dicabar oleh mana-mana pihak bagi maksud kepentingan sempit mereka.

MIRZA DAN FUAD
Satu perkara yang menarik adalah saya dan Encik Mirza Abdullah, pemimpin Orkestra DBKL, berjaya menyiapkan lagu rasmi PERKASA hanya dalam tempoh satu minggu. Mirza menyediakan melodi dan saya menyiapkan liriknya dalam rentak March. Agak mengembirakan apabila lagu itu diterima dengan baik oleh ahli jawatankuasa PERKASA dan dinyanyikan untuk pertama kalinya sebelum sidang akhbar bermula. Lirik lagu PERKASA adalah seperti berikut:

PRIBUMI PERKASA NEGARA

Maju langkah bersatu
Perkasa darah tubuh bangsa-ku
Jiwa nan cekal pahlawan dulu
Bina kekuatan baru

Suara anak Malaysia
Pertahan nilai bangsa mulia
Agama, Raja, Ne-ga-ra tercinta
Pribumi Perkasa Negara

CHORUS

Musuh mencabar ku gempur
Berangkai kita bersama
Walaupun -- bungaku kan gugur
Bersambung juang anak merdeka
(Merdeka !!)

VERSE

Ini Tanah bertuah
Warisan kita untuk semua
Makmur ba-hagia selama-lamanya
Pribumi Perkasa Negara

(Music Interlude)
Ulangan Dari Rangkap Awal
…………………………………

Pribumi Perkasa Negara
Pribumi Perkasa Negara


Ciptaan dan gubahan: Mirza Abdullah
Lirik: Fuad Hassan
Key D


TUNJUK PERASAAN AKIBAT KELEMBAPAN MENTERI

Apa yang menarik sidang akhbar tersebut berlaku pada masa yang sama dengan tunjuk perasaan penentangan terhadap pengajaran mata pelajaran sains dan mathematic dalam bahasa Inggeris.

Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulangi peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.

Tunjuk perasaan itu dipimpin oleh bekas ketua pengarah DBP, Dato’ Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara A.Samad Said. Lebih kurang 8,000 orang hadir dengan diakihiri kekecohan apabila polis melepaskan gas pemedih mata kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit polis.

Sebenarnya, perhimpunan ini tidak perlu jika Menteri Pelajaran membuat kajian dan keputusan yang pantas. Kelembaban menteri inilah yang telah menimbulkan kekecohan sehingga menghilangkan satu persatu pengaruh parti pemerintah di kalangan rakyat di negara ini, termasuk sasterawan, yang mempunyai pengaruh besar di kalangan pelajar dan mahasiswa.
Isu ini telah mendapat bantahan dari awal-awal lagi secara senyap dan terang; Yang terangnya; apabila berlaku bantahan dan laporan polis telah dibuat terhadap Menteri Pendidikan oleh GAPENA yang didakwa mengikut seksyen 17 (1) Akta Pendidikan Negara.

Jawapan Hisham tentang ada parti pembangkang mengambil kesempatan bukan jawapan terhadap isu yang dibangkitkan. Siapa yang tidak mahu mengambil peluang kalau itu menguntungkan mereka dalam saat Barisan Nasional semakin tempang?

Kita difahamkan India dan Cina juga menentang isu dan mendesak supaya diajar dalam bahasa ibunda mereka masing-masing. Mereka juga akan mengadakan tujuk perasaan yang sama.

Soalnya, Hisham gagal menangani isu ini secara bijaksana dan pantas. Ini cukup menakutkan rakyat jika beliau terpilih sebagai naib presiden UMNO.





LAGI JAWAPAN UNTUK NIK AZIZ


AWASI STRATEGI HALUS TERHADAP ISLAM

(Berikut disiarkan komen Amir Hamzah tentang kontraversi pengunaan nama Allah untuk semua agama seperti yang didakwa oleh gerakan Kristian Katholik dan pemimpin PAS dan PKR. Amir Hamzah seorang yang tekun dan serius membuat kajian dan sering memberikan pandangan-pandangan yang bernas dalam blog Dakwat & Kertas. Saya harap para pembaca akan mengikuti tulisan beliau yang bernas ini. Terima kasih. - Fuad Hassan)


Salam Datuk,

Ini adalah artikel saya yang ke 3 berkenaan perkara yang berkaitan. Sebelum ini:

1. Allah Ada Dua Ajaran Agama
2. Allah BUKAN Kepunyaan Kristian
3. Keliru dan Mengelirukan !

Tajuk Artikel :Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah.

Penulis : Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin setahun yang lalu. Kesimpulan Dr Mohd Asri : Bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

Blogger Taminsari telah membuat analisa begini:

Konklusi : Yang menyokong kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja!

