Sunday, April 19, 2009

RAHSIA GODAAN ANWAR


KERAJAAN 16 SEPTEMBER YANG GAGAL

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.

Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran,  Dr. Puad Zarkashi  dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.

Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan talipon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.

Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong  bagi mendapatkan persetujuan  melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.

Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menalipon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr. Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “Pak Lah is no longer in command..”

Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.

“I need more  Malay MPs like you”, tambah Anwar lagi. “And we already have enough numbers to form new government,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.

Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat  Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong !!.

Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. Menurutnya, beliau terketar-ketar kerana takut terpengaruh dan lantas tanpa sadar menandatangani surat tersebut, jelasnya lagi.

Beliau cuba menguatkan pendirian dengan bertanya Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu. Ini kerana beliau bimbang Pakatan Rakyat tidak lagi menjuarai kepentingan bangsa Melayu dan Islam lantaran ingin menjaga perasaan DAP dan pengundi Cina.

Menurut Dr. Puad, Anwar menyatakan kepadanya kepentingan bangsa Melayu akan dijaga dan beliau pernah menegur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kes tanah  di Selangor.

Tetapi Kata Dr. Puad, banyak kes di Parlimen seperti serangan terhadap menghalang Murtad / keluar Islam yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam dari DAP tidakpun dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen PAS mahupun PKR. Hanya pemimpin UMNO yang berbuat demikian. Apa yang diharapkan kepada mereka untuk berbuat demikian, tegasnya lagi.

“UMNO yang telah menggubal perlembagaan yang membuat ketetapan dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar dimahkamah civil,” tambah Dr. Puad dengan bersemangat.

Berbalik kepada perbualan telepon Anwar-Dr.Puad, lantaran debaran yang demikian kuat, Dr. Puad meminta tempoh kepada Anwar untuk beliau menunaikan solat istiqarah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah swt.

Beliau menyampaikan berita tersebut kepada isterinya untuk berbuat demikian dan melakukan solat istiqarah mendapatkan restu Allah. Keesokannya beliau menerima talipon lagi daripada Dr. Rahim Ghous.

Dr. Puad menjawab bahawa setelah beliau melakukan istiqarah, beliau telah mendapat mimpi yang menyatakan, “Kalau saya sign surat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara..”. kata Puad disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir.

“Kalau saya sign, saya akan dihalau oleh Sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO di nobatkan”, tegas beliau lagi.

“Saya memegang jawatan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk bangsa dan agama dan saya berharap saya akan istiqamah dengan perjuangan ini,” tambah Dr. Puad mengakhiri ucapannya dengan soalan-soalan yang bertalu-talu dari hadirin.

Anwar mengenali Dr. Puad kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik pada tahun 80 an dahulu. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada prinsip perjuangan agama dan bangsa. Pendekatannya sudah tentu berbeda dengan ahli-ahli parlimen yang lain.

Umum mengetahui bagaimana Anwar telah mengarahkan wakil-wakil rakyat PKR berkejaran ke Taiwan untuk memujuk ahli parlimen BN menandatangai surat persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 16 September 2008 yang lalu.

Dengan kehendak Allah, Perak yang jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Hampir 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan Hulu Kelang hadir dalam perjumpaan tersebut.- fuhas.

 

Tak Tumbuh Tak Melata

Letak Galah Dalam Padi

Tak Sungguh Kehendak Kita

Kehendak Allah Yang Jadi

27 comments:

Panglima Perang Cyber said...

salam dato.

saya pertama kali singgah di sini.. saya tidak sangka info yang sukar ditemui berada di sini.

rugi rasanya tidak bertamu dengan lebih awal blog dato.

apatah lagi saya juga sedang fokus kepada team blogger pembela negara yang diasaskan oleh saya dan dibantu oleh rakan3 yang bersemangat waja untuk membela agama bangsa dan negara kita.

harap dapat bersua lagi dengan dato.moga ada masa kita boleh Yahoo Messenger dan tukar2 fikiran.

salam dato. jemput singgah di blog saya yang tak seberapa.

FUAD HASSAN said...

Panglima Perang Cyber,

Terima kasih kerana sudi singgah ke warung saya :)

Tugas kita adalah memberi penjelasan dengan setulusnya. Terpulanglah kepada rakyat menerimanya.

Insya Allah kita akan bersua muka dilain arena.

Terima kasih.

Anonymous said...

Adakan satu debat Antara Dr Puad dan Anwar megenai perjuangan membela Agama,Bangsa dan Negara dan Dato jadi pengerusi debat. Biar rakyat tengok siapa yang jadi pembela dan pengkhinat.

Ro Zhaf Zeck said...

salam Dato

xsangka Dato mempunyai pemikiran yg teliti dan halus dalam sesuatu perkara itu..boleh Dato beri sedikit komen berkenaan http://rozharif.blogspot.com/search?q=tpm

FUAD HASSAN said...

Salam Sdr Wariq,

Bagus cadangan supaya diadakan debat antara Dr. Puad dgn DS Anwar tetapi biarlah tentang pendedahan Dr.Puad mengenai tawaran Anwar.

Mengenai debat perjuangan bangsa saya fikir biarlah Anwar adalah dengan Tun Mahathir bukanya Dr. Puad yang terlalu junior.

Saya sanggup jadi pengerusi.

Terima kasih

FUAD HASSAN said...

RoZhafZeck,

Saya sudah memberi ulasan ringkas dalam blog saudara.

terima kasih

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Datuk,

Menarik pendedahan YB Dr.Puad berkenaan dengan kegagalan Anwar merayu beliau merealitikan kerajaan 16 September.

Pendedahan ini sangat significan kepada penyokong UMNO. Namun begitu ianya tidak mempunyai kesan kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Saya pasti jauh di sudut hati penyokong Pakatan Rakyat akan terbit satu perasaan yang sukar dimengertikan tetapi kerana ego dan ketaksuban yang melampau ianya umpama debu-debu yang berterbangan.

Terima kasih Dr Puad dan Datuk Fuad.

warisantamar @ KualaLumpur said...

Salam Dato',

Saya rasa ramai yang menghargai usaha Dato ini. Saya antaranya. Ramai yg menantikan apa cerita sebenarnya di belakang tabir kisah 16 Sept...Saya harap lebih ramai YB yang terbabit berani tampil membuat pendedahan.

Saya percaya AnuWar dan penyokongnya akan terus dgn sindrom denial mereka. Pedulikan mereka.

# Saya mohon izin utk menyalin pendedahan berharga ini dlm blog saya.

http://warisantamar.blogspot.com

Unknown said...

Salam:-

Tq. agendadaily yang memperkenalkan saya mengenai blog Ybhg. Dato'.

Yg paling terharu bila baca pantun yang mengkahiri tulisan Ybhg. Dato'.Teringat kita kepada arwah Ybhg. Dato' Mufti Shuib.

Biarpun dalam politik Dato'dan arwah sering tak sehaluan tapi yang baik daripada arwah tetap Dato' abadikan.

Tahniah semoga sukses selalu.

tanahmelayukita said...

Salam perjuangan Dato',

Terima kasih kerana sms saya jam 1.10 tengahari hari ini. Saya TIDAK TERKEJUT bahawa dalam diam-diam, Dato' telah pun mengendalikan satu blog yang nampaknya amat menarik. Sudah tentu saya akan menjadi PENGUNJUNG TETAP blog ini, untuk membaca pandangan dan buah fikiran bernas Dato'.

Anwar Ibrahim?? Malang sekali, nafsu besar peribadi dijadikan agenda utama, sehingga sedia menjudikan nasib agama dan bangsa. Amat tepar bila DS Hishamuddin menggambarkan beliau sebagai PETUALANG BANGSA.

Umat Melayu sedang di HIGHWAY INTERCHANGE - samada kita akan terus ke hadapan, ke kiri, ke kanan, atau berbalik ke belakang.
Hanya yang ikhlas dan berpegang teguh kepada tali keimanan Allah swt akan selamat sampai ke destinasi.

PAKCIK said...

saya masih mencari-cari jawapan kenapa apabila anwar berbuat demikian rakyat masih tetap menyokongnya..tetapi jika pihak UMNO yang berbuat demikian, rakyat menyatakannya adalah politik kotor..

dimana letaknya prinsip yang dipegang oleh rakyat yang mahukan politik bersih.

BUDAK CAWANGAN said...

salam dato..
Izinkan saya untuk mendapatkan apa yang dato coretkan ini untuk di masukkan kedalam blog politikubangpasu untuk tatapan ahli di kubang pasu

FUAD HASSAN said...

Orang Kampong,

Salam.

Jawapanya kerana pemimpin UMNO dan institusi kerajaan telah dihilangkan kewibawaannya oleh perbuatan sendiri atau manipulasi perang psikologi DS Anwar Ibrahim. Beliau memang pintar dan pemimpin UMNO semua peringkat ambil mudah.

Tetapi yakin dan percayalah kepada ketentuan Allah.

FUAD HASSAN said...

Pemuda UMNO Cawangan,

Salam.

Saya izinkan semuga dapat menjelaskan cerita sebenar. Banyak lagi rakyat perlu tahu. Sila baca artikel saya yang terdahulu dalam blog ini.

Terima kasih.

Ijat said...

Sahabat blogger boleh melihat Album Gambar program Dr. Puad Zarkashi dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” pada pautan berikut :-

http://picasaweb.google.com/umnobg/ForumUMNODalamCabaranYBDrPuadZarkashi19April2009DiKelabDarulEhsan#

http://www.umnogombak.net/

Mohd Hafizan Mazuki said...

anwar patut malu dengan diri sendiri, jika perkara ini benar2 berlaku...

Shahnon said...

Satu pendedahan yang bagus. Harap lepas ini Dr Puad akan lebih terus lantang bersuara. Harap juga lebih ramai pemimpin2 muda dalam UMNO yang berani macam beliau.

x-pkr said...

salam Datuk,

saya mengikuti perkembangan Datuk dari Yayasan Anda hingga kini. pernah ketemu Datuk di bbrp majlis termasuk di Country Heights....

saya ulas sedikit mengenai Datuk dan Dr. Fuad dilaman saya,

http://x-pkr.com

jika sudi dan berkelapangan, sudilah melayari laman tersebut.

salam hormat dari saya.

x-pkr

FUAD HASSAN said...

x pkr

Salam.

Saya telah membaca tulisan sdr dalam blog yang dimaksudkan. Terima kasih kerana mencatatkan sejarah kami dan Seni politik Anwar semasa di dalam dan diluar kerajaan.

Saya amat menghargainya. Percayalah laluan sejarah ini belum berakhir dan babak-babak seterusnya akan lebih menarik.

Terima kasih.

x-pkr said...

terima kasih Datuk..

saya amat setuju, episod seterusnya pasti lebih menarik !!!

salam

x-pkr

lipandes said...

Steady dato,

Kira akan kerja keras,
Hulu Kelang akan kita tawan semula.
Datuk, Perkasa takde buat aktiviti dekat Hulu kelang ke? KK Club ke, Datuk Ibrahim Ali dah ada dekat Melawati, senang laa boleh pemuda datang ikut serta.

Sekadar pandangan...

FUAD HASSAN said...

Sinatra_z

Salam.

Terima kasih atas semangat yang diberikan. Insya Allah akan dibuat di Hulu Klang sedikit masa lagi.

T.kasih

zm.azami said...

Asalam Dato.

Saya adalah followers yang ke 11 di blog dakwat & kertas, dan blog ini saya 'link' kan di dalam blog saya melalui 'my blog list'

Artikel ini amat menarik sekali untuk di sebarkan... izinkan saya 'copy & paste' cerita ini untuk kepentingan bersama..

sekian, terima kasih dan wasalam

Misa Abadiah said...

Salam Dato,

Izinkan saya memasukkan artikel ini ke group Dunia-Politik di http://dunia-politik.blogspot.com

Sekian, terima kasih.

Jafma Niaga MA-0044016-M said...

Salam Dato',
Saya minta kebenaran Dato'untuk menyalin "Rahsia Godaan Anwar" didalam blog saya.

Terima kasih.

FUAD HASSAN said...

Salam kepada semua,

Sesiapa yang berminat untuk membuat salinan laporan ini adalah diizinkan.

Terima kasih.

Unknown said...

Petikan dari Harakah:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020396&Itemid=109

Rungutan orang Umno terhadap Najib
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Mon | Apr 20, 09 | 11:46:18 am MYT
"Apa khabar saudara, bagaimana dengan Presiden Umno, PM baru, Kabinet baru," soal penulis ketika terserempak dengan sekumpulan penyokong tegar yang juga penulis pro Umno di sebuah kedai kopi di pinggir ibu kota.

"Ah...malas nak cakap, kita orang dah fed up..malas nak ambil tahu, lantak lah Umno nak jadi apa," jawab seorang yang berbadan besar.

"Apa pasal pulak bunyi lain macam je kau orang ni..bukan ke kau orang dah berjaya buang Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," soal penulis seperti 'menjolok sarang tebuan.'

"Apa yang korang marah sangat ni, bukankah korang yang hendak sangat Presiden baru, PM baru," jolok penulis lagi.

"Ini yang kita orang 'angin' ni, ingatkan bagus sangat daripada 'si lembik tu', tapi kita orang dapat 'si penakut'," kata seorang yang bermisai lebat 'ala-ala Sarjan Misai'.

"Aku bimbang Umno ni, dulu kerajaan tiga beranak, sekarang macam nak jadi kerajaan suami isteri," kata yang berbadan besar tadi, tanpa menjelaskan maksud di sebalik kata-kata beliau.

"Dulu kita hentam Dollah, kata beliau buat keputusan parti dan kerajaan sewaktu sarapan pagi dengan anak beranak, sekarang ini kita bimbang banyak keputusan dibuat dua orang dalam kelambu," kata seorang lain dengan nada kesal dan kecewa.

Daripada pengamatan penulis, ada antara 'geng coffee house' yang sudah turun darjat menjadi 'geng kelab kopi kedai bawah pokok', adalah antara golongan yang kecewa dengan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Walhal, merekalah antara penjaja kejatuhan Abdullah dan kroni-kroni. Ada antara mereka yang mengenali Najib dengan rapat sewaktu menjadi anggota biro-biro dalam Pergerakan Pemuda Umno lagi.

Berdialog dengan lebih lanjut, mereka menghuraikan antara sebab-sebab kekecewaan adalah kelemahan Najib yang didakwa tunduk kepada kehendak MCA, sehingga terpaksa membuat slogan One Malaysia.

"One Malaysia ni sama dengan slogan DAP Malaysian Malaysia, apa pasal pulak Najib nak ikut idea DAP.

"Aku ingat ini pasal Najib nak cuba menang balik hati Cina (pengundi), yang dah tolak BN," sampuk seorang rakan.

"Kita orang marah betul bila Najib bagi kuota Menteri banyak pada MCA, padahal dalam PRU lepas MCA yang banyak kalah, prestasi Umno lebih baik.

"MCA memang melampau, mereka tak fikir hati (orang) Umno, dah la tak mampu pertahan kerusi Cina (kawasan majoriti pengundi Cina), lepas tu tuntut pulak TPM," ujar mereka melepaskan geram.

Perbualan dengan lingkaran orang-orang Umno di kedai kopi tadi menjadi semakin panas, bergelas teh ais dan teh tarik dipesan berulang-ulang kali.

Nampaknya reform yang dicanang Najib dan penyusunan Kabinet barunya tidak diterima baik di kalangan Umno.

Sambil menghembuskan asap rokok yang berkepul-kepul dan menghela nafas yang panjang, seorang rakan berkata,"Aku cukup kecewa bila Najib mansuhkan Kementerian Usahawan. Situlah tempat nak tolong Melayu, kat situlah tempat peniaga kecil Melayu cari makan.

"Ini semua pasal nak tunjuk adil. Kononnya nak beritahu orang Cina yang kerajaan baru ini tidak pilih kasih dan beri layanan sama rata kepada semua," katanya lagi.

Sampuk seorang rakan,"Aku takut langkah Najib ini boleh bunuh bumiputera (jejas peluang berniaga)."

"Lembik-lembik Dollah pun dia cukup tegas dengan kaum Cina, tak bertolak ansur untuk pertahan hak Melayu," kata seorang rakan yang lain.

Jika hendak dicatat rungutan demi rungutan orang Umno ke atas Najib, cukup banyak. Tetapi cukuplah buat sementara ini, direkodkan betapa wujudnya kalangan orang-orang Umno yang amat kesal dengan Najib.

Ternyata Najib memulakan langkah pertama sebagai Presiden Umno dan PM dengan langkah yang amat sumbang.

Belum pun sebulan beliau menjadi Presiden Umno dan PM, orang-orang Umno sudah mula membandingkan keupayaannya dengan Abdullah Badawi.

Nampaknya walaupun peralihan kuasa sudah berlaku, tetapi segala-galanya tidak berjalan dengan lancar sebagaimana dikehendaki kumpulan yang menyokong Najib.

Ada yang kecewa tidak dilantik Menteri, ada yang kecewa tidak diberi peluang dan ada yang kononnya kecewa kerana masa depan orang Melayu tergadai akibat 'ketakutan' Najib kepada parti-parti komponen BN.

Hasrat Najib untuk menjadi PM yang lebih baik atau lebih popular dari Abdullah, nampaknya sukar menjadi kenyataan.

Beliau 'berjaya' menjadi Presiden Umno dan PM. Tetapi malang buat beliau, kerana Umno dan kerajaan yang diambil alihnya berada dalam keadaan tempang dan terumbang-ambing.

Umno-Bn kini berada dalam keadaan yang amat sensitif dan serba kekalutan kerana sokongan rakyat terhadap mereka semakin menyusut.

Rakyat sedang memerhatikan Umno dan lain-lain komponen BN. Rakyat juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk menghukum Najib jika beliau tersilap langkah.

Kedudukan Najib sebenarnya berada dalam keadaan yang amat bahaya jika reform dan beberapa langkah yang diambilnya tidak mendapat sokongan akar umbi Umno dan tidak diterima baik oleh komponen BN.

BN menghadapi masa depan yang gelap kerana masalah dalaman yang kronik dan berterusan.

Masanya sudah tiba untuk digantikan mereka dengan Pakatan Rakyat menerajui negara dengan seberapa segera yang boleh._