Friday, April 10, 2009

DUA TALIAN HAYAT UNTUK BN



BN MENANG
DALAM PRU KE 13:
ANDA PASTI ??


1. Ada dua cara untuk memulih dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Pertama dengan melakukan pembaharuan, pembersihan, kecerdikan dan ketelusan dalaman. Kedua, dengan membalas serangan luar melalui jawapan-jawapan dan serangan balas yang bernas dan lojik diterima akal. Kedua-dua cara ini harus dilihat dan dirasai oleh rakyat.

2. Semasa menjadi penal dalam Astro Awani bagi membincangkan Barisan Kabinet Najib-Mahyuddin semalam saya ada menyebut bahawa iklim politik 2009 sebagai tahun-tahun yang penuh dengan peristiwa yang lebih mencabar tetapi terkawal. Ia bergantung kepada kebijaksanaan pihak yang berkuasa mengendalikan kemudi kepercayaan rakyat kepadanya.

3. Seharusnya, pihak peneraju kuasa mempunyai 'advantage' dalam sebarang “political game” sekiranya ia digunakan dengan penuh bijaksana, cerdik dan meyakinkan.

4. Antara peristiwa-peristiwa 2009 yang seharusnya diambil peluang sebaik-baiknya bagi memulihkan kepercayaan rakyat adalah:

- Langkah-langkah reformasi yang dilakukan oleh Pak Lah,
- Pilihanraya kecil terengganu,
- Perhimpunan Agung UMNO,
- Keputusan Pemilihan MKT UMNO,
- Peristiwa Perletakan Jawatan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,
- Kemasukan Semula Tun Mahathir dalam UMNO,
- Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai,
- Pengumuman Kabinet Baru Najib-Mahyuddin,
- Pengumuman dasar-dasar Perdana Menteri baru,
- Perbicaraan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
- Kejayaan menangani krisis ekonomi negara.

5. Nampaknya dari senarai peristiwa di atas sehingga pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, rakyat belum memberikan kesan positif yang membolehkan kejayaan di capai oleh kerajaan Persekutuan yang memerintah. BN sudah terlepas peluang-peluang tersebut.

6. Kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam UMNO juga belum cukup untuk memberikan “small swing big impact” kepada pilihanraya kecil yang lalu.

7. Maka sesungguhnya pengumuman Kabinet baru ini penting bagi menguruskan “tanggapan” dan “harapan” rakyat kepada barisan yang dipimpin oleh Najib-Mahyuddin.

8. Barisan Kabinet yang baru ini harus menerajui negara dengan penuh kecerdikan, ketelusan, dan memberikan kesan langsung kepada rakyat. Kesan itu mesti cepat. Tempohnya 6 bulan. Jangan lagi “insult intelligent of the people”.


9. Saya sangat tertarik dengan cadangan bagi mengujudkan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI yang berdasarkan input dan hasil. Ianya satu 'report card' untuk para menteri yang diberi tanggungjawab. Tetapi harus diingat rakyat mempunyai petunjuknya sendiri yang bukan sahaja ditujukan kepada menteri-menteri tetapi termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Bagi pihak kerajaan pula saya cadangkan supaya diadakan atau dikemaskinikan lagi Petunjuk Kepercayaan Rakyat kepada pemerintah.

10. Ini penting supaya setiap dasar dan perlaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan dan parti yang memerintah tidak terlalu lewat dinilai. Akhirnya menerima hukuman rakyat. Semuanya terkejut tak sangka!. Ulasan-ulasan ala pengulas sukan sudah terlambat!!.

11. Saya sedar bukan mudah Perdana Menteri untuk membuat Barisan Kabinet Idaman yang beliau kehendaki. Abdullah Badawi sudah mengeluarkan 31 Menteri dan Timbalan Menteri pada rombakan Kabinetnya yang terakhir.

12. Banyak perhitungan yang terpaksa dibuat berasaskan tekanan komponen, keputusan pemilihan UMNO, perimbangan yang baru dan lama, faktor tekanan Sabah dan Sarawak, kaum dan gender, ‘track record’ dan sebagainya. Saya sudah meramalkan bahawa Datuk Seri Najib terikat dengan faktor-faktor diatas dalam membuat keputusan di atas. Cuma 20% muka baru yang mampu dipilih.