Dewan Ulama Pas - Sokong
Anwar Ibrahim - Sokong
Tok Guru Nik Aziz - Sokong
Khalid Samad ( Shah Alam )- sokong
Dr.Zulkifli (Kuala Selangor)- sokong

Yang Tak Sokong :

Mufti Perak - Tak sokong
KDN - Tak sokong
Datuk Taib Azamudden Mat Taib (PAS)- Tak sokong
FAIZAL TEHRANI - TAK SOKONG
AMIRHAMZAH64 - TAK SOKONG

Hampir seluruh umat Islam di Malaysia kecuali Pas & PKR - Tak sokong

Berikut adalah tulisan dan ulasan Penjelasan Isu Nama Allah Dalam Bible Oleh Faizal Tehrani (sumber :www.penembak-tepat.blogspot)
Adakah Allah dalam Bible?
Jawapannya tiada. TIADA.
Yang ada ialah kalimah Eli. Apa itu Eli?

Dalam Matthew 27:

"From the sixth hour until the ninth hour darkness came over all the land. About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"

"Eli, Eli, lama sabachthani?" dalam Bible King James -- "My God, my God, why have you forsaken me?" ( Matthew 27:45-46, NIV)

Eli, Eli, lama sabachthani adalah ungkapan dalam bahasa 'Aramaic'.
Dalam Old Testament, 'Eli, Eli lama sabachthani' dicatit sebagai:

"My God, my God, why have you forsaken me? Why are you so far from saving me, so far from the words of my groaning?" ( Psalms 22:1-2, NIV)

Tiada kalimah Allah di sini, dan dirujuk sebagai 'Bapa':

"And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou [wilt]. " ( Matthew 26:39)"

For he hath made him [to be] sin for us, who knew no sin; that we might be made the righteousness of God in him." ( 2Corinthians 5:21)


Dalam Luke 23:46 tercatit:

"And when Jesus had cried out with a loud voice, He said , 'Father, into Your hands I commit My spirit.' Having said this He breathed His last."

Bayangkan kalau ayat di atas diterjemahkan (secara umumnya) sebagai:

"Dan kala Jesus merintih dengan suara yang kuat, dia berkata, 'Allah Bapa, pada tangan-Mu aku menyerahkan jiwaku (rohku). Selepas mengatakan sedemikian dia menghembuskan nafas terakhir."

Terdapat dakwaan bahawa masyarakat Kristian di negara Arab, dan Indonesia menggunakan kalimah Allah dalam, Bible mereka.

Sekarang, biar saya jelaskan dengan cara paling mudah mengapa ini berlaku (tetapi tetap dalam ingatan saudara bahawa dalam Bible asal tiada kalimah Allah seperti yang telah saya buktikan di atas.)

Dalam novel saya 'Tuhan Manusia', yang memang dibenci dan tidak disukai oleh kumpulan liberalis saya menuliskan bahawa ketua Theosofische Vereeniging Hindia Belanda, D Van Hinloopen Labberton, pada majalah Teosofi bulan Desember 1912 menyatakan:

‘Kemajuan manusia itu dengan atau tidak dengan agama? Saya kira bila beragama tanpa alasan, dan bila beragama tidak dengan pengetahuan agama yang sejati, mustahil bisa maju batinnya. Tidak usah peduli agama apa yang dianutnya. Sebab yang disebut agama itu sifatnya: Cinta pada sesama, ringan memberi pertolongan, dan sopan budinya. Jadi yang disebut agama yang sejati itu bukannya perkara lahir, tetapi perkara dalam hati, batin. Sepintas, ajaran-ajaran itu tampak indah.

Padahal, ajaran-ajaran itu sebenarnya racun halus yang secara perlahan merosakkan keimanan seorang Muslim. Seorang Muslim yang menganut paham semacam itu, akan tidak terlalu peduli dengan konsep-konsep teologi agamanya sendiri, demi tujuan 'persaudaraan' kemanusiaan.’

Tuan-tuan, Kristian ada dua mazhab. Iaitu mazhab Katolik dan Protestan. Katolik mempunyai banyak persamaan dengan mazhab syiah dalam Islam. Mazhab Protestan, banyak persamaan dengan mazhab ahlus sunnah wal jamaah.

Evangelis cabang kecil dari Protestanisme, mempunyai satu ciri iaitu memperibumikan misi agama Kristian di negara eksotik. Contohnya, di Afrika, unsur-unsur peribumi diraikan. Maka potret Jesus boleh sahaja berkulit hitam.

Pada tahun 1938, konferensi Kristian di Madras, India memutuskan Kristian harus menjalankan 'indigenisasi' (mentempatankan Kristian) di mana bentuk pemikiran, modus operandi, tabiat harus akrab dengan lingkungan tetapi dalam masa yang sama kepatuhan kepada gereja harus berakar kukuh.

Di Korea, maka Bible akan diberikan citarasa Korea. Di Lubnan, maka citarasa keAraban akan turut dititikberatkan. Di Sandakan, maka ciri-ciri tempatan akan disuntik.

Pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan indigenisasi ini, Paderi James o Buswell pada volume VI menghuraikan indigenisasi itu ialah, 'to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.'

Faham atau tidak takrif indigenisasi di atas? Maka tidak hairanlah di Indonesia atau di Sudan, Bible memasukkan kalimah Allah untuk memperibumisasikan Kristian. Untuk menawarkan citarasa 'tempatan'. Kerana secara dominannya di Indonesia dan Sudan, Allah dirujuk sebagai Tuhan.

Dalam masa yang sama, Islam yang ditawarkan wahabi mencegah peribumisasi pada Islam dengan alasan bid'ah, tahyul dan sebagainya. Maka maulud nabi dilarang, membaca yassin pada malam Jumaat ditegah, tawasul dan tabaruk dikatakan syirik dan sanjungan untuk wali Allah dipandang cabul sehingga tarekat pun dipandang sesat.

Perlahan-lahan Islam menjadi agama keras, tidak menarik, dan tidak serasi dengan unsur tempatan. Islam dilihat sebagai agama orang Arab. Ruang untuk berkembang tertutup. Perlahan-lahan Islam yang ada menjadi Islam yang sangat legalitas sifatnya. Islam atau tidak orang dinilai dari janggut panjang atau tidak, dari cara mengangkat takbir dan macam-macam lagi.

Maka di Indonesia, atau di beberapa tempat lain, Kristian terlihat lebih istimewa berbanding Islam.

Sedangkan tuan-tuan, strategi indigenisasi ini mula-mula sekali dipelopori oleh Islam menerusi ayat al-Quran:

'Tidaklah Kami utus seorang rasul kecuali dengan bahasa kaumnya, supaya ia menjelaskan kepada mereka.' (14:4)

'Bahasa' dalam ayat suci di atas mempunyai lapis makna yang terperinci. Salah satunya ialah kontekstualisasi. Islam yang tiba di Jepun misalnya harus mengambil kira peribadi, atau perangai orang Jepun.

Wali Songo yang mendakwahkan orang Jawa memahami strategi ini, maka tidak hairanlah Islam berkembang di Nusantara secara umumnya secara aman, dan bukan dengan cara pertumpahan darah.

Tuan-tuan, kembali kepada kalimah Allah. Allah dalam Kamus Dewan (halaman 37) dinyatakan sebagai: Tuhan (Yang Esa). Kalau Allah diterima penggunaannya oleh penganut Kristian, entri terbaharu Kamus Dewan mungkin perlu menimbangkan misalnya definisi baharu berbunyi:

Tuhan (Yang Esa) untuk orang Islam, tetapi Allah juga merupakan Bapa kepada Jesus (Isa al Masih).

Naud'zubillah.

Akhir sekali Allah berfirman dalam surah al Kahfi ayat 4 dan 5:

"Al-Quran ini diturunkan untuk mengingatkan mereka yang berkata, Allah itu punya anak. Sebenarnya tiada ilmu pada mereka tentang yang demikian itu, tidak juga pada nenek moyang mereka. Betapa buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Apa yang mereka katakan itu dusta belaka."

“Pada ayat lain Allah berfirman lagi: Mereka berkata, Allah Yang Pemurah itu memiliki anak. Katakanlah sungguh telah kalian kemukakan sebuah penghinaan yang dahsyat! Hampir-hampir langit terbelah kerananya, bumi membelah dan gunung-ganang berhamburan."Ini difirmankan Allah dalam surah Maryam ayat 88-90.

Jelaslah kalimah Allah bukanlah suatu kalimah yang dapat dikongsi atas alasan apa sekalipun.

Untuk memahami strategi halus Kristian untuk menyamaratakan agama, saya ingin menjual novel saya berjudul Tuhan Manusia kepada tuan-tuan. Saya melakukan kajian yang lama untuk menulis novel tersebut dan mendapati terdapat banyak cara dan kaedah Kristian untuk memamah agama kita.

Saya tidak bimbang dimarahi kumpulan liberalis, mahupun mereka yang taksub kepada pemimpin PAS tertentu. Esok, setelah kita semua mati, generasi baharu perlu berdepan dengan kesalahan, kenyanyukan, keterlanjuran dan kekeliruan hari ini.

Kita telah tiada lagi untuk menjelaskan dan menolong jawab. Dan kesalahan itu akan terus berlaku, seperti mana hari ini Islam yang kita terima telah banyak dipesongkan, sehingga Rasulullah saw sendiri berasa sedih sebelum wafatnya.

Dan jika benar, PAS jujur dalam isu ini, ada baiknya PAS bertegas dengan PKR kerana aktivis gereja yang melancarkan kempen Allah For Christian ialah Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Banyak cara misi Kristian memamah kita, salah satu caranya menyamaratakan 'tuhan'.
Sumber Asal : http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/allah.html


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
March 7, 2009 9:54 AM