Sunday, December 28, 2008

TANYALAH PADA TUHAN



BELAJARKAH KITA DARI KESILAPAN

Bulan Disember setiap tahun mengingatkan saya kepada trajedi bencana Tsunami yang pernah berlaku kepada Indonesia yang mengorbankan hampir 200,000 nyawa dan Negara kita dengan kejadian-kejadian tanah runtuhnya. Kepada kita ianya merupakan suatu laluan sejarah tetapi kepada mereka yang terlibat kesannya berpanjangan. Yang terakhir adalah mengenai pemgeboman jet pejuang regim Israel di kawasan Gaza yang mengorbankan lebih dari 150 rakyat Palestin.

Sudah banyak ulasan dan luahan yang diberikan oleh ramai orang termasuk penduduk yang terlibat. Berbillion wang dibelanjakan untuk menghadapi malapetaka manusia ini tetapi ia tidak pernah diambil sebagai satu pengajaran dan manusia tidak pernah sedar. Di sini saya tidak mahu mengulas panjang melainkan menurunkan senikata lagu dan video Ebiet G. Ade untuk tatapan bersama.
Insaflah !!.



Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan

Sayang engkau tak duduk di samping Ku kawan

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan

Di tanah kering berbatuan

Ho ho ho ho... ho ho ho ho...


Tubuh ku terguncang dihempas batu jalanan

Hati tergetar menambah kering rerumputan

Perjalanan ini seperti jadi saksi

Gembala kecil menangis sedih

Ho ho ho ho.....


Kawan coba dengar apa jawabnya

Ketika kutanya mengapa

Bapa ibunya telah lama mati

Ditelan bencana tanah ini


Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya

Kepada karang kepada ombak kepada matahari

Tetapi semua diam tetapi semua bisu

Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit


CHORUS


Barangkali di sana ada jawabnya

Mengapa di tanah ku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita

Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita

Coba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang

Ho ho ho ho... ho ho ho ho...



( Lagu : Ebiet G. Ade - Lirik : Ebiet G. Ade )

4 comments:

APPLE PIE said...

Salam Dato,
Saya baru bersiar-siar didalam Laman Blog Dato,Banyak perkara yang saya curi melalui penulisan dato yang bagi saya ada"ummph".Dato, selamat datang ke dunia blogsphere kerana saya juga masih baru dalam bidang ini dan amat menghormati dato berdasarkan kepada hasil tulisan dato walaupun hanya 60 minit saya bersiar sambil menambahkan pengetahuan terutama hal berkaitan perjuangan bangsa kita.Dato, teruskan menulis.

FUAD HASSAN said...

Terima kasih di atas komen saudara. Di masa yang lalu saya banyak menghabiskan masa dengan berceramah. Sampai masanya untuk saya menulis dan diharap dapat memberikan sumbangan kecil kepada bangsa dan agama.

bungaraya said...

Jika kita cuba mengatakan bahawa semua yang Dato' bencana-bencana yang menimpa kita itu adalah petunjuk bahawa Tuhan tengah murka kepada kita, ramai yang memekakkan telinga. Setahu sayalah banyak ayat-ayat dalam AlQuran yang memperlihatkan kpd kita akan kemarahan Allah SWT. Tentunya bersebab dan biasanya maksiat yang berleluasa adal;ah penyebab utama kepada kemurkaan Allah SWT.
Kenapa bijak sangat melayu kini, sehingga memekak kan telinga kepada alasan sedemikian.

Mr. Honneymoon said...

i love this one....good one sir