13. Tidak ada pengecutan kementerian yang ketara. Menteri dikurang dan timbalannya di tambah. Hampir separuh daripada ahli-ahli parlimen BN berjawatan menteri dan timbalan. Ini penting untuk mempastikan tawaran Anwar Ibrahim untuk menarik ahli lompat tidak berjaya.

14. Apa yang mengembirakan saya adalah percantuman Kementerian Penerangan dengan komunikasi dan kebudayaan dan kesenian. Bukan sangat aspek kebudayaan, tetapi cantuman penerangan dan komunikasi.

15. Selama ini stesen-stesen TV swasta menganggap Menteri Penerangan sebagai menteri RTM. Oleh yang demikian banyak majlis-majlis dan kenyataan menteri penerangan hanya disiarkan oleh RTM. Suasana ini akan berubah apabila ‘sentuhan Rais’ dianggap penting dalam masa kerajaan menghadapi serangan dan ‘perang psikoloji’ dari luar kerajaan. Beliau diyakini boleh melakukannya.

16. Ada dua isu penting sebelum pilihanraya ke 13 memalukan gendang perangnya. Kes Liwat Anwar Ibrahim dan kesan langsung dari kejayaan kerajaan menghadapi krisis ekonomi. Mana yang bilion-billion diumumkan dulu cepatlah diturunkan melalui pengurangan karenah birokrasi dan penghapusan ketirisan. Rakyat mahu rasa perubahan dalam persekitaran kehidupannya.

17. Satu kejayaan besar ketua pembangkang itu adalah menimbulkan keraguan terhadap institusi-institusi penting yang melibatkan kesetiaan, kepentingan dan keyakinan rakyat. Antaranya institusi Kehakiman, institusi Penguatkuasaan dan institusi eksekutif dan terakhir institusi Agama dan Raja. Semua institusi ini sudah jadi tak betul belaka.

18. Rakyat telah mempunyai tanggapan bahawa apa yang datang dari pemerintah atau parti yang menyokongnya adalah tidak betul, fitnah dan konspirasi. Dan apa yang datangnya dari Pembangkang adalah betul, sahih dan mangsa konspirasi. Banyak sekali peristiwa-peristiwa ini seperti yang terlihat dalam skandal ahli-ahli politik di Selangor, Perak dan Kedah.

19. Saya berpendapat bahawa rakyat tidak akan percaya dalam Kes Liwat Anwar Ibrahim walau bagaimana teluspun mahkamah cuba berbuat demikian. Walaupun mungkin ada rakaman videonya rakyat tidak akan percaya. Saya kata mungkin sebab saya sendiri tak tahu cerita yang sebenarnya. Video pun boleh disunting-sunting, kata mereka. Hebat betul pengaruh Anwar ni..


20. Tanpa prejudis mengulas kes ini, kesannya adalah kepada penghakisan kuasa BN yang hanya tinggal satu lagi talian hayat sebelum tirai Barisan Nasional dilabuhkan. Jika tidak, bagaimana caranya untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada institusi-institusi ini dalam masa yang terdekat ?.


21. Cuma apa yang boleh saya nasihatkan, sesiapa ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang yang ada kes sakit jantung tolong tangguhkan main badminton sehingga selepas Pilihanraya yang ke 13. Menyusahkan..!!

22. Saya bukanlah orang penting yang boleh diajak berbincang, maka yang demikian saya sampaikan melalui blog ini sebagai saluran terbaik dan ikhlas dari saya untuk diketahui umum termasuk pemimpin penting yang bertanggungjawab.

23. Apa lagi peluang pihak kerajaan untuk mengembalikan kepercayaan ini ?. Isu Ekonomi. Isu ini penting bagi masyarakat peniaga khususnya orang-orang Cina. Itulah sebab agaknya Datuk Seri Najib memberikan satu tumpuan khusus dalam menangani krisis ini dengan penuh iltizam dan serius.

24. Berdasarkan pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, sokongan masyarakat Melayu nampak meningkat. Ini memberikan sedikit harapan dalam suasana yang tidak menentu ini. Tetapi ia belum begitu memberangsangkan. Cina lebih selesa dengan janji-janji 999 tahun pemilikan tanah kerajaan negeri Perak yang lama. Dan UMNO tidak dapat memberikan jawapan balas yang cerdik dan berkesan.

25. Jika Datuk Seri Najib berjaya menangani isu ini dan keluar dengan cemerlang diakhir tahun 2009 ini, saya percaya masyarakat Cina akan kembali bertaut kepada Barisan Nasional. Gabungan mantap Najib-Husni di kementerian kewangan diyakini akan melepasi rintangan hebat ekonomi yang jarang sekali dihadapi dunia diabad ini.

26. Saya sedar ada sahabat saya dalam kabinet yang tidak senang kepada ulasan-ulasan terus terang dari blog dan media letronik saya kepada masyarakat mengenai prestasi mereka. Tetapi saya doakan beliau akan terus berjaya. Tetapi percayalah, ubat yang pahit lagi mujarab lebih baik daripada gula yang manis tapi menyakitkan. Ulasan tersebut dibuat kerana saya sayang kepada Agama dan bangsa saya. Terimalah dari yang ikhlas ini..















8 comments:

add said...

Salam bro,

Sekarang sudah tiba masanya UMNO merancang strategi yang perlu untuk hidup sendiri tanpa bantuan kaum cina dan india. Buatlah pelan taktikal seperti mana zaman TDM dulu yang buat persempadanan semula kawasan pilihanraya.
Cuba buat secara banyak faktor, plan A umno sendiri. Plan B umno dengan pas apa kesan? plan C UMNO dan bumiputra sabah dan sarawak? apa kesan?

sekarang ni UMNO dah tak boleh bergantung harap dengan MCA,MIC dan gerakan kerana MCA,Gerakan adalah adik beradik DAP. manakala MIC pula adalah adik beradik HIndraf.
Umno sendiri tidak boleh bergantung harap pada Pas kerana semua ahli pas akan masuk neraka bila mati nanti,,, kerana memperjudikan alquran demi politik.Orang cina main judi hanya dengan duit dan betina sahaja,, tetapi pemimpin pas main judi menggunakan quran...

Perlu analisis secara terperinci sebagaimana seorang akauntan mentadbir urus kewangan sesebuah organisasi....
DSN kena laksanakan strategi ni...

sebelum pembentukan kabinet baru.. MCA terang-terang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan 4 menteri dan 6 timbalan menteri... tup tup najib tambah lagi satu menteri... hampeh juga DSN ni...
Memanglah MCA minta TPM ,, tapi apa rasionalnya...pengundi cina sekarng ni dah tidak menyokong MCA @BN lagi sekarang,,, apakah perlu UMNO melayan MCA dan gerakan sedimikian rupa?,,,sedangkan Gerakan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada DAP pun dengan wajah senyum "malu tapi restu"...

Bak kata pelawak Nabil.. UMNO kena pikir la sendiri.......

terubuk jantan said...

salam datuk,
saya juga sayang kan agama dan bangsa saya.Ds Najib dan pasukannnya pada Allah saya bermohon supaya diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini,amin.

Paan Lee said...

Salam ziarah blog ini, sy lihat di astro awani, perspefktif kita. :D

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,

Pilihanraya ke 13 persediaannya hanya 2 tahun sahaja lagi. Banyak ulasan-ulasan berkaitan dengan keadaan politik semasa baik daripada ahli akademik, tenaga profesional malah ahli-ahli politik sendiri.

Saya ingin memfokuskan kepada persaingan merebut kuasa antara Najib dan Anwar yang saya sifatkan sebagai satu persaingan klasik antara 2 bekas ketua pemuda UMNO Malaysia.

Najib adalah jeneral di pihak kerajaan dan Anwar semua orang tahu adalah panglima perang kepada Pakatan Rakyat. Anwar adalah 'master mind' kepada PR yang dituruti oleh PAS dan DAP yang menjadi lembu politik Anwar.

Saya melihat persaingan antara mereka berdua akan mencapai klimaknya pada pilihanraya ke 13 di mana salah seorang daripada mereka akan menjadi korban.

Itupun jika tidak ada apa-apa berlaku di atas kes Artantuya atau kes liwat Anwar. Saya mengandaikan bahawa Anwar gagal dibuktikan sekali lagi dalam kes liwat nya bersama Saiful. Jika Anwar 'kantol' maka terhenti di situlah persaingan mereka berdua.

Kedua-dua pemimpin ini akan merebut kuasa undi golongan minoriti yang sekarang menjadi penentu kepada setiap kerusi pilihanraya. Daripada PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, jelas menunjukkan undi minoriti menjadi penentu.

Slogan "One Malaysia" ciptaan Najib sedang berentap dengan slogan "Harapan Baru Rakyat Malaysia" rekaan Anwar untuk mencuri hati golongan minoriti.

Saya merasakan persaingan ini walaupun sihat tetapi iannya merugikan Melayu kerana semata-mata untuk memenangi pilihanraya.

Pada ketika ini saya sedang menunggu huluran tangan Hadi Awang yang sedar tentang 'political game' Anwar. Malangnya sebagai Presiden kekuasaan Hadi agak terbatas kerana kumpulan PAS Terengganu belum berupaya untuk menangkis pengaruh, Nik Aziz, Kumpulan Erdogan dan Kamaruddin Jaafar.

Saya membuat satu harapan bagi mengurangkan tuntutan-tuntutan melampau golongan minoriti saya mencadangkan perpaduan Melayu di dalam waktu terdekat.

BN lemah kerana MCA dan MIC sementara kekuatan PR adalah bergantung kepada PAS dan DAP. PKR hanya merancang. Keluarnya PAS daripada PR, PAS akan menafikan cita-cita Anwar untuk menjadi PM.

Demi Melayu dan Islam, Hadi perlu berjumpa Najib. Melayu akan kembali utuh di persada politik Tanah Air.

Oleh itu saya menambah satu lagi talian hayat BN iaitu pakatan BN dan PAS.

Terima kasih

fzie said...

Salam,

"Kedua, dengan membalas serangan luar melalui jawapan-jawapan dan serangan balas yang bernas dan lojik diterima akal. Kedua-dua cara ini harus dilihat dan dirasai oleh rakyat."

Pada pendapat saya ini adalah satu tindakan yang baik, walau bagaimana pun, banyak blog lebih menjurus kepada serangan peribadi daripada menjawab sebarang serangan maupun kepincangan yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang. Dalam erti kata lain, lebih "syiok sendiri" dalam mencari ... mungkin populariti dan gagal menangkis serangan tersebut.

Sebagai pelayar blog, saya membaca dari kedua-dua belah pihak dan selalunya untuk lebih memahami serta menghalusi kita harus " think outside the box ". UMNO mesti menerima dan menyedari bahawa terdapat satu krisis gagal sokong dari rakyat yang ketara. Parti komponen dalam BN juga amat ketara gagal mendapat mandat sokongan yang sepatutnya. Jika ini tidak disedari maka, UMNO tidak akan terjaga dari dibuai mimpi yang indah.

Saya masih yakin, yang UMNO akan bangkit kembali.

Terimaksih.

PARPUKARI said...

KISAH BENAR, BACA DI SINI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/suratkhabar-cina-lapor-berita-palsu.html

Anonymous said...

Yang berubah gaya,nama dan bunyi.Itulah slogan yang diguna pemimpin pemimpin terdahulu dan begitulah Najib.Sekiranya UMNO ingin kembali kukuh,langkah pertama bawa pas dan keadilan duduk bersama seperti mana Tun Abdul Razak buat.Memang banyak ujian dan dugaan bergantung pada niat.Insyaallah usahakanlah.Tun Abdul Razak boleh buat.Yang kedua kembali pada jalan Al-quran dan Hadis sebagai pegangan dan dekatlah dengan ulamak sebagai jalan untuk merungkai segalah masalah dihadapi.

Misa Abadiah said...

Salam Dato,

Pandangan yang bernas dan baik. Saya pohon sekali lagi memasukkan artikel di group Dunia-Politik di http://dunia-politik.blogspot.com untuk dikongsi bersama ahli yang lain.

Sekian, terima kasih.