DUA TOKOH Phd DALAM SATU PLATFORM
Seronok melihat perbincangan antara dua tokoh UMNO yang akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO dan seorang lagi untuk jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mereka adalah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Jabatan Perdana Menteri dan Dr. Mohd Puad Zarkashi, ahli parlimen Batu Pahat. Dua tokoh politik yang mendapat ijazah doctor Phd dalam bidang masing-masing.
Petangnya saya menerima mesej pesanan ringkas (sms) dari penyokong masing-masing sebagai promosi supaya para perwakilan UMNO menonton siaran program Agenda Awani yang disiarkan mulai jam 8.30 malam melalui Astro Awani saluran 501.
Ianya dipengerusikan oleh penganalisa terkenal Suhaimi Sulaiman bersama-sama tiga tetamu yang dijemput untuk bertanyakan soalan. Tajuknya “Persepsi UMNO Parti Korup”.
Tajuknya agak berat kerana ia bukan sahaja memerlukan gabungan kepakaran ahli media dan pakar mass psychology untuk menganalisanya, tetapi juga pakar bedah politik yang mampu meneropong penyakit UMNO dari dalam.
Bila kita bercakap soal 'perception' atau 'tanggapan' sebenarnya kita berbicara tentang sikap atau pemahaman yang diperolehi oleh orang ramai berdasarkan apa yang mereka perhatikan, dengar atau fikirkan. Ertinya, sesuatu tanggapan itu dibuat berasaskan imej yang dilihat oleh rakyat atau yang ingin dilihat oleh pemimpin.
Biasanya tanggapan terhadap imej itu hanya dapat dinilai secara luaran dan jarang dapat menerobosi intipati yang sebenarnya. Dengan yang demikian lahirlah syarikat konsultan yang menguruskan khusus tentang pembinaan imej luaran seseorang pemimpin supaya disenangi rakyat. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar dunia termasuk Barack Obama yang memenangi presiden dalam Pilihanraya Amerika Syarikat yang lalu.
Tanggapan atau persepsi yang negatif terhadap seseorang atau parti boleh membawa kepada hilangnya kepercayaan seterusnya sokongan terhadap mereka yang berkenaan. Ini disebut sebagai ‘krisis kepercayaan’ seperti yang dihadapi oleh UMNO dalam pilihanraya ke 12 yang lalu. Inilah yang paling ditakuti oleh ahli-ahli politik atau pun artis-artis popular.
Tetapi harus diingat sesuatu tanggapan atau persepsi itu tidak semestinya benar. Melihat seseorang itu berimejkan agama tidak semestinya itu merupakan keadaan dalaman beliau sebenarnya.
Begitu jua persepsi terhadap keburukan seseorang itu tidak semesti sifatnya demikian. Ada juga orang yang berimejkan agama melakukan kerja-kerja setan dibelakang rakyat. Tetapi dikaca mata rakyat tokoh ini pejuang kerana itulah persepsi yang dilihat. Yang tertipu adalah rakyat, sebab namanya pun rakyat yang didorong ke hulu ke hilir lantaran terpesona pukauan pemimpin !!.
Berbalik kepada perbincangan Astro Awani tadi saya merasakan Dr. Mohd Puad Zarkashi berjaya mengupas tajuk ini dengan baik dan petak sekali. Beliau ternyata sekali memonopoli perbincangan dan menjadi rujukan daripada penal yang lain. Dr. Mohd Puad berpendapat bahawa soal korupsi adalah penyakit manusia dalam mana parti politik sekalipun, samada dikalangan parti pemerintah atau parti pembangkang.
Tetapi disebabkan UMNO telah begitu lama berkuasa dan UMNO mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli parti yang melakukan rasuah maka UMNO yang yang menjadi tumpuan terhadap persepsi yang negatif ini.
Saya pernah bertanya kepada Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam perbincangan dengan ahli jawatankuasa PERKASA beberapa hari yang lalu tentang tidakkah kekerapan bercakap soal membersihkan UMNO akan menyebabkan usaha memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO semakin sukar.
Tun Mahathir menjawab lebih sukar lagi untuk kita memulihkan UMNO sekiranya orang yang rasuah dan korup dipilih dan menang dalam pemilihan UMNO yang akan datang ini.
Lebih baik kita bercakap mengenainya supaya menjadi panduan kepada perwakilan. Tetapi setelah kita bercakap, orang yang rasuah masih menang, maka sekianlah sahaja tamatnya riwayat UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Saya amat tertarik apabila Dr. Mohd Puad mempunyai kesimpulan yang hampir sama dengan Lord Acton yang menyatakan “power is corrupt, absolute power corrupt absolutely..” Mungkin kerana begitu lama UMNO berkuasa dengan menguasai 2/3 majoriti dewan maka kurangnya berlaku timbang tara dikalangan ahli dewan parlimen dan ditambah keangkuhan dan perlakuan individu yang tamak dan rakus mengaut harta sebaik sahaja memegang kuasa.
Disamping itu juga peranan pemimpin dan parti pembangkang yang berterus-terusan mengeksploitasi persepsi korup terhadap imej pemimpin parti yang di lawan juga memberikan kesan yang besar terutama dalam kebebasan media tanpa sempadan melalui blog, website, forum letronik dan sebagainya.
Dr. Mohd Puad mencadangkan supaya pemimpin melihat penglibatan mereka dalam politik sebagai satu ibadah atau pengabdian diri kepada Allah swt. Beliau juga menyebut pentingnya jati diri dan budaya mendasari pemimpin politik UMNO.
Bagi saya ini merupakan fakta terpenting beliau yang mencerminkan latarbelakang beliau yang meminati agama dan penyertaannya dalam PAS sebelum menyertai UMNO. Beliau memberikan contoh-contoh pemimpin yang berjaya dalam sejarah Islam seperti Omar Abdul Aziz dan sebagainya. Ini mengingatkan saya ulangan matapelajaran kertas am yang pernah diajarkan kepada anak-anak muridnya dulu.
Mohd Puad adalah seorang bekas pemimpin pelajar di Universiti Malaya yang amat meminati Haji Hadi Awang. Beliau antara orang yang awal bersama penulis akhbar Watan, Subky Latif, yang mempopularkan istilah ‘Tuan Guru’ kepada Hadi Awang.
Haji Hadi ketika itu merupakan pemimpin PAS Terengganu yang terkenal dengan ‘fatwa takfir’ terhadap UMNO. Semasa dalam ABIM, Haji Hadi yang juga pernah memimpin ABIM Terengganu adalah salah seorang yang tidak disenangi oleh Anwar Ibrahim lantaran sikap tegasnya dalam menghukum.
Mohd Puad juga pernah menjadi guru sementara di Yayasan Anda Akademik dan pernah memakai serban semasa majlis-majlis usrah dan qiamulail untuk pelajar-pelajar Yayasan Anda, sebuah sekolah swasta yang di asaskan oleh Anwar Ibrahim.
Beliau sering berdebat dengan saya pada sekitar pertengahan tahun 80an kerana sokongan saya terhadap UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa dan agama. Mohd Puad cuba mengajak pelajar-pelajar Yayasan Anda ketika itu menyokong PAS.
Kini saya berbangga kerana Mohd Puad yang saya kenali dahulu berada dipentas yang berlainan tetapi mempertahankan prinsip yang sama yakni untuk membersihkan UMNO daripada tanggapan korup oleh masyarakat. Beliau menganggap penglibatannya ini sebagai satu ibadah, satu kenyataan yang belum saya dengar dari calon-calon MT yang lain.
Beliau adalah antara ahli parlimen yang rajin bercakap dalam dewan dengan ‘homework’ yang disediakan lebih awal. Bagi saya Dr. Mohd Puad layak dan wajar diberi peluang untuk memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO kali ini.
Saya juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan saya terhadap sahabat saya Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ternyata hambar, kontang idea dan tenggelam dalam kepetahan Dr. Puad..
Saya kecewa seorang yang berpengalaman seperti Dr. Zahid ternyata lemah sekali dalam berhujah dan inilah juga tanggapan ramai terhadap Dr. Zahid seperti yang disampaikan oleh kawan-kawan saya.
Beliau menyebut berkali-kali tentang perlunya beliau menang untuk membolehkannya membuat perubahan dan rombakan terhadap sistem politik UMNO di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Nampak macam beliau ‘enjoy’ menyebut hubungan baiknya dengan Najib.
Dr. Zahid berjanji untuk membuat kursus-kursus untuk mendidik ahli-ahli UMNO sekiranya beliau menang. Soalnya beliau telahpun berkuasa sekian lama dan menjadi ahli majlis tertinggi yang paling atas melalui persepsi ahli-ahli UMNO yang tinggi terhadap beliau.
Dr. Zahid gagal mengupas tajuk ini dengan bernas dan petah. Beliau nyata teragak-agak dan khayal dalam kelancaran Dr. Mohd Puad. Ini jelas apabila ditanya oleh salah seorang ahli penal mengenai bagaimana Islam boleh membenteras rasuah, beliau menjawab, “semua agama menganggap rasuah itu haram” dan “kita kena melakukan kaedah face to face untuk mencegah rasuah”. Full Stop.
Tercenggang saya akan jawapan beliau. Saya amat mengharapkan seorang yang keluar dari Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dapat memberikan huraian Islam mengenainya, ternyata hampa. Tidak terserlah keintelektualannya.
Salah seorang kawan saya yang bekerja di media letronik memberikan komennya bersahaja. “Mungkin tajuk itu terlalu berat dan beliau ada 'baggage' yang dibawa”. Begitu mendalam mesej beliau, namun saya menjangkakan Dr. Zahid akan menang salah satu daripada jawatan Naib Presiden yang ditandinginya. Jika tidak siapa lagi yang tinggal dalam UMNO, Hishamuddin ?

3 comments:
Dato,
Saya setuju dengan komen Dato. Saya juga menonton rancangan tersebut malam tadi. Apa yang Dato cakap tu dah baik, saya tak perlu nak tambah.
Cuma baru2 ini saya ada menghantar sms kepada salah seorang nama yang Dato sebutkan dalam tulisan itu. Saya tekankan bahawa UMNO harus engaging young voters melalui new media dan saya menawarkan diri untuk membantu.
Alhamdulillah, beliau membalas sms saya. Namun jawapannya mengecewakan -- "Ok, nanti saya maklumkan kepada boss". Saya faham "boss" yang dimaksudkan ialah Dato Najib. Kalau menteri tak boleh nak ambil inisiatif tentang perkara yang kecil macam tu, apa nak harapkan lagi. Takkanlah perkara macam tu pun nak beritahu "boss"? Inilah mentaliti sesetengah pemimpin UMNO, semua nak beritahu boss.
Saya doakan Dr Fuad menang MT. Mengenali beliau untuk satu jangkamasa yang lama -- dalam susah dan senang -- saya fikir Fuad cukup istiqamah dengan perjuangannya.
Salam perjuangan.
Salam,
Terima Kasih Nobisha. Kita doakan semoga bangsa kita diselamatkan dari topeng-topeng 'phantom of the opera' ini.
Salam Datuk,
Dr.Mohd Puad Zarkashi wajar diberikan satu tempat dalam perebutan jawatan dalam MT. Kewajarannya bukan hanya dilihat di dalam program yang Datuk maksudkan tetapi berdasarkan prestasi beliau sejak menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat.
Prestasi beliau berhujah dan bercakap di Parlimen sama ada waktu sekarang ataupun ketika menjadi senator di Dewan Negara pada penggal yang lepas jelas memperlihatkan komitmen tinggi beliau yang mewakili rakyat pelbagai lapisan.
Saya pernah berbual dengan beliau, nyata beliau seorang yang kuat membaca, membuat homework dan bersedia memahami topik yang hendak diperkatakan.
Pengalaman beliau sebagai Setiausaha Kerja UMNO Negeri Johor dan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor,Dato Abdul Ghani Othman perlu juga diambil kira.
Walaupun beliau bukan wakil rakyat saya tetapi beliau senang didampingi, senang berkomunikasi walaupun dari raut wajahnya kelihatan 'kelat' sedikit.
Idea, pandangan dan kritikan Puad perlu di dalam MT ketika ini. Rakyat Semerah, Pt Sulong dan Seri Medan menyokong.
Post a Comment