Monday, December 29, 2008

HELLO ARAB !! BANGUNLAH...



"Lebih 300 rakyat Palestin terkorban dan lebih 1,400 cedera akibat serangan terbaru Israel terhadap Gaza".

Arab Mesir, tidak mahu membuka pintu sempadan Mesir-Gaza untuk membantu jiran rakyat Palestin yang memerlukan bantuan makanan dan ubat-ubatan. Tetapi sibuk ingin berbaik dengan Israel.

Arab Saudi, asyik mengira berapa kerugian yang mereka hadapi daripada penurunan harga minyak dunia dan kemelesetan ekonomi Amerika. Pemimpinnya sibuk dengan kehidupan mewah dan berpoya-poya.

Arab Jordan, mematikan diri dan tidak mahu campurtangan memberikan tekanan kepada Regim Israel.
Arab Syria, mula mencari jalan untuk berjinak-jinak dengan Regim Israel.

Arab Lebanon, sering menjadi sasaran Israel kerana terdapat banyak khemah pelarian Palestin di situ.

Arab Iraq, menjadi penjilat Amerika kerana terhutang budi menjatuhkan Saddam Hussein.

Arab Al Fattah, sibuk ingin mendapatkan pengiktirafan daripada Israel supaya Mahmoud Abbas terpilih sebagai Presiden Negara baru Palestin.

Wahai Arab, jika kamu semua tidak menunjukkan minat untuk membantu saudara jiran yang sedarah dan seagama denganmu, apa yang kamu harap orang lain untuk membantu. Jangan salahkan orang lain yang kurang menunjukkan minat kerana pertelingkahan dan kesibukan kamu melayari harta dunia.

Mengapa penduduk Gaza dihukum sedemikian semata-mata kerana mereka mengamalkan sistem demokrasi yang dianjurkan Amerika dan melaluinya HAMAS terpilih sebagai wakil mereka?. Kami letih dengan tunjuk perasaan yang tidak membawa sebarang kesan melainkan keuntungan politik setempat kepada mereka yang menganjurkan.

Bangunlah wahai Arab sebelum kamu mengharapkan orang lain bangun untuk membantumu. Kamu lebih banyak wang ringgit dari kami, kamu lebih kaya dengan minyak yang dianugerahkan oleh Allah. Oleh itu gunakanlah untuk membantu saudaramu. Apa punya Arab niii...

3 comments:

Ronn said...

Nak buat cammana bang, arab tu adik beradik tu jugak.

MILLENNIUM2U said...

Ybhg. Dato,

Bukankah Nabi dan Rasul hanya diturunkan sekitar wilayah arab, kerana Allah lebih tahu...ARAB memang DEGIL,

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Akan bangun orang-orang dari bangsa Salman Al-farisi membantu Palestin.Insyaallah