Sunday, December 7, 2008

KELAHIRAN DAKWAT & KERTAS

Kuala Lumpur, 6 Disember 2008 - Salam perkenalan kepada para pembaca blog Dakwat & Kertas. Memang menjadi hasrat saya sekian lama untuk menyumbangkan fikiran melalui tulisan. Mariam isteri saya sering menyarankan agar saya menulis buku mahupun menulis di akhbar-akhbar.


Beliau memang mengenali bakat saya yang memang banyak memberikan pandangan-pandangan kritis terhadap isu-isu semasa melalui apa yang saya baca dan dengar disamping pernah banyak menulis artikel-artikel dalam majalah pada tahun-tahun 80an dahulu.

Tetapi niat ini hanya terserlah apabila saya menerima galakan daripada penulis blog Kudakepang, Datuk Ruhanie Ahmad, bekas ahli parlimen Parit Sulong yang begitu rajin membaca dan menulis serta pemurah berkongsi pengalaman dengan saya. Ini berlaku semasa lawatan kami mengikuti rombongan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menerima anugerah kehormat doktor perubatan daripada Universiti Behesti dan Universiti Tehran dari 28 november hingga 2 Disember yang lalu.

Dipendekkan cerita, kami mula berbincang apakah nama blog yang sesuai untuk saya. Beliau mencadangkan nama Keris Mas bagi menghidupkan semula nama bekas Sasterawan Negara, Kamaluddin Muhamad. Ada juga timbul nama Pena Emas sebagai cadangan ganti. Namun saya lebih cenderung mencipta sesuatu yang baru. Pabila pulang ke tanah air saya terus memilih nama "Dakwat & Kertas".

Nama ini mudah dan jelas dan tidak ada samaran. Dakwat & Kertas mengingatkan saya pandangan yang pernah dikemukakan oleh Mahaguru saya semasa di universiti pada tahun 70an dahulu, Prof. Dr. Syed Muhammad Naguib Al Attas (lihat photo), bahawa istilah tersebut merupakan sebahagian dari perbendaharaan kata yang di bawa Islam semasa mengembangkan sayapnya di Kepulauan Melayu. Suatu istilah yang amat berkaitrapat dengan perkembangan ilmu dan faham akliah yang dibawa Islam di alam kepulauan Melayu bagi menggantikan fahaman tahyul dan mitos hasil daripada pengaruh anamisme dan Hindu-Buddha.

Pandangan beliau sangat berkesan dalam diri saya sehingga hari ini. Malangnya beliau menjadi mangsa politiking akibat polimik dengan para pentadbir universiti. Jasa besar yang tiada tolok bandingnya di dunia di lupakan oleh orang Melayu tetapi dihargai di peringkat antarabangsa. Dalam blog ini nanti saya akan menulis pelbagai perkara yang melibatkan kepentingan ummah dan negara serta menggalakkan perbincangan dan perdebatan yang sihat dalam mencari kebenaran.

Pembaca boleh membaca blog yang lebih sensasi untuk mendapatkan bahan-bahan fitnah yang berlambak dipasaran maya, tetapi bukan di Dakwat & Kertas. Namun saya sedar bahawa menulis di blog memang mengundang kita terdedah kepada pandangan yang menyokong mahupun menentang, malahan saya harus bersedia untuk dikritik. Namun seperti yang menjadi tema blog ini ia haruslah berani, terbuka dan yang lebih penting beradab.
Jika saya bersedia untuk berdepan dengan pembaca maya dengan berterus terang tanpa sebarang nama samaran, saya percaya para pembaca pun mampu berbuat demikian. Semoga dengan kelahiran satu lagi blog ini boleh menambah kepada percambahan ilmu dan pandangan yang positif kearah masyarakat yang berfikiran terbuka dan rasional. Selamat membaca.



Terima kasih.




5 comments:

Mr. Honneymoon said...

Tahniah...

At last....semoga mendapat sambutan. Nampak blog ini dibangunkan buka untuk suka-suka bila kombinasi warna dan artikal2 yang bagus sudah tersedia. Don't u want to have small solf lunching this blog?

FUAD HASSAN said...

Thank you. Well i am still new. Give sometime to develop the blog. Your comments will be very much appreciated.

Mr. Honneymoon said...

ooooooppp...!! 'bukan' not 'buka'

. said...

selamat datang ke dunia blog. saya dah buat link dari blogroll saya. tq

kudakepang said...

Dato' Fuad,

Tahniah. Apalah sebut nama saya. Kita cuma galakkan anda menulis supaya suatu hari nanti boleh didokumentasikan oleh mana-mana pihak berminat.

Orang macam kita - aktivis - perlu terus membaca, menulis dan bersuara. Kalau tidak, minda kita jadi buntu dan badan kita naik lesu.

Tahnia sekali lagi dan terima kasih atas link KK di blog anda. Saya akan link kan blog anda di KK.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad