Wednesday, April 29, 2009

KEADILAN HANYA ADA PADA PAKATAN ?


KENYATAAN AKHBAR DATO SERI DR ZAMBRY

YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Tuesday, April 28, 2009

 

Saya ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Persekutuan Malaysia di Putrajaya telah menolak Notis Usul yang difailkan oleh saya di bawah Artikel 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. 

Artikel ini ialah mengenai kuasa khas bagi Mahkamah Persekutuan berkenaan tafsiran Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana  terdapat percanggahan fakta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila peguam YB Dato’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin telah memohon bagi memeriksa balas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak terhadap affidavit yang telah diikrarkan oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.

Saya dengan rendah diri menerima dan menghormati segala keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah yang bersidang pada hari ini. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan Mahkamah walaupun keputusan-keputusan yang dibuat tidak menyebelahi saya. 

Pada saya everybody is equal under the eyes of the law and subjected to the Constitution. 

Mahkamah Persekutuan sebelum ini juga pernah menolak permohonan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar persoalan berhubung dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dibawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan 1964. 

Tindakan saya menfailkan Notis Usul dibawah Artikel 63 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah untuk mendapatkan penyelesaian muktamad bagi menentukan kesahihan kedudukan saya sebagai Menteri Besar yang telah dicabar oleh YB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin demi kebaikan dan kepentingan rakyat Perak seluruhnya dan bukan mencari jalan pintas seperti yang didakwa sesetengah pihak.



YB Nga Kor Ming pada hari ini melalui Akhbar New Straits Times menyatakan bahawa: 

“Does Zambry know ahead of time that the court will rule in his favour, even though the matter has yet to be heard? If so where is the independence of judiciary.” 

Saya seterusnya menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh YB Nga Kor Ming adalah sesuatu yang tidak bertanggung jawab dan berunsur hasutan. 

Saya tidak pernah mengganggu Mahkamah dalam membuat sebarang keputusan dan saya tidak pernah mempersoalkan kebebasan sistem kehakiman Negara walaupun adakalanya tidak menyebelahi saya.

Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang hanya memuji dan menyokong keputusan Mahkamah yang menyebelahi mereka tetapi menggunakan pelbagai alasan untuk menolak keputusan Mahkamah apabila tidak menyebelahi mereka.

YB Dato Ngeh Koo Ham dalam ucapannya dalam Majlis Ceramah PAS kawasan Lumut pada 17 April 2009 telah menyentuh isu keputusan Mahkamah Persekutuan dan menyatakan bahawa:

“Tuan-tuan dan puan, saya rasa amat kesal lah, kerana Mahkamah Persekutuan tidak ikut undang-undang, prinsip undang-undang yang sedia ada telah termaktub ataupun diterima sebagai surat selesai ataupun sudah diputuskan semenjak sekian lama lagi, mereka sudah tukar undang-undang hanya kerana kes Negeri Perak”

Kenyataan yang dibuat oleh YB Dato Ngeh Koo Ham bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Persekutuan malahan suatu tindakan menghasut rakyat Negeri Perak supaya tidak menghormati undang-undang dan institusi Kehakiman Negara. 

Adakah ini keadilan yang dibawa dan diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang?

Saya juga menyatakan bahawa Dewan Negeri Perak perlu bersidang walaupun kes berkenaan semakan kehakiman yang difailkan oleh YB Dato Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin terhadap saya masih belum diputuskan.

Ini adalah kerana selagi mahkamah tidak membuat apa-apa keputusan sebaliknya berkenaan perlantikan saya; kedudukan saya sebagai Menteri Besar Perak adalah sah dan saya bersama-sama barisan Exco saya berhak bagi menduduki kerusi yang sepatutnya diduduki oleh kami ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tuan Yang Dipertua Dewan juga mesti mengiktiraf dan menghormati perlantikan kami sehingga Mahkamah memutuskan sebaliknya.

 

5 comments:

tempursakti said...

Salam Dato,
begitulah keadaan politik kini,bila keputusan berpihak kepada BN,semua jadi salah,bila berpihak kepada mereka(pembangkang)semua bagus.

Yang teraniaya adalah rakyat,termakan dengan momokan dan hasutan yang bertali arus,satu propaganda yang ternyata boleh melenyapkan perpaduan melayu.

Anonymous said...

dulu media seperti Utusan dan ahli NGO seperti Dato' menkritik Pakatan kerana melantik speaker dari keturunan India di Perak. Sekarang Zambry melantik speaker dari MIC, macam mana? Kalau nak orang Melayu sokong perjuangan Dato', pendirian kena konsisten. Kalau tidak, kami rasa sukar nak percaya kepada perjuangan seperti ini.

Unknown said...

Betul kata Datuk itu,hakim di makamah yang lebih arif untuk memutuskan siapa yang bersalah.

Tapi dalam masa yang sama kita kena pastikan juga makamah mesti bebas dan dilihat bebas dari kuasa badan eksekutif dan golongan elit. Bukan kita tidak mahu terima keputusan makamah tetapi yang bukan menjadi tunggangan orang politik. Contohnya macam kes Lingam Correct Correct tu.

nizamnz said...

camner pulak kes bila Zambry buat rayuan, dlm masa lebih kurang 2 jam aje hakim terus bersidang. Sedangkan bila Nizar buat rayuan, minggu depan baru bersidang.

Tidakkah itu menunjukkan kepada rakyat bahawa mahkamah kita masih belum bebas dari kuasa eksekutif? Rakyat melihat dan terus melihat. Apakah hujah pemimpin BN bila ditanya perkara ini? adakah hujah tersebut boleh meyakinkan rakyat?

UMNO jangan salahkan rakyat yg mudah termakan pujukan/tohmahan pembangkang sedangkan apa yg berlaku sangat jelas di mata rakyat

hujan emas said...

Salam Dato,

Saya berminat untuk mengikuti blog Dato, tolong masukkan blog saya seperti berikut :

http://hujanemasfelda.blogspot.com