Tuesday, December 23, 2008

LIWAT BUKAN SATU JENAYAH

Saya terbaca dalam blog Ahli Parlimen Kapar daripada Parti Keadilan Rakyat, YB S. Manikavasagam bertarikh 22 Disember 2008, di atas tajuk yang saya diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ‘Liwat’ Kelangsungan Ketidakadilan Undang-undang Penjajah, atau “Sodomy” Laws Show Survival of Colonial Injustice. Artikel itu boleh dilihat dalam alamat blog yang berikut:

Artikel yang dikeluarkan daripada pejabat ahli parlimen Parti Keadilan Kapar ini menyatakan undang-undang liwat sebagai warisan penjajah yang bertentangan dengan hak asasi manusia dengan menganggap liwat sebagai kesalahan jenayah. Menurutnya ini satu kesilapan yang mesti diperbetulkan. Negara seperti England dan Wales pun sudah tidak lagi menganggap liwat sebagai jenayah sejak 1967, maka Malaysia juga harus mengikuti jejak yang demikian.

Malaysia seperti Negara maju yang lain harus mengikuti ukuran hak asasi antarabangsa yang membenarkan kegiatan liwat dan perlu menghapuskan undang-undang penjajah British yang lapuk itu. Undang-undang liwat inilah yang menambah kepada tersebarnya penyakit HIV/AIDS yang menghukum jenayah dengan mengenepikan kepada kumpulan yang terlibat. Saya tidak dapat berkata apa-apa melainkan mengucap panjang.

Jika sampai di situlah kehendak Ahli Parlimen Parti Keadilan, apa yang boleh kita katakan pada zaman kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan zaman keterbukaan ini. Mungkin Selangor boleh mengambil langkah permulaan. Jika itu disepakati oleh pakatan, hak dan kuasa merekalah. Lagipun rakyat sudah membuat keputusan menyokong mereka. Jika tidak mengapa perlu ia menjadi sebahagian daripada isu perlu diketengahkan?. Sedangkan banyak lagi hak-hak asasi dan tanggungjawab manusia yang perlu ditonjolkan.

Saya cadang beliau cubalah membentangkan dalam sidang parlimen yang akan datang. Mudah-mudahan banyak kes-kes jenayah yang melibatkan kes liwat bukan menjadi masalah kepada Negara, sebab sudah terkeluar daripada senarai jenayah. Ini satu harapan baru buat Malaysia.

4 comments:

Husin Lempoyang said...

Ini sama jenaka dgn khairy setuju dgn hukum hudud.

Ronn said...

aishh! makin banyak pulak clown dalam Parlimen skang ni...

Nasirudin Anjud said...

Saya setuju dengan Dato' Fuad Hassan, Husin dan Ronn...

http://nasirudinanjud.blogspot.com/2008/12/otak-burung-unta-lagi-kecik-dari.html

Q-rie said...

Sebagai seorang Muslim, tak usahlah kita terseret dengan pandangan bukan Muslim. Yang pastinya, Islam tidak memisahkan agama dan elemen kehidupan yang lain sebagaimana agama-agama lain. Justeru itu, saya cadangkan agar Dato dan semua kaum Muslim berdakwah yakni menegakkan Islam berdasarkan ilmu bukannya sentimen. Jika kita berterusan dengan membicarkan sesuatu hal secara sentimen, tiada kebenaran yang mampu kita capai, kalau kita yakin bahawa Islam itu adalah KEBENARAN